Ahad, 26 Ogos 2012

ERTI SAYA MENGANUT ISLAM

Muqaddimah :

   Menjadi seorang muslim yang sejati bukanlah dengan :
  • Melalui terima secara pusaka
  • Melalui catatan dalam kad sebagai muslim
  • Melalui tanda-tanda zahir sahaja
   Tetapi menjadi muslim sejati  :
  • Melalui iltizam dengan ajaran Islam
  • Menyesuaikan diri dengan ajaran Islam di segenap bidang hidup
     Dengan adanya sifat-sifat ini pengakuannya sebagai muslim adalah pengakuan yang sejati.

Saya Mesti Muslim Dari Segi Aqidah

  1. Saya mesti beriman bahawa yang menciptakan alam ini adalah Allah yang Maha Kuasa.
  2. Saya mesti beriman bahawa Allah mengutus para Rasul  untuk mengajar manusia supaya mengenali Allah.
  3. Saya mesti beriman bahawa tujuan hidup manusia untuk beribadat kepada Allah.
  4. Saya mesti beriman bahawa syurga adalah balasan bagi mukmin yang taat dan neraka balasan bagi kafir yang ingkar.

Saya Mesti Muslim Dari Segi Ibadat

  1. Ibadat saya mesti hidup dan berhubung terus dengan Tuhan yang disembah.
  2. Ibadat yang saya lakukan mesti khusyuk, merasai kelazatan dan istiqamah.
  3. Saya mesti mengambil berat melakukan solat fardu dan solat sunat.
  4. Saya mesti meluangkan masa untuk membaca Al-quran dan merenung ayat-ayat yang dibaca.dan menghayatinya..
  5. Manakala berdoa pula saya mesti jadikan sebagai perantaraan untuk berhubung dengan Allah dalam segala urusan.
Saya Mesti Muslim Dari Segi Akhlak

      Akhlak mulia adalah tanda bagi keimanan seseorang.
      Akhlak yang baik adalah timbangan amalan yang paling berat dan berharga di akhirat.
     Di anatara akhlak yang harus dijadikan pakaian setiap muslim ialah :
1.      Bersifat wara’dan menjauhi dari perkara syubahat.
2.      Menajaga mata, lidah dari memandang yang haram.
3.      Bersabar,bercakap benar.
4.      Menjauhi diri dari buruk sangka, umpat keji.
5.      Bermurah hati, simpati

     Saya Mesti Dapat Menguasai Diri

Jenis-jenis manusia :
  1. Golongan yang kalah dalam melawan nafsunya.
  2. Golongan yang sentiasa berjihad melawan nafsunya.kadangkala menang kadangkala kalah. Meraka bertaubat dan menyesal ketika berdosa, itulah yang terbaik baginaya.

Saya Mesti Jadi Muslim dalam Kehidupan Rumahtangga

   Kewajipan utama yang dibebankan ke atas saya selepas kewajipan terhadap diri sendiri ialah kewajipan terhadap keluarga.

Tanggungjawab Sebelum Berkahwin

  Saya mesti bermatlamatkan :
  1. Perkahwinan saya hendaklah kerana Allah.
  2. Menjaga pandangan, kemaluan dari yang haram
  3. Saya mesti memilih isteri yang beragama dan berakhlak mulia.

Tanggungjawab Selepas Perkahwinan

  1. Saya mersti berlaku baik dan adil terhadap isteri.
  2. Memberi nafkah zahir dan bain.
  3. memberi didikan dan kasih sayang.





Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak

1.      Memberi pendidikan agama
2.      Menjaga keselamatan
3.      Memberi kasih sayang
4.      Melahirkan anak yang soleh

Saya Mesti Hidup Untuk Islam

   Supaya hidup saya terarah dan terpimpin untuk Islam, saya mesti mengetahui dan beriltizam bebrapa beberapa perkara :
  1. Mengetahui matlamat hidup.
  2. Mengetahui nilai dunia berbanding dengan akhirat.
  3. Sedar tentang kamatian yang mesti ditempohi setiap orang.
  4. Mengetahui hakikat Islam dan dasar-dasarnya dengan mempalajari dan mengkaji serta beramal.
  5. Mengenali hakikat jahiliah dengan cara mengetahui aliran pemikiran dan tipu dayanya.




Sifat-sifat Orang Yang Hidup Untuk Islam

  1. Iltizam dengan ajaran Islam secara amali
  2. Berusaha sungguh-sungguh perkara yang mendatangkan kepentingan kepada Islam.
  3. Berbangga dengan kebenaran Islam dan yakin dengan pertolongan Allah.

Saya Berazam Untuk Menjadi Muslim Yang Soleh Dan Cemerlang

  Untuk mencapai hasrat tersebut saya mesti ada prinsip, wawasan, visi dan misi yang jelas.
   Antaranya :
  • Allah adalah matlamat saya
  • Nabi Muhamad pimpinan saya
  • Quran perlembagaan saya
  • Jihad adalah jalan saya
  • Mati Syahid setinggi-tinggi cita-cita saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan