JIHAD MENENTAG AGAMA
BATIL
HARUN YAHYA
“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak
kepada yang
batil lalu yang hak itu menghancurkannya
maka dengan
serta merta yang batil itu lenyap.”
Surah al-Anbiya: 18
KANDUNGAN
PENGENALAN
AGAMA BATIL: MATERIALISME DAN DARWINISME
Mempertahankan Teori Yang Dibatalkan Sains
Kepentingan Darwinisme Terhadap Agama Batil
MATERIALISME: ASAS KEPADA AGAMA
BATIL
Jahiliyyah Abad ke-20
Amalan Syirik yang Dominan Di dalam Masyarakat
Hari Ini
Sembahan Golongan Evolusionis: Atom Yang Mati
Amalan Menyembah Matahari
Penyakit Materialisme dan Naturalisme
Pembentukan Agama Batil Melalui Pegangan
Materialis dan Evolusionis
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL
MENUJU KE LEMBAH NERAKA
Mengilustrasikan Penipuan Pemimpin Ateis
Konklusi
KEMUSNAHAN TAMADUN TANPA PEGANGAN
AGAMA
Keganasan: Sebuah Produk Darwinisme
STRATEGI MEMBASMI AGAMA BATIL
Meleburkan Sembahan Ateisme
Nasihat Badi’uzzaman tentang Kaedah Menentang
Kekufuran
AGAMA YANG HAK MEMUSNAHKAN AGAMA
BATIL
Misteri di Sebalik Materi (Alam Kebendaan)
Apa yang Wujud di Dunia Luar?
Adakah Otak Kita Terasing dari Dunia Luar?
Zat yang Paling Hampir Kepada Manusia ialah Allah
s.w.t
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi
Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar
Dalam Sejarah
KONKLUSI
LAMPIRAN: PENIPUAN TEORI EVOLUSI
Keruntuhan Saintifik Falsafah Darwinisme
Halangan Pertama yang Gagal Diatasi: Asal Usul
Kehidupan
‘Kehidupan Lahir dari Kehidupan’
Usaha Tidak Konklusif Abad 20
Struktur Kompleks Dalam Makhluk Hidupan
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi
Neo-Darwinisme dan Mutasi
Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk Peralihan
Harapan Darwin yang Musnah
Mitos Mengenai Evolusi Manusia
Teknologi Mata dan Telinga
Milik Siapakah Kesedaran Melihat dan Mendengar
yang Terdapat di Dalam Otak
Kepercayaan Materialis
PENGENALAN
Seimbas pandang, anda mungkin berasa keliru
mengenai tajuk “Agama Batil” oleh kerana ‘agama’ seperti mana yang difahami
umum biasanya dikaitkan dengan wahyu samawi. Selain itu, terdapat juga beberapa
kepercayaan lain yang dipanggil sebagai ‘pseudo agama’ seperti Buddhisme dan
Hinduisme. Seperti mana yang tertulis ‘Agama Batil’ adalah suatu konsep yang
menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.
Akan tetapi hari ini, di setiap sudut dunia
terdapat beberapa sistem kepercayaan seolah-olah agama yang menjadi anutan
walaupun tidak dinamakan sebagai sebuah ajaran ‘agama’. Di dalam buku ini, apa
yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme,
komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa
sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring
dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep yang
lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan,
masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi
pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik
jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan ‘agama batil’ ini
mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak (iaitu Islam) secara
berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan propaganda
dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.
Di antara halangan yang paling besar dihadapi oleh
para penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Qur’an, iaitu satu-satunya
panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah. Al-Qur’an
memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang agama batil dan
mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini. Hari ini, tugas
mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya memberikan
komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat penting yang
tersandar di bahu setiap mukmin.
Sepanjang abad ke-20 sehingga ke saat ini, agama
batil ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu meluas. Di dalam
al-Qur’an, pengikut sistem agama yang batil membantah dengan yang batil agar
dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan mereka menganggap
ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan. Surah
al-Kahfi: 56. ini adalah mengapa khususnya di era kita, adalah merupakan
suatu kepentingan yang besar untuk menyertai jihad suci yang disebutkan di
dalam al-Qur’an dan membatalkan setiap asas sistem agama ini dari sudut asas
ideologi.
Allah s.w.t menyertakan maklumat yang penting
kepada para hamba-Nya yang bertanggungjawab memikul tugas mulia ini di pundak
mereka:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang
batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu
lenyap. Surah al-Anbiya: 18
Dengan itu, apa yang menjadi tujuan kami adalah
untuk memusnahkan kepalsuan dengan mendedahkan asas kebenaran mengenai materi
dan juga mengenai teori evolusi Darwin yang akan dibentangkan di dalam lembaran
seterusnya.
AGAMA
BATIL: MATERIALISME
DAN DARWINISME
Materialisme adalah sebuah ideologi yang telah
lama wujud dengan dakwaan bahawa materi adalah merupakan satu-satunya kewujudan
yang mutlak. Berdasarkan kepada dakwaan yang sesat ini, materi telah wujud
sejak azali dan akan kekal wujud selama-lamanya. Ciri-ciri yang paling penting
mengenai materialisme adalah penolakannya terhadap kewujudan suatu zat Pencipta
berserta segala kandungan ajaran agama. Di sana juga terdapat pelbagai
pergerakan dan ideologi yang menjulang sistem agama yang agama batil sebagai suatu
dogma dan materialisme adalah merupakan asas bagi sebilangan besar mereka.
Dalam pengertian lain, pengaruh yang paling kuat dan berkesan di dalam sistem
agama batil adalah fahaman materialisme.
Sejak zaman Sumeria dan Greek purba lagi, pola
pemikiran materialisme telah tersebar lua. Akan tetapi, khususnya pada kurun
ke-19, kepercayaan karut ini menjadi kukuh sebagai sebuah corak pemikiran yang
diiktiraf. Tetapi di saat ia ingin meraih momentum sokongan yang padu, masih
terdapat halangan yang besar terhadap pemahaman ala-materialis iaitu sebuah
persoalan, ‘bagaimana alam semesta dan makhluk hidupan wujud?’.
Sementara itu, teori evolusi yang dikemukakan oleh
Charles Darwin telah bersiap sedia dengan jawapan (yang pada hakikatnya tidak
memiliki sebarang nilai ilmiah) yang sekian lama ditunggu oleh para materialis.
Berdasarkan kepada teori yang tidak berasas ini, material yang mati secara
kebetulan berhimpun padu melalui kuasa yang sembarangan untuk membentuk sel
tunggal yang pertama. Dan berdasarkan kepada Darwinisme, seluruh makhluk
hidupan di atas muka bumi akhirnya mula terbentuk yang bermula dengan proses
evolusi sel tunggal yang pertama.
Melalui dakwaan ini, Darwin serta-merta menjadi
arkitak utama bagi sebuah kepalsuan yang paling besar di dalam sejarah bidang
sains. Teorinya adalah jauh daripada berlandaskan kepada sebarang penemuan
saintifik seperti mana yang diakunya sendiri. Sebenarnya, beliau juga telah
menawarkan pengakuan di dalam bukunya The Origin of Species bahawa teori
evolusi amat lemah berhadapan dengan banyak persoalan penting. Bahkan beliau
sendiri berharap agar kemajuan di dalam bidang sains kelak akan menjawab segala
kesulitan ini dan penemuan saintifik yang mutakhir turut akan membuktikan
teorinya. Beliau sering menyebut hal ini di dalam bukunya, tetapi bertentangan
dengan apa yang diharapkannya, kemajuan di dalam pelbagai lapangan bidang sains
bahkan membatalkan dakwaan asas teorinya, satu demi satu. Hakikatnya, di
sebalik semua propaganda evolusionis, teori evolusi adalah, sebagaimana yang
diutakan oleh Michael Denton seorang ahli biologi Australia; sebuah teori dalam
krisis.
Sewaktu abad ke-19, fakta saintifik yang berhubung
dengan teori evolusi masih belum diketahui. Sementara itu, disebabkan golongan
materialis sedang berada dalam usaha pencarian terhadap sokongan saintifik,
teori ini akhirnya diterima sebagai peluang keemasan kerana apa yang sebenarnya
didakwa oleh Darwin adalah merupakan suatu penafian terhadap kewujudan Sang
Pencipta. Ketika itu, dakwaan bahawa manusia berkembang secara kebetulan
daripada materi yang mati semata-mata adalah suatu pernyataan yang
ditunggu-tunggu oleh para materialis.
Philip Johnson, seorang profesor di Universiti
Chicago, terkenal dan disegani di khalayak ahli akademik melalui penulisan dan
kritikan terhadap teori evolusi, menjelaskan apa yang dipersembahkan oleh teori
evolusi terhadap sistem pemikiran keagamaan ateisme:
.. Kejayaan Darwinisme menggambarkan penolakan
Tuhan dan menyediakan pentas bagi menggantikan agama samawi dengan sebuah
kepercayaan yang berdasarkan naturalisme evolusi. Kepercayan baru ini akan
menjadi asas bukan sahaja bagi sains tetapi juga kerajaan, undang-undang dan
nilai etika. Ia akan menjadi falsafah keagamaan moden yang kukuh.
Kenyataan Philip di atas melihatkan matlamat utama
para penyokong falsafah agama batil ini. Golongan materialis yang didorong
utnuk membentuk sebuah masyarakat keagamana palsu yang menafikan kewujudan
Allah dan undang-undang-Nya mendakwa bahawa di sana tidak ada sesuatu pun yang
haru menjadi kiblat setiap manusia untuk merasa tanggungjawab. Iaitu rasional
sesat memuaskan hawa nafsu bagi jenis manusia yang tidak mampu dididik oleh
sesiapa pun. Impian mereka diringkaskan di dalam ucapan salah seorang saintis
mereka sebagai berikut:
Manusia berdiri sendiri di alam semesta ini,
produk unik sebuah proses material yang panjang, mati, tidak berperasaan,
dengan potensi dan pemahaman yang unik. Dia tidak terikat dengan sesiapa
melainkan dirinya dan kepada dirinyalah ia bertanggungjawab.
Sesiapa sahaja yang memiliki jiwa yangh idup dan
kewarasan akal fikiran yang mampu melihat betapa jelas tidak masuk akal
kenyataan di atas. Pengarang ucapan ini, seorang saintis dengan pandangan hidup
materialis menyifatkan kewujudan manusia kepada kejayaannya sendiri.
Bagaimanapun, adalah amat jelas bahawa manusia tidak mempunyai sebarang kuasa
atau pun membuat keputusan di dalam mana-mana peringkat kejadian manusia. Maha
suci Allah adalah Pencipta manusia dengan begitu sempurna namun keghairahan
untuk menjadi makhluk ‘yang bebas tanpa sebarang ikatan’ memandu materialis
untuk mendakwa bahawa materi yang mati dan kaku berupaya membentuk zat yang
sedar dan bijaksana.
Seperkara yang harus diingat ialah keinginan para
golongan kafir untuk bebas daripada sebarang pertanggungjawaban tidak
menghairankan apabila melihat kepada golongan materialis dan evolusionis abad
ke-19 dan 20. Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman mengenai kewujudan umat
terdahulu yang berkongsi pemikiran yang sama:
Seperti mana yang dinyatakan di dalam ayat
tersebut, Allah mencipta manusia daripada setitis air dan sekaligus
membentuknya. Manusia tidak sekali-kali berkuasa ke atas penciptaannya kerana
mereka sendiri adalah merupakan suatu hasil ciptaan. Akan tetapi, walaupun
hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah namun segelintir manusia masih berani
menyifatkan kewujudan mereka terhadap alam dan mendakwa sebagai makhluk yang
tidak ‘dipertanggungjawabkan’.
Konsep pelepasan manusia daripada sebarang
pertanggungjawab yang diuja oleh pemikiran materialis dan disokong oleh teori
evolusi kini menguasai struktur sosial moden dan dunia saintifik serta ideologi
yang ada hari ini. Impak daripada arus pemikiran menyeleweng yang mencetuskan
peperangan terhadap nilai moral yang menyediakan suatu peraturan dan kesatuan
kepada masyarakat begitu jelas terhasil di dalam kemerosotan generasi.
Hari ini, sains telah membuktikan bahawa konsepsi
materialisme termasuk teori evolusi adalah suatu kesilapan kerana tidak
berlandaskan kepada sebarang bukti saintifik dan ia akan terus dibatalkan oleh
penemuan ilmiah kontemporari. Tetapi, di bawah pupukan sosial yang berterusan
untuk selama 150 tahun, materialisme dan teori evolusi masih dipertahankan oleh
banyak pihak seolah-olah fakta yang telah terbukti benar. Ini adalah kerana
para penyokong agama batil ini dalam keadaan terdesak amat memerlukannya untuk
menafikan kewujudan Allah sekaligus menarik jauh manusia daripada ajaran agama
dan nilai etika yang mulia. Kalau pun tidak, mereka akan tetap mencari asas
yang lain sebagai langkah mempertahankan pegangan ‘agama’ mereka.
Mempertahankan
Teori yang Dibatalkan Sains
Sebahagian besar para saintis hari ini secara
terangan mengakui punca yang mendorong mereka terus mempertahankan konsep evolusi
dan materialisme meskipun fakta saintifik kontemporari yang begitu jelas.
Sebagai contoh, Philip Johnson memetik dan mengulas kenyataan Richard Lewontin,
seorang ahli genetik dari Universiti Harvard dan penyokong bersemangat terhadap
teori evolusi dengan kepercayaan membabi-buta terhadap materialisme:
‘Masalah paling asas bukanlah memberi pengetahuan
mengenai kedudukan bintang yang paling dekat atau unsur yang membina gen kepada
masyarakat umum. Bahkan, masalahnya ialah untuk menarik mereka agar menolak
penerangan tidak rasional dan supernatural mengenai dunia... ‘. Apa yang perlu
dipelajari oleh umum ialah samada suka atau tidak, kita wujud sebagai zat
material di dalam sebuah dunia material, seluruh fenomena adalah akibat
daripada hubungan material di antara entiti material. Dalam sebuah perkataan,
masyarakat umum perlu menerima materialisme, yang bermaksud bahawa mereka harus
[menolak] Tuhan.
Kenyataan ini secara jelas mendedahkan akidah
pegangan golongan materialis yang berasaskan kepada rasional yang sesat. Fakta
yang diakui oleh sains hari ini menunjukkan bahawa dakwaan yang diutarakan
tersebut adalah sangat bertentangan terhadap logik dan kewarasan. Tetapi di
sebalik semua data saintifik, mereka membabi buta memberi komitmen terhadap
kepercayaan dan terus berjuang di atas namanya. Dr. Michael Walker, seorang
ahli antropologi dari Universiti Sydney menjelaskan punca di sebalik propangada
teori evolusi yang berterusan:
Kita terpaksa menyimpulkan bahawa kebanyakan
saintis dan ahli teknologi memberi sokongan terhadap teori Darwin hanya kerana
ia mengemukakan penafian terhadap Pencipta.
Philip Johnson yang secara ilmiah menolak dakwaan
karut Darwinisme, menghuraikan punca mengapa ia menjadi suatu kepentingan ‘yang
tidak tergantikan’ bagi para saintis yang ateis dan mempertahankannya dengan
segala upaya mereka:
Para pemimpin sains melihat diri mereka terhimpit
di dalam sebuah perjuangan terdesak menentang fundamentalis agama, iaitu label
yang mereka gunakan secara meluas terhadap sesiapa yang beriman kepada Zat
Pencipta yang memainkan peranan aktif di dalam urusan duniawi. Darwinisme
memainkan peranan ideologikal yangmustahak di dalam perang menentang
fundamentalisme. Atas sebab itu, organisasi saintifik diabdikan untuk
mempertahankan Darwinisme lebih daripada mengujinya, dan hukum penyelidikan
ilmiah telah dibentuk untuk membantu kejayaan mereka.
Para penyokong terkemuka materialis dan ahli
falsafah ateis yang berjuang untuk menyebarkannya ke seluruh dunia, seperti
yang dinyatakan oleh Johnson, menganut teori evolusi Darwin hanya kerana ia
menyediakan sebuah asas yang didakwa saintifik untuk ideologi mereka. Hal ini
telah diperhatikan sejak teori evolusi pertama kali dikumandangkan. Karl Marx,
pengasas materialisme dialektik yang memusuhi agama sering menekankan nilai
kepentingan teori ini terhadap ideologinya. Dalam sepucuk surat yang ditulis
Marx untuk sahabat karibnya Engels, beliau menjelaskan pendapatnya mengenai Darwinisme:
... ini adalah buku yang mengandungi asas di dalam
sejarah semulajadi untuk pandangan kita.
Dan selepas membaca buku Darwin, The Origin of
Species, Friedrich Engels mengulas:
Teori kita adalah teori evolusi, bukanlah sebuah
dogma yang dihafal dan diulang secara mekanikal.
Seorang profesor botani berbangsa Amerika, Conway
Zirkle menerangkan mengapa para pengasas komunisme, Marx dan Engels begitu
taksub mengagungkan Darwinisme:
Marx dan Engels dengan segera menerima evolusi
setelah Darwin menerbitkan The Origin of Species. Evolusi sudah pasti
merupakan apa yang amat diperlukan untuk menerangkan bagaimana kewujudan
manusia tanpa campurtangan sebarang kuasa ghaib, dan hasilnya ia dapat
digunakan untuk menyokong asas falsafah materialistik mereka. Sebagai tambahan,
tafsiran Darwin mengenai evolusi bahawa evolusi adalah terhasil melalui
tindakan piihan semulajadi memberi mereka sebuah hipotesis lain berbanding
penjelasan yang lazimnya bersifat tauhid, mengenai fakta yang terlihat bahawa
seluruh bentuk hidupan beradaptasi kepada persekitaran mereka. Sebenarnya,
pilihan wajar memudahkan usaha mengugurkan ketauhidan sepenuhnya dan
kemuncaknya, para saintis dapat menerangkan dunia organik di dalam istilah
materialistik.
Apa yang jelas dari kenyataan di atas, punca utama
mengapa Marx dan Engels memberi sokongan terhadap Darwin ialah rasa kebencian
mereka terhadap agama. Ini adalah sebab mengapa mereka berpegang teguh ke atas
mekanisme yang tidak memiliki sebarang nilai saintifik dan yang pada asasnya
adalah merupakan khayalan imaginasi. Sesungguhnya, Friedrich Engels menjelaskan
di dalam bukunya mengenai kepentingan teori evolusi:
Dia [Darwin] meranapkan konsep metafizikal dengan
buktinya bahawa dunia organik hari ini, tumbuhan, haiwan dan termasuk manusia
adalah hasil sebuah proses evolusi yang berlangsung sepanjang berjuta-juta
tahun.
Apa yang jelas, Engels juga melakukan kesilapan
dengan menganggap bahawa teori evolusi memberi sebuah penjelasan tentang
kewujudan berjuta-juta jenis organisma hidupan di muka bumi. Engels bukanlah
seorang yang hanya mempercayai bahawa teori Darwin merupakan sebuah fakta yang
sahih tetapi juga Joseph Stalin, pemimpin komunis paling kejam dalam sejarah,
juga turut menekankan kepentingan teori evolusi ini di dalam autobiografinya:
Untuk membersihkan minda penuntut seminar kita
mengenai mitos bahawa bumi diciptakan dalam enam hari, kita harus berkenalan
dengan asal usul geologi dan usia bumi, dan mampu membuktikannya dengan agumen;
kita harus membiasakan diri kita dengan pengajaran Darwin.
Apa yang jelas di sini, persamaan umum di antara
sistem pemikiran materialis dan teori evolusi Darwin ialah, tanpa diragui,
keduanya adalah ‘agama’ batil di mana tujuan utama penganjurnya ialah menafikan
kewujudan Tuhan. Di dalam al-Qur’an, Allah memaklumkan mengenai usaha
perjuangan masyarakat terdahulu untuk membawa manusia ke lembah kufur:
Dan Kami jadikan mereka
pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan
ditolong. Surah Qasas: 41
Dalam sepotong ayat lain, Allah mengisyaratkan
saat akhir yang menanti bagi golongan kufur dan mengajak manusia lain menuruti
mereka:
Maka siapakah yang lebih zalim
daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya?
Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari
ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk disebabkan mereka selalu berpaling.
Surah Al-An’aam: 157
Pembatalan materialisme akan menjadi suatu titik
akhir terhadap kekufuran yang hari ini semakin berleluasa di dalam masyarakat.
Menuju saat ini, adalah satu keperluan bagi manusia untuk mengetahui hakikat
sebenar bahawa materi bukanlah entiti yang mutlak dan bahawa dari sudut sains,
teori evolusi adalah teori yang tidak wajar. 12 Dan dengan demikian, kehancuran
semua ideologi yang menafikan kewujudan Tuhan adalah merupakan saat yang pasti
bagi sistem pemikiran ala-materialisme. Seperti yang dinyatakan Allah:
Sesungguhnya mereka itu akan
dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang mereka sering
kerjakan. Surah Al-A’raf: 139
Aspek Signifikan Darwinisme
Terhadap Agama Batil
Sesetengah pembaca mungkin berfikir bahawa Darwinisme
dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting bagi sistem kekufuran
disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung menyedari konsep ini dan
jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah lagi untuk memisahkan kehidupan
daripadanya. Seimbas pandang, kenyataan ini ada benarnya; di zaman ini manusia
cenderung hidup tanpa sebarang nilai kewarasan akal fikiran. Keinginan-keinginan
seperti mengejar wang ringgit dan membina gaya hidup yang ekstrem memenuhi
setiap aspek budaya dan sosial yang lazim, khususnya di kalangan remaja. Budaya
ini mengabaikan kepentingan tarbiyah naluri seperti persoalan, Bagaimana saya
wujud? atau, Siapakah yang mencipta saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk
mempersoalkan maksud penciptaa mereka atau pun pembohongan yang jelas dilakukan
di dalam teori evolusi. Bahkan, mereka disibukkan dengan pelbagai isu yang
remeh-temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hangat bintang pujaan yang
sebenarnya mempunyai pengaruh kerosakan yang besar sekaligus menutup mata hati
mereka dari memikirkan hakikat penting yang lain seperti soal kewujudan dan
maksud penciptaan. Apa yang menjadi rutin harian seperti mencari kebendaan dan
masalah remeh-temeh terus menerus menguasai akal mereka. Ringkasnya, individu
yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara
sedar menganut falsafah materialis bukanlah merupakan bahagian yang besar di
dalam masyarakat; majoriti manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama
adalah kerana tidak menggunakan akal fikiran. Di titik ini, sebuah persoalan
timbul: Adakah Darwinisme dan materialisme sangat penting?
Penelitian lebih hampir mendedahkan bahawa Darwinisme
pada hakikatnya adalah kuasa paling besar yang menunjangi sistem agama batil
kerana para penganutnya, walaupun merupakan bahagian yang kecil di dalam
sesuatu masyarakat, tetapi adalah merupakan barisan intelektual di dalam
masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam satu kajian sosial yang pernah
dijalankan di Amerika Syarikat, hanya sembilan peratus dari seluruh individu
mengaku mereka adalah golongan evolusionis ateis. Akan tetapi, bahagian
masyarakat ini adalah merupakan golongan yang menduduki jawatan penting di
dalam pelbagai universiti, media massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam
industri perfileman. Anggota yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi
pendidikan dan membentuk corak pemikiran masyarakat melalui media secara
umumnya adalah merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat dilihat sebagai
suatu kelaziman di dalam banyak negara. Di sini, indikasi penting adalah usaha
bersifat kebudayaan dan ideologi yang diutarakan oleh para penyokong ideologi
komunis. Kecuali di dalam beberapa negara, fahaman komunisme telah pun
disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme mashi tetap dijulang oleh golongan
tertentu kerana prinsip keraja komunisme
iaitu aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama, para
komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan di
dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan. Sebenarnya, di
dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada di dalam kedudukan
yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai bidang sains, kesenian
dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar psuat penerbitan dan fahaman
mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran pesta-pesta buku.
Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang umumnya dikenali
sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman Marxisme. Walaupun
begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka tetap setia terhadap
falsafah materialis dan tetap menganggap agama samawi sebagai candu bagi
masyarakat.
Sebaliknya, Darwinisme aalah agama yang hakiki
bagi mereka. Mereka berdegil mempertahankan Darwinisme dan berusaha gigih untuk
menghidupkan semula teorinya. Kesannya, sebahagian besar masyarakat tidak
pernah memikirkan persoalan seperti kewujudan manusia akibat tipu daya Darwinisme.
Di dalam institusi pendidikan pula, para pelajar diindoktrinasikan oleh para
instruktor berfahaman Darwinisme sambil mempamerekan sejumlah buku ateisme dan
mengumandangkan mesej yang sama di pusat pameran serta di galeri kesenian dan
teater. Ringkasnya, beginilah sebenarnya pembudayaan mentaliti ateisme yang
sekaligus mempengaruhi golongan terpelajar dan individu lain di dalam
masyarakat. Mereka yang terjerat dengan pengaruh ini pasti akan beranggapan
bahawa Darwinisme adalah sebuah realiti saintifik dan memandang agama sebagai
sebuah kepercayaan tradisional yang dianut oleh masyarakat silam dan golongan
yang ketinggalan zaman. Hal yang serupa, di dalam al-Qur’an ketika manusia
ditanya, Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Golongan yang kafir akan
menjawab, ‘Cerita-cerita orang terdahulu’.
Pada asasnya, agama adalah sebuah hakikat
kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak berkaitan dengan sebarang tradisi
atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan hubungan makhluk dengan
Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis. Sebagai langkah
untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang menutup mata hati
sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan Darwinisme
berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan kajian-kajian
saintifik yang mutakhir.
MATERIALISME:
ASAS KEPADA
AGAMA
BATIL
Seperti
yang telah disebutkan di dalam bahagian terdahulu, materialisme adalah sebuah
pergerakan ideologi merbahaya yang berusaha menghancurkan nilai-nilai spiritual
dan menjauhkan manusia daripada pegangan agama. Majoriti besar masyarakat hari
ini, samada sedar atau tidak, kekal di dalam belenggu psikologi materialisme.
Bagaimanapun, seperkara yang harus difikirkan; kesetiaan terhadap pegangan
materialisme bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan.
sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan-Nya namun tetap
berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Qur’an menjelaskan golongan yang
berfikiran seperti ini:
Katakanlah: ‘Siapakah yang
memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa
(menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan yang
hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah
yang mengatur segala urusan?’ Maka mereka akan menjawab: ‘Allah’. Maka
katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak bertakwa?’. Maka itulah Allah Tuhan kamu
yang sebenarnya; dan tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka
bagaimanakah kamu dipalingkan? Surah Yunus: 31-32
Katakanlah: ‘Kepunyaan siapakah
bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui?’ Mereka akan
menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: ‘Maka apakah kamu tidak beringat?’
Katakanlah: ‘Siapakah yang empunya langit yang tujun dan yang empunya ‘Arasy
yang besar?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’. Katakanlah: ‘Maka apakah
kamu tidak bertakwa?’. Katakanlah: ‘Siapakah yang ditangan-Nya berada kekuasaan
atas segala sesuatu yang Dia lindungi tetapi tidak ada yang dapat dilindungi
dari (azab-Nya) jika kamu mengetahui?’ Mereka akan menjawab: ‘Kepunyaan Allah’.
Katakanlah: ‘(Kalau demikian) maka dari jalan manakah kamu ditipu?’. Sebenarnya
Kami telah membawa kebenaran kepada mereka dan sesungguhnya mereka benar-benar
orang yang berdusta. Surah Mukminun: 84-90
Dan sungguh jika kamu bertanya
kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’, nescaya mereka
menjawab: ‘Allah’. Katakanlah: ‘Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang seru
selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudaratan kepadaku, apakah
berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudaratan itu atau jika Allah
hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmat-Nya?’.
Katakanlah: ‘Cukuplah Allah bagiku’. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang
berserah diri. Surah Az-Zumar: 38
Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas,
golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan
tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya
bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. Mereka adalah penganut agama batil
yang terhasil akibat prinsip pegangan hidup yang jauh dipalingkan daripada
agama yang benar. Seperti mana juga di masa lalu, betapa ramai manusia hari ini
yang berpegang kepada agama yang batil dan menjauhkan diri mereka dari
kebenaran agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Selain daripada golongan yang disebutkan di atas,
di sana juga terdapat golongan yang secara terbuka mengisytiharkan penafian
terhadap Allah dan Hari Kemudian. Mereka berusaha mempengaruhi orang ramai
untuk melakukan kekufuran dan sekaligus menyertai mereka. Metodologi yang
digunakan oleh para materialis di dalam masyarakat yang mengamalkan pemahaman
agama yang terpesong (masyarakat di mana pemahaman tentang Tuhan adalah
menyeleweng) adalah berbeza jika dibandingkan dengan kaedah di mana individunya
cenderung terhadap fahaman ateisme. Materialis menjerumuskan manusia ke lembah
syirik dengan mereka-reka agama bagi setiap masyarakat dan menyebatikannya
dengan inspirasi yang diperolehi daripada kepercayaan tentang kemutlakan alam
kebendaan.
Sudah pasti golongan yang menyimpangjauh daripada
ajaran agama yang sebenar tidak mampu berjuang menentang kekufuran apatah lagi
untuk memusnahkannya. Kekeliruan dalam memahami agama, sedar atau tidak, akan
menyediakan suatu sokongan terhadap sistem kekufuran. Ini adalah mengapa,
sekiranya seseorang ingin berjihad menentang kekufuran, kemampuan untuk
menggarap pemahaman agama yang benar dan tepat mengenai konsep agama batil yang
didirikan di atas tunjang fahaman materialisme dan menguasainya dengan sempurna
adalah amat penting.
Di dalam lembaran berikutnya, perbincangan
mengenai beberapa ciri-ciri agama materialis dan evolusionis akan diterangkan.
Persamaan yang menarik di antara sistem yang diwariskan di dalam kepercayaan
agama yang batil dan kepercayaan syirik yang diisyaratkan di dalam al-Qur’an
akan dibincangkan secara khusus.
Jahiliyyah Abad
20
Allah s.w.t. memaklumkan di dalam kitab-Nya
mengenai manusia yang menyembah makhluk selain daripada Dia, dan mengambil
patung dan berhala sebagai dewa semabahan begitu juga dengan kisah-kisah
mengenai perjuangan gigih para utusan-Nya ketika berhadapan dengan kaum
tersebut. Sebahagian besar individu menganggap bahawa masyarakat zaman lalu
yang menyembah patung memiliki cara hidup yang primitif dan disebabkan itulah
mereka berpegang kepada amalan tersebut. Akibatnya, mereka menganggap
sesetengah kaum asli Afrika yang sehingga hari ini menyembah patung adalah
kerana keprimitifan mereka.
Namun begitu, pemerhatian yang lebih teliti ke
atas pemahaman dan sudut pandangan masyarakat lalu yang dikenali sebagai
jahiliyyah di dalam Al-Qur’an mendedahkan bahawa mereka memilik banyak
persamaan dengan golongan tertentu yang ada hari ini. Seperti mana masyarakat
pagan lalu menjadikan patung dan objek kayu dan batu sebagai tuhan, rasional
yang menganggap materi yang tidak bernyawa sebagai suatu bentuk pemujaan juga
turut menjadi anutan yang dominan di zaman kita ini. Sebelum meneruskan
perbandingan di antara rasional masyarakat pagan lalu dan hari ini, kita akan
memerhatikan beberapa ayat Qur’an berkenaan masyarakat ini.
Salah satu daripada kaum yang dikenal pasti di
dalam al-Qur’an ialah kaum Nabi Ibrahim:
Ingatlah ketika ia berkata kepada
ayahnya: ‘Wahai ayahku! Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar,
tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikit pun?’. Surah Maryam: 42
Ketika Ibrahim berkata kepada
ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadah kepadanya?’.
Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’. Surah al-Anbiya:
52-54
Seperti yang tersebut di atas, bapa Nabi Ibrahim
a.s dan kaumnya menjadikan material kaku yang dihasilkan dengan tangan mereka
sendiri malah tidak mempunyai sebarang kuasa mencipta sebagai tuhan sembahan.
Dengan menganggap apa sahaja sebagai tuhan adalah bererti menyifatkannya
(samada separuh atau seluruhnya) sebagai kuasa yang bertanggungjawab ke atas
penciptaan, memberi rezeki, memberi rahmat, menyembuhkan, merancang dan
mengawal proses alam semesta. Para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s percaya
bahawa setiap bentuk patung yang diukir oleh mereka sendiri memiliki kekuasaan
yang disebutkan di atas dan sekaligus mengangkatnya sebagai tuhan sembahan.
Amalan Syirik
yang Dominan
di Dalam
Masyarakat Hari Ini
Golongan kufur zaman lalu mendakwa bahawa
patung-patung yang diukir dengan batu dan kayu, yang tidak berkuasa untuk
bergerak atau berbicara, memiliki sejenis kuasa bahkan mencipta alam semesta
dan menguasainya, dan mereka menyembahnya dan memohon kesihatan, rezeki dan
anugerah rahmat darinya. Dengan keterangan ini, kita dengan jelas dapat
membandingkan di mana majoriti besar manusia hari ini juga turur mengamalkan
rasional serupa seperti yang dilakukan oleh para musyrikin silam. para
materialis dan evolusionis percaya bahawa unsur tidak bernyawa yang tersusun
melalui himpunan dan longgokan atom yang kaku sebagai suatu kuasa. Mereka
mendakwa bahawa sebagai suatu hasil kebetulan, materi yang tidak bernyawa
berupaya mencipta dirinya sendiri untuk menghasilkan variasi hidupan yang
sempurna dan begitu kompleks.
Bahkan, mereka menganggap semua kejadian did alam
alam semesta adalah di bawah kekuasaan atom-molekul yang kaku dan mati ini.
Sebagai contoh, mereka menganggap bencana alam akibat gempa bumi (yang mereka
sifatkan sebagai ‘kemurkaan alam’ atau ‘bencana alam’) adalah terjadi kerana
kehendak ‘alam semulajadi’. Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk menerangkan
hakikat sebenar kuasa atau asal usul kuasa yang dipanggil alam ini. Unsur yang
dipanggil alam pada hakikatnya adalah tidak berbeza dengan tuhan sembahan yang
digelar oleh masyarakat kufur silam sebagai ‘dewa bumi’ atau ‘dewa pemberi
rezeki’. Perbezaan di antara keduanya hanyalah bentuk simbol; ketuhanan kini
disifatkan sebagai materi yang mati dan tidak mampu dicapai dan juga kuasa
kebetulan, yang mereka yakini bertanggungjawab terhadap kuasa penciptaan.
Pierre Paul
Grasse, seorang ahli zoologi Perancis dan evolusionis yang bersemangat,
menerangkan konsep ketuhanan yang tersembunyi bagi golongan evolusionis dan
materialis sebagai berikut:
Kebetulan menjadi suatu pengurnia rezeki, di mana,
di sebalik tirai ateisme, tidak dijolokkan dengan nama tetapi disembah secara
rahsia.
Penyifatan kuasa penciptaan terhadap material yang
tidak berjiwa dan atom yang mati adalah kecacatan logik akal yang sangat
serius. Seperti mana kepercayaan para musyrikin zaman silam bahawa patung
sembahan mereka adalah berkuasa mencipta makhluk hidupan, maka begitu jugalah
halnya bagi para materialis dan evolusionis di zaman in ibahawa materi secara
spontan berevolusi menjadi makhluk hidupan yang memberi suatu pengertian di
mana elemen dan sejumlah unsur bahan sebagai kuasa hidup dan sedar yang
membolehkannya memutuskan dan bertindak di atas sesuatu keputusan. Daripada
sudut pandangan ini, mereka sebenarnya menyifatkan segala-galanya sebagai suatu
sifat ketuhanan.
Sebagai contoh, evolusionis menganggap sekuntum
bunga mawar dengan warna merahnya yang memukau yang tumbuh di permukaan tanah
yang kotor sebagai tuhan kerana mereka percaya bahawa bunga mawar tersebut
wujud dengan sendiri atau bahan dan unsur yang membinanya secara spontan
mencipta dan membentuknya. Begitu juga halnya, mereka melihat buah limau, epal,
strawberi, pisang, anggur, bebunga, rusa, singat, gajah, semut, lebah, lalt,
ikan dan ringkasnya, seluruh makhluk hidupan termasuk bukan hidupan memiliki kemampuan
mencipta diri sendiri kerana mereka mendakwa bahawa semuanya membentuk struktur
fizikal yang ada hari ini melalui kehendak dan kekuasaan yang tersendiri.
Dalam sebuah contoh lain, evolusionis mendakwa
bahawa seekor lebah yang dahulunya adalah haiwan lain tidak semena-mena
memutuskan untuk menjadi seekor lebah dan kemudian mula membentuk mekanisme
tubuh badan yang berupaya menghasilkan madu. Mereka mendakwa bahawa lalat pada
mulanya tidak berupaya untuk terbang, tetapi kemudiannya membentuk sepasang
sayap dan dengan itu memulakan penerbangan. Bahkan, lalat ini menyiapkan diri
mereka dengan mekanisme penerbangan yang sempurna dengan teknologi yang jauh
lebih canggih berbanding kapal terbang dan helikopter yang ada hari ini.
Para evolusionis amat mahir mereka-reka cerita
yang sama ke atas berjiwa juta hidupan lain di atas muka bumi. Semuanya
berkongsi asas yang sama iaitu; susunan atom mati yang membina organisma
hidupan atau alam di mana mereka berada memiliki semacam suatu fungsi sedar dan
kebijaksanaan. Istilah-istilah seperti pilihan semulajadi, mutasi rawak dan
pemisahan geografi yang memberi sedikit sentuhan saintifik menghiasi cerekarama
yang dihasilkan oleh evolusionis. Apa yang mereka agungkan pada hakikatnya
adalah material kaku di dalam alam secara spontan berkuasa mencipta makhluk
hidupan iaitu pisang, lalt, kucing, ikan paus, zirafah, rama-rama, semut, gajah
dan generasi mereka seterusnya.
Berdasarkan kepada evolusionis, atom-atom ini
jugalah yang mencipta ruang atmosfera dengan begitu sempurna, mentadbir dan
mereka bentuknya. Dan dengan itu, atmosgera mampu menjadi sebuah atap protektif
bagi planet bumi dan membentuk segala keperluannya. Ini bermaksud, mereka yang
mengagungkan materi yang menyifatkan kekuasaan mutlak kekuasaannya. Menurut
mereka, karbon, hidrogen, nitrogen dan besi semuanya adalah kuasa pencipta.
Sekali lagi, menurut keperacyaan pelik ini, atom
yang sama juga mula berhimpun dan tidak semena-mena menyusun dirinya untuk
membentuk sepasang mata yang mampu melihat. Tingkahlakunya begitu rapi dan
sempurna yang memastikan bahagian lain mata akan membentuk rongga mata dan
dengan begitu sabar menunggu sebarang akibat kebetulan yang akan membentuk
rongga sebelum membentuk organ mata. Evolusionis melihat bahawa atom yang
membina mata adalah pencipta kerana mereka percaya bahawa semuanya itu
‘berkemampuan untuk mencipta organa sesempurna itu’. Seperti mana masyarakat
musyrikin silam menganggap hujan sebagai tuhan, para evolusionis juga turut
mengangkat atom yang membina organ mata sebagai tuhan mereka.
Dari sudut pandangan ini, setiap individu dapat
menyimpulkan bahawa agama bagi materialis dan evolusionis memiliki berjuta-juta
tuhan untuk disembah. Dengan mendakwa bahawa setiap makhluk di dalam alam
semesta wujud dengan sendirinya melalui sesiri kebetulan adalah bererti
mengakui setiap satu daripada hidupan dan kuasa ini sebagai pencipta. Hal ini
tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan logik yang mendorong seseorang
itu menyembah berhala atau memohon kesihatan dan kebaikan kepada patung yang
diukir. Pada hakikatnya, era zaman penyembahan berhala ini kembali
dipraktikkan.
Sembahan Golongan
Evolusionis: Atom yang Mati
Apa pun yang kita lihat dan rasakan, samada
seketul batu atau tanah, kerusi di mana kita bersandar, udara yang kita sedut,
makanan yang kita makan untuk terus hidup, air yang terdiri daripada dua
pertiga daripada kandungan tubuh badan, dan sebagainya yang terletak di luar
atau dalam tubuh badan, yang hidup atau yang mati, hakikatnya adalah terbina
daripada atom. Selain itu, galaksi-galaksi, bebintang, matahari dan planet bumi
yang menjadi tempat tinggal kita adalah terdiri daripada himpunan atom termasuk
diri manusia sendiri. Dan hakikatnya, segala-galanya adalah terbina daripada
susunana atom.
Makhluk hidupan termasuk manusia terbina daripada
pelbagia unsur atom seperti karbon, hidrogen, oksigen, kalsium, magnesium dan
besi. Di satu sudut lain, Darwinisme menegaskan bahawa atom-atom secara
mendadak terhimpun bersama melalui suatu kuasa kebetulan. Iaitu, rasional
evolusionis menyimpulkan bahawa longgokan atom-atom kaku melakukan mekanisme
membuat-keputusan dan yang akhirnya membentuk, sebagai contoh, seorang jurutera
nuklear yang amat mahir di dalam bidang fizik atom.
Dengan memerhatikan secara lebih dekat terhadap
dakwaan yang tidak berasas ini, kita dapat menyimpulkan konklusi berikut: di
bawah satu kuasa yang tidak diketahui asal usulnya, pelbagai atom mula wujud
yang kemudiannya secara kebetulan berkumpul bersama untuk menghasilkan
bintang-bintang dan planet, ringkasnya seluruh alam semesta. Kemudian, melalui
longgokan kebetulan atom yang sama, sebutir sel hidupan dengan struktur yang
begitu kompleks mula terhasil. Sel hidup ini kemudiannya melalui sebuah proses
evolusi dan menghasilkan pelbagai hidupan dengan sistem yang begitu luarbiasa,
dan di kemuncak siri perubahan ini akhirnya membentuk seorang individu manusia
dengan fungsi kebijaksanaan yang rumit. Seorang manusia yang tercipta
semata-mata akibat proses kebetulan, sekali lagi berjaya menemui atom yang
membina dirinya dengan membuat pemerhatian melalui mikroskop elektron misalnya,
yang juga dibentuk melalui kebetulan. Inilah sebenarnya yang didakwa oleh Darwin
sebagai sebuah tesis saintifik, dan teori evolusi kemudiannya secara jelas
menerima setiap atom sebagai ‘tuhan’.
Pada hakikatnya, kekisi atom yang membina individu
manusia dengan fungsi kebijaksanaan dan intelektual tidak memiliki sebarang
kualiti atau kuasa dengan sendirinya. Akan tetapi, evolusionis entah bagaimana
mendakwa bahawa atom yang mati membentuk individu manusia dan kemudian
‘struktur atom’ ini memutuskan untuk pergi ke seklah dan berjaya memiliki
segelung ijazah daripada universiti. Berdasarkan kepada dakwaan yang sama,
atom-atom memiliki kebolehan yang sangat memukau; mampu merasa makanan yangjuga
terbina daripada atom; menghidu bau menyegarkan sekuntum bunga mawar yang juga
terbina daripada atom dan memberi senyuman yang manis. Atom yang sama juga
merasa kehangatan udara di sekitarnya. Pada masa yang sama, atom-atom juga
mendengar gelombang suara yang dipindahkan dari radio dan mengubahnya menjadi
irama muzik. Menurut evolusionis lagi, pelbagai atom yang berkumpul secara
rawak mampu berfikir, merasa rindu, sedih dan gembira serta bergelak ketawa
ketika menonton sebuah filem komedi. Komuniti jahiliyyah silam mendakwa bahawa
ukiran kayu sembahan mereka memiliki kuasa istimewa, sebaliknya evolusionis
yang ada hari ini menyifatkan kuasa istimewa tersebut kepada atom-atom.
Akan tetapi, adalah sangat jelas bahawa tidak ada
sesuatu pun di dalam alam semesta yang dapat diserahkan kewujudannya
semata-mata kepada kebetulan, iaitu pada asasnya di sana terdapat sebuah kuasa
dan kebijaksanaan superior yang bertanggungjawab terhadap ciptaan hidupan di
atas muka bumi. Seluruh kehebatan di dalam penciptaan manusia dan alam sendiri
di kelilingi dengan petanda sebuah kebijaksanaan yang amat tinggi. Pemilik
kebijaksanaan ini adalah Allah s.w.t., Tuhan seluruh langit dan bumi.
Allah berfirman kesia-siaan golongan penyembah
tuhan yang batil ini dan mereka kelak pasti akan dimusnahkan:
Dan Kami seberangkan Bani Israil
ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap
menyembah berhala, Bani Israil berkata: ‘Hai Musa! Buatlah untuk kami sebuah
tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan’. Musa menjawab:
‘Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil’. Sesungguhnya mereka itu akan
dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang sering mereka
kerjakan. Surah Al-A’raf: 138-140
Amalan Menyembah
Matahari
Antara perbezaan lain di antara materialis dan
evolusionis hari ini dengan masyarakat jahiliyyah zaman silam adalah berkaitan
dengan suatu doktrin yang berasaskan penyembahan matahari yang berakar sejak
dahulu kala. Sebagai sumber cahaya dan tenaga, manusia sering menganggap bahawa
kewujudan mereka adalah disebabkan matahari dan sekaligus mendewa-dewakannya.
Sepanjang sejarah, kepercayaan khurafat ini telah menyesatkan sejumlah tamadun
manusia daripada agama Allah yang sebenar. Al-Qur’an mengisyaratkan hal ini dan
menjadikan Kaum Saba’ di zaman Nabi Sulaiman a.s sebagai contoh yang menjadikan
matahari sebagai tuhan sembahan:
Aku mendapati dia dan kaumnya
menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang
indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalang mereka dari jalan (Allah),
sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Agar mereka tidak menyembah Allah yang
mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa
yang kamu sembunykan dan apa yang kamu nyatakan. Surah An-Naml: 24-25
Apa yang jelas, penyembahan matahari adalah suatu
praktikal jahiliyyah yang sesat. Memang benar bahawa matahari menyinarkan haba
dan cahaya kepada bumi, akan tetapi rasa syukur seharusnya ditujukan kepada
Allah s.w.t sebagai Penciptanya. Matahari adalah sekadar sebuah jisim materi
tanpa sebarang kuasa yang diciptakan oleh Allah. Suatu hari kelak, sumber
tenaganya akan kehabisan dan pasti mati, atau pun Allah akan memusnahkannya
lebih awal sebelum saat itu. Oleh kerana Allah adalah Pencipta kepada matahari
dan setiap jasad samawi yang lain, maka kepada-Nyalah rasa syukur harus
ditujukan. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:
Dan sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada
matahari dan juga bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya,
jika kamu hanya menyembah kepada-Nya. Surah Fussilat: 37
Apa yang menarik, golongan evolusionis hari ini
mengulangi semula asas yang amat serupa dengan agama pagan penyembahan matahari
ini melalui dakwaan bahawa kewujudan manusia adalah berpunca daripada matahri.
Menurut sumber evolusionis, asal usul hidupan di muka bumi adalah berpunca
daripada matahari dan sinaran yang dipancarkan darinya menyalakan hidupan di
planet ini. Tenaga suria juga didakwa bertanggungjawab ke atas generasi spesis
hidupan dan sumber sinarannya sebagai punca kepada proses mutasi yang
mengakibatkan perubahan. Pendekatan ini diterangkan oleh Carl Sagan, seorang
ahli astronomi terkemuka Amerika yang menulis di dalam bukunya, Cosmos:
Nenek moyang kita menyembah matahari dan mereka
terselamat dari amalan yang bodoh.. Sekiranya kita mesti menyembah sebuah kuasa
yang lebih gagah daripada kita, bukankah mengagungkan matahari dan bintang itu
adalah suatu yang masuk akal?
Harlow Shapley, ahli astronomi evolusionis yang
merupakan seorang mentor Carl Sagan terkenal kerana ucapannya: Orang-orang alim
menulis, ‘Pada permulaannya Tuhan’, tetapi saya katakan, ‘Pada permulaannya
hidrogen’. Iaitu Shapley peraya bahawa dengan peredaran masa, gas hidrogen
berevolusi menjadi haiwan, pokok-pokok dan manusia. Apa yang jelas, pendewaan
ke atas materi dan alam menggambarkan seluruh pandangan tidak masuk akal yang
diutarakan oleh para evolusionis. ‘Agama’ bagi mereka adalah berdasarkan kepada
penyembahan materi dan alam sekeliling.
Di satu sudut lain, individu manusia yang bijak
dan berhikmah pasti akan memahami bahawa seluruh alam semesta tidak sekali-kali
merupakan produk ciptaan material yang mati dan kaku. Sebaliknya, mereka akan
mendapati kehebatan perancangan yang teliti dan kesenian di dalam setiap
ciptaan serta mengakui akan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Namun begitu,
sebilangan besar manusia yang ada hari ini tetap buta terhadap hakikat ini dan
terus mengagungkan kebendaan (materi). Ini adalah kerana, sebagaimana kaum
Saba’: “Syaitan menjadikan perbuatan mereka itu indah di pandangan mereka dan
memalingkan mereka daripada jalan (yang benar), dan mereka itu tidak diberi
hidayah’.
Penyakit
Materialisme dan Naturalisme
Di dalam himpunan Risalah An-Nur, sebuah koleksi
ulasan berdasarkan al-Qur’an oleh Said Nurisi yang juga dikenali sebagai
Badi’uzzamandan merupakan salah seorang intelektual Islam abad 20, terdapat
banyak perbahasan yang membincangkan kecacatan materialisme dan naturalisme.
Materialisme dapat ditakrifkan sebagai ‘mengakui akan kewujudan materi sebagai
hakikat tunggal’. Naturalisme sebaliknya adalah penyembahan alam semulajadi.
Melalui istilah ini, Badi’uzzaman menumpukan perhatian terhadap materialisme
dan Darwinisme, iaitu asas bagi kekufuran dan memberi penjelasan terperinci
mengenai kecacatan logik pergerakan agama palsu ini:
Atau pun mereka membayangkan seperti mana yang
dilakukan oleh materialis Fir’aun bahawa ‘mereka wujud dengan sendirinya,
mendapat makanan dengan sendiri dan mencipta segala yang mereka perlukan dengan
sendiri’ dan dengan itu, mereka tidak perlu beriman dan mengabdikan diri? Ini
bererti mereka menganggap diri mereka sebagai pencipta, sebaliknya pencipta
adalah sesuatu yang menjadi Pencipta kepada segalanya. Ini bermaksud,
kesombongan dan penipuan menjadikan mereka begitu bodoh di mana mereka
membayangkan seseorang sebagai pemilik kuasa yang mutlak yang begitu jelas amat
lemah dan bahkan dapat ditewaskan oleh seekor nyamuk atau mikrob.
Materialis yang menggunakan akal adalah terhadap
kepada apa yang terlihat jelas di hadapan mereka, dengan falsafah karut-marut
yang berdasarkan kepada penipuan mereka, mengambil perubahan zarah yang
dianggap sebagai hasil kebetulan untuk menjadi seluruh prinsip asas mereka dan
melihlatkan bahawa hasil kerja ciptaan Ilahi terhasil melalui perubahan
sembarangan itu. Sesiapa sahaja walaupun dengan sedikit kecerdasan akan
memahami bagaimana tiak masuk akal untuk menganggap ciptaan yang dihiasi dengan
contoh kebijaksanaan yang tidak terbatas kepada sesuatu yang berteraskan
kebetulan tanpa pengertian dan tujuan, yang sangat sembarangan.
Di dalam kenyataan di atas, Badi’uzzaman menarik
perhatian kita terhadap kenyataan bahawa adalah sesuatu yang kurang waras bagi
seseorang untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan dan yang sebenarnya makhluk
yang lemah untuk mendakwa bahawa kewujudannya dan kesempurnaan alam semesta
sebagai suatu ‘kebetulan’. Kekufurannya terhadap kewujudan Maha Suci Allah
adalah kekafiran yang paling besar. Badi’uzzaman menyatakan bahawa terdapat
banyak usaha pergerakan anti-agama yang semakin meluas di era kita dan adalah
menjadi tanggungjawab besar untuk menyelamatkan umat manusia dari ancaman
gerakan ini:
Falsafah kelahiran baru naturalis dan materialis
yang kejam akan beransur-ansur menjadi kuat dan tersebar sehingga ke akhir
zaman.. mencapai ke suatu tahap di mana menafikan Tuhan.. Adalah jelas
kebodohan manusia yang lemah, yang berupaya dimusnahkan oleh seekor lalat dan
tidak pula mampu walaupun mencipta sebilah kepak lalat, untuk mengaku sebagai
tuhan.....
Seperti yang dinyatakan oleh beliau, kepercayaan
bahawa materi yang mati mencipta alam semesta dan hidupan dengan sendirinya
adalah suatu yang sangat-sangat tidak masuk akal. Lebih dari itu, adalah suatu
yang amat mustahil untuk berkata bahawa seorang manusia dengan kepercayaan
seumpama itu memiliki kebijaksanaan dan kewarasan akal fikiran. Sebenarnya,
Nabi Ibrahim a.s telah menyatakan betapa jelas kedangkalan akal fikiran para
musyrikin ketiak menyembah ukiran kayu yang dibuat oleh mereka sendiri:
Ibrahim berkata: ‘Maka mengapakah
kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit
pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu? (Celakalah) kamu dan apa yang kamu
sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah Al-Anbiya: 66-67
Pembentukan Agama
Batil Melalui
Pegangan
Materialis dan Evolusionis
Fakta seharusnya harus diberikan sebuah konsepsi
yang jelas iaitu impian golongan materialis untuk melahirkan sebuah masyarakat yang
menafikan Allah dan agama-Nya sekaligus membentuk individu yang merasa bebas
tanpa sebarang ikatan tanggungjawab. Di puncak falsafah materialisme terletak
keinginan untuk membentuk sebuah sistem sosial yang bukan sekadar menafikan
kewujudan Allah s.w.t. tetapi juga turut menyingkirkan nilai spiritual dan
moral serta meyakini bahawa untuk mencapainya, usaha menanamkan ideologi
ateisme ke dalam akal fikiran manusia dan menyebar-luaskannya adalah suatu
keperluan yang besar. Dengan menentang agama Allah, mereka menerima sebuah
bentuk agama yang telah diherot-perotkan sesuai dengan pegangan materialis.
George Gaylord Simpson, nama yang terkemuka dalam pergerakan neo-Darwinisme,
menghuraikan konsep agama yang diterima oleh para evolusionis:
Seperkara yang jelas, terdapat beberapa agama
baru, dilabel sebagai pegangan dan terlibat di dalam emosi keagamaan, yang
tidak selari dengan evolusi dan sekaligus tidak dapat dipertahankan secara
intelektual meskipun doa mereka yang emosional. Namun begitu, saya mengambilnya
kini sebagai suatu keyakinan yang jelas, yang tidak menuntut kepada sebarang
perbincangan lanjut, bahawa evolusi dan agama sebenar adalah saling harmoni.
Simpson, sebagai seorang evolusionis, menyatakan
bahawa agama dapat disatukan dengan pegangan hidup materialis selama mana ia
tertakluk kepada definisinya. Bagaimanapun, seperkara yang harus diperhatikan
bahawa apa yang dirujuknya sebagai ‘agama sebenar’ sudah pasti bukanlah agama
yang berasaskan wahyu samawi tetapi adalah merupakan suatu pegangan yang jauh
menyeleweng dari landasang kebenaran, iaitu mencipta sebuah agama ‘yang
bertentangan dengan ajaran keagamaan’ berdasarkan kepada pemikiran materialis
dan memuaskan manusia secara emosional. Hari ini, majoriti manusia yang
mendakwa yakin beriman pada hakikatnya hidup di bawah kebatilan agama yang
didakwa oleh materialis sebagai ‘agama sebenar’.
Di dalam bahagian berikutnya, beberapa ciri agama
batil akan dibincangkan. Pegangan terhadap kepercayaan yang menyeleweng secara
berleluasa di atas nama agama akan dijelaskan. Akibat tidak ditarbiyah untuk
memusatkan akal fikiran dengan mendalam, manusia sering gagal menyeari
kesilapan di dalam fahaman tersebut. Adalah merupakan satu tanggungjawab yang
penting bagi para mukminin yang ikhlas untuk saling ingat mengingatkan sesama
manusia yang lain terhadap agama yang batil ini dan menyampaikan pesanan
al-Qur’an yang merupakan sumber kebijaksanaan yang unik yang diturunkan Allah
sebagai satu-satunya pegangan bagi para hamba-Nya.
1)
Ajaran bahawa Allah berada di atas langit
Meskipun beriman akan kewujudan Allah, sebahagian
manusia mempunyai keyakinan yang begitu dangkal tentang keberadaan Allah.
Fahaman materialisme adalah begitu jelas dalam kaitan ini. Disebabkan para
materialis mempertahankan bahawa materi adalah kewujudan yang mutlak, secara
tidak langsung mereka terpaksa menerima bahawa Allah berada di dalam lingkungan
alam semesta material ini walaupun gagal untuk membayangkan ruang
kedudukan-Nya.
Al-Qur’an juga menyatakan bahawa segolongan
manusia dengan mentaliti yang sama juga pernah wujud dahulu. Untuk melihat
Allah, Fir’aun mengerahkan pembinaan sebuah menara yang memuncak tinggi ke
langit. Kepercayaannya ini adalah berpunca daripada kegagalan untuk memahami
sifat-sifat Allah dan keyakinannya yang begitu mendalam terhadap kemutlakan
materi.
Dan berkata Fir’aun: Wahai
pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui tubah bagimu selain aku. Maka bakarlah
hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untuk bangunan yang tinggu
supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar
yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta. Surah Al-Qasas: 38
Tetapi Allah s.w.t adalah Pencipta ruang dan sudah
pasti tidak terbelenggu di dalam ruang yang diciptakan-Nya. Ruang adalah khusus
untuk makhluk ciptaan-Nya dan Allah adalah maha tinggi daripada segala makhluk
ciptaan dan pengetahuan-Nya meliputi segala-galanya.
Manusia yang terjerumus di bawah fahaman
materialisme gagal untuk menggarap hakikat ini dengan menganggap bahawa Allah
bersemayam di atas langit. Setengah yang lain melihat ke atas langit ketika
berdoa, tetapi bagi mereka yang benar-benar memahami pengertian
asmaul-Husna-Nya sangat menyedari kehadiran-Nya di mana saja mereka berpaling.
Allah berfirman tentang hakikat ini:
Dan kepunyaan Allah timur dan
abrat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya!
Allah maha luas lagi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115
Dia tidak dapat dicapai oleh
penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan, dan Dia-lah
yang maha halus lagi maha mengetahui. Surah al-An’aam: 103
2)
Ajaran bahawa Tuhan mencipta alam semesta termasuk
manusia dan kemudian meninggalkan mereka tanpa sebarang pertanggungjawaban.
Ajaran agama baitl ini mendakwa bahawa Allah untuk
pertamanya mencipta seluruh alam semesta termasuk segala makhluk hidupan dan
kemudian meninggalkan mereka bersendirian, iaitu berada pada kedudukan yang
jauh. Menurut fahaman ini, manusia ditinggalkan bergelut menentukan nasib
mereka sendiri....
Akan tetapi, Allah juga bukan sahaja tidak
dibelenggu oleh ruang tetap juga oleh masa. Apabila Dia mencipta alam semesta
dan manusia, Dia mencipta mereka bersama-sama dengan masa silam dan hadapan di
dalam suatu detik. Ini bermaksud, Allah mencipta segalanya dengan takdir mereka
secara individu. Tanpa mengalaminya, manusia tidak dapat mengetahui sesuatu
tentang masa hadapan. Tetapi Allah s.w.t. maha mengetahui masa hadapan bagi
setiap individu manusia dan setiap detik yang akan dilaluinya. Ini adalah
kerana Allah jualah yang mencipta setiap detik yang dilalaui, setiap perkataan
yang diucap dan setiap perbuatan yang dilakukan. Dan sudah pasti Dia tidak
mencipta alam semesta dan kemudian meninggalkannya sendiri, bahkan, Dia
mencipta setiap detik kehidupan seluruh makhluk ciptaan-Nya mulai sejak
permulaan sehingga ke saat terakhir. Segalanya, sehelai daun yang gugur atau
peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya, terjadi selaras
dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Dan pada sisi Allah kunci-kunci
semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia
mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tiada sehelai daun pun yang gugur
melainkan Dia mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebut biji pun dalam kegelapan
bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam
kitab yang nyata. Surah al-An’aam: 59
Padahal Allah yang menciptakan
kamu dan apa yang kamu perbuat itu. Surah as-Saffat: 96
3)
Kufur terhadap Kewujudan syurga dan neraka
Sebahagian individu yang diselubungi pengaruh
pemikiran materialis tidak mempercayai mengenai kewujudan syurga dan neraka walaupun
mungkin percaya kepada kewujudan Tuhan. puncanya ialah kerana mereka tidak
dapat memastikan kewujudan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata atau
disentuh dengan tangan.
Bagi seseorang yang mempunyai kebijaksanaan dan
akal yang waras, di sana terdapat petanda yang jelas mengisyaratkan akan
kewujudan Tuhand an Hari Kemudian, contohnya langit dan bumi yang diciptakan
dengan begitu rapi dan harmoni, dan begitu juga sel yang merupakan bahan binaan
asas bagi seluruh organisma hidupan. Alam yang menampung kehidupans etiap
individu sarat dipenuhi dengan petanda maha Pencipta. Sesiapa sahaja dengan
akalyang waras dapat memahami bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta setiap yang
bernyawa buat kali pertama, dan Dia juga amat berkuasa untuk menghidupkan mereka
buat kali kedua di saat hari kebangkitan. Golongan yang menafikan hakikat ini
diterangkan di dalam Qur’an sebagai berikut:
Dan mereka berkata: Apakah bila
kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benarkan
kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru? Katakanlah: Jadilah
kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak
mungkin menurut fikiranmu. Maka mereka akan bertanya: Siapa yang akan
menghidupkan kami kembali? Katakanlah: Yang telah menciptakan kamu pada kali
pertama. Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan
berkata: Bilakah itu akan terjadi? Katakanlah: Mudah-mudahan waktu kebangkitan
itu dekat. Iaitu pada hari Dia memanggil kamu lalu kamu mematuhi-Nya sambil
memuji-Nya dan kamu anggap kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar
saja. Surah al-Isra: 49-52
Kegagalan mereka untuk memahami hakikat
kebangkitan dan keraguan mereka terhadap kebenaran ini sekali lagi adalah
diakibatkan kepercayaan materialisme yang menyeleweng. Materialis melihat
proses fenomena kejadian seorang manusia sebagai hasil tindakbalas unsur dan
zarah. Mereka menegaskan bahawa aspek metafizik manusia (jiwa dan emosinya) juga
terhasil melalui tindakbalas yang serupa. Berdasarkan kenyataan itu, mereka
menafsirkan saat kebangkitan sebagai pembinaan semula materi dan sekaligus
gagal membayangkan kemungkinan proses ini. (ini bermaksud, mereka tidak dapat
menerima bahawa materi yang telah musnah dapat hadir dan bersatu semula).
Apa yang gagal mereka fahami ialah bagaimana tubuh
badan yang telah hancur dapat bercantum kembali setelah kematian, namun begitu
mereka harus memikirkan bahawa manusia pada asalnya diciptakan daripada tiada.
Seandainya demikian halnya, mempertikai kebenaran peristiwa kebangkitan atau
meragui hakikat ini adalah suatu yang kurang bijak. Di dalam Qur’an, Allah
mengisyaratkan tentang proses hari kebangkitan sebagai berikut:
Maka apakah Kami letih dengan
penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang
penciptaan yang baru. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya
dari urat lehernya. Surah Qaf: 15-16
Hakikatnya,
roh adalah merupakan entiti yang hakiki bagi tiap diri seseorang dan bukanlah
longgokan pepejal daging dan tulang temulang. Kematian memusnahkan struktur
tubuh badan namun roh tetap hidup selama-lamanya. Kematian hanyalah suatu
pengalaman perpindahan roh menuju ke alam kehidupan Hari Kemudian. Allah
berfirman:
Kemudian
Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh) roh-Nya dan Dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) sedikit sekali kamu
bersyukur. Dan mereka berkata: ‘Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam
tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru. Bahkan mereka
(sebenarnya) ingkar akan menemui Tuhannya. Katakanlah: ‘Malaikat maut yang
diutus untukmu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu-lah kamu akan
dikembalikan. Surah as-Sajadah: 9-11
Perasaan prejudis yang disemai oleh golongan ini mengakibatkan mereka terhalang daripada memahami walaupun hakikat yang begitu nyata. Di dalam banyak ayat, Allah menyatakan bahawa golongan yang mengingkari Hari Kemudian dan meragui kematian sebagai suatu saat akhir adalah golongan yang tidak menggunakan akal fikiran:
Pernahkah kamu melihat orang yang
menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-ilmu-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberikannya
petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? Dan
mereka berkata: ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja,
kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita melainkan masa’,
dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu; mereka tidak
lain hanyalah menduga-duga sahaja. Surah al-Jathiyah: 23-24
Sebaliknya,
keadaan para mukmin pula diterangkan sebagai berikut:
Iaitu orang-orang yang mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.
Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka
itulah orang-orang yang beruntung. Surah Luqman: 4-5
Iaitu orang-orang yang beriman
kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. Dan orang yang beriman kepada (kitab) yang
diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau sedang mereka itu
yakin akan adanya akhirat. Surah al-Baqarah: 3-4
Berhubung dengan usaha menentang agama yang
dianjurkan oleh golongan ateis, di sana terdapat dua perkara penting yang harus
dipertimbangkan. Satu daripadanya ialah membatalkan teori evolusi daripada
perspektif saintifik agar umat manusiam engetahui bahawa kewujudan mereka
bukanlah suatu hasil kebetulan tetapi adalah merupakan hasil kebijaksanaan
dalam penciptaan Allah s.w.t. Dan yang kedua ialah untuk memaklumkan manusia
mengenai hakikat sebenarmateri dan sekaligus membantu mereka memahami ajaran
agama yang sebenar. Sesiapa yang memahami bahawa dirinya adalah lebih daripada
sekadar materi juga akan menyedari akan hakikat kehebatan Penciptanya, Allah
s.w.t.
Hakikat bahawa Allah meliputi segala-galanya dan
tidak dikekang oleh ruang dan masa, dan bahawa takdir setiap makhluk yang
bernyawa telah ditentukan, dan bahawa syurga dan neraka telah pun wujud dan,
bahawa segala tingkahlaku manusia adalah diciptakan oleh Allah, pada asasnya
adalah merupakan hakikat yang dibentangkan oleh agama hak yang mudah difahami.
Bagaimanapun, segelintir manusia enggan untuk mengakui kebenaran ini, samada
sedar atau pun tidak, akibat daripada pengaruh fahaman materialis. Dan dengan itu,
adalah satu keperluan bagi mereka untuk melepaskan diri daripada belenggu rasa
prejudis dan mempelajari mengenai hakikat sebenar kebendaan. Bab terakhir di
dalam buku ini, Hakikat Kebenaran Yang Membatalkan Agama Batil dan Kekeliruan
Evolusi mendedahkan intipati sebenar kebendaan dan melihatkan bahawa apa yang
sehingga kini dianggap sebagai suatu misteri yang rumit sebenarnya adalah
merupakan hakikat kebenaran yang begitu jelas, terang dan mudah.
SERUAN
PEMIMPIN AGAMA BATIL
MENUJU
KE LEMBAH NERAKA
Di dalam Qur’an, Allah menjelaskan bahawa di sana
terdapat para pemimpin kejam dan zalim yang menyeru pengikutnya menjauhi ajaran
agama Allah sekaligus memerintahkan mereka untuk mengingkari-Nya. Allah
menerangkan mereka di dalam sepotong ayat sebagai ‘pemimpin yang membawa ke
neraka’ (Surah al-Qasas: 41). Karakter pemimpin ini begitu jelas di dalam sifat
Fir’aun seperti yang diceritakan di dalam kisah Nabi Musa a.s, namun karakter
yang sama juga pernah wujud di dalam lembaran sejarah hari ini. Dengan
menggunakan kaedah yang sama, kumpulan pemimpin ini mengerahkan tindakan
kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat jelata, menjauhkan mereka
daripada landasan agama yang sebenar dan mengheret mereka ke lembah kemusnahan
di dunia dan hari kemudian.
Di zaman
kita pemimpin seperti Adolf Hitler (dikenali kerana kekejaman dan pertumpahan
darah yang diakibatkan olehnya di Eropah), Vladimir Lenin, Joseph Stalin dan
Mao Tse Tung, dan para mentor mereka seperti Karl Marx dan Friedrich Engels
juga tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan Fir’aun. Charles Darwin
menyuburkan kekejaman mereka dan menyokong golongan ateis ini melalui teori
evolusi yang diasaskannya.
Seperti yang dinyatakan di dalam Qur’an, para
utusan dan wali Allah, sering berhadapan dengan pemimpin zalim seumpama ini
ketika menyampaikan risalah Allah. Oleh sebab itu, mereka sering memulakan
argumen risalah wahyu ini kepada golongan pemerintah terlebih dahulu berbanding
rakyat jelata kerana dengan menawan pemerintah bermaksud memenangi hati rakyat
yang berada di bawah kekuasaan mereka. Para utusan memulakan dakwa mereka
kepada para pemimpin dan mengutarakan hakikat risalah Tuhan mereka. Al-Qur’an
menjelaskan bahawa Nabi Musa a.s diutuskan kepada Fir’aun:
Dan sesungguhnya Kami telah
mengutus Musa dengan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan mukjizat yang nyata,
kepada Fir’aun dan pemimpin-pemimpin kaumnya tetapi mereka mengikut perintah
Fir’aun padahal sekali-kali perintah Fir’aun bukanlah yang benar. Surah Hud:
96-97
Kemudian Kami utus Musa sesudah
rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Fir’aun dan pemuka-pemuka
kaumnya lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana
akibat orang-orang yang membuat kerosakan. Surah Al-A’raf: 103
Di zaman kita hari ini, komunisme dan anarkisme
adalah merupakan barisah hadapan golongan musyrikin yang paling terkemuka.
Keduanya adalah berasaskan fahaman materialisme dan teori evolusi. Pengasas
ideologi ini merupakan pemimpin utama penentang agama yangmutakhir. Walaupun
tidak lagi menerajui tampuk kekuasaan tetapi pengaruhnya masih lagi tersebar,
bahkan tetap dipertahankan dan diperkukuhkan oleh golongan tertentu. Untuk
berhadapan dengan gerakan ini adalah sangat penting untuk mendedahkan wajah
sebenar dan dengan gerakan ini adalah sangat penting untuk mendedahkan wajah
sebenar dan matlamat utama para pemimpin tersebut. Untuk mendapat pemahaman
yang lebih baik, adalah suatu yang amat berguna untuk menyelidiki sifat dan
sistem pelaksanaan kerja mereka dalam setiap tindakan yang diamalkan oleh
pemimpin yang menyeru ke lembah neraka ini:
1)
Mereka adalah musuh agama yang menghalang
rakyatnya daripada keimanan dengan menggunakan penindasan
Motif terbesar para pemimpin seperti Lenin,
Stalin, Trotsky dan Mao, yang menjulang materialisme dan mengaplikasikannya ke
dalam sistem politik adalah pemusnahan agama besar-besaran. Karl Marx, mentor
komunisme, menunjukkan pandangan materialis terhadap agama:
Ia (agama) adalah candu bagi rakyat. Pembasmian
agama sebagai suatu kegembiraan yang diinginkan oleh rakyat adalah suatu
tuntutan bagi kegembiraan yang sebenar.
Dalam sebuah esei bertajuk The Attitude of The
Workers’ Party to Religion, Lenin menjelaskan pendirian komunisme:
Marxisme adalah materialisme. Seperti mana halnya,
ia adalah permusuhan yang keras terhadap agama seperti mana materialisme para
ensiklopedis abad ke lapan belas materialisme Feuerbach. Ini adalah suatu yang
pasti. Tetapi dialektik materialisme Marx dan Engels melangkah lebih jauh
berbanding Ensiklopedis dan Feuerbach, kerana ia mengaplikasi falsafah
materialis ke dalam domain sejarah, kepada domain sains sosial. Kita harus
memerangi agama: iaitu ABC bagi semua materialisme dan kemuncaknya Marxisme.
Tetapi Marxisme bukanlah sebuah materialisme yang berhenti pada ABC. Marxisme
pergi lebih jauh. Ia berkata: Kita mesti mengetahui bagaimana memerangi agama,
dan untuk melakukannya kita harus menerangkan sumber keimanan dan agama di kalangan
rakyat melalui pendekatan materialis.
Kebencian terhadap agama, seperti yang jelas
terlihat di dalam kenyataan di atas, disemarakkan oleh Marx dan menjadi suatu
sifat umum bagi semua rejim komunis. Walaupun Marx tidak berkesempatan melihat
impiannya, namun kejayaan Lenin amat jelas ketika menyebarkan kekejaman dan
berjaya menubuhkan sebuah rejim yang berlandaskan kepada ateisme. Dan rejim
zalim Stalin melaksanakannya dengan begitu ketat.
Untuk merealisasikan matlamat ini sewaktu
menjalankan revolusi komunis di Russia, China dan negara lain, setiap masjid
dan rumah ibadat dimusnahkan dan rakyat yang menentang revolusi komunis dibunuh
dengan kejam. Joseph Stalin telah melaksanakan tindakan pembunuhan yang paling
tragik di dalam sejarah dunia, memerintah pembunuhan dijalankan ke atas lebih
daripada 20 juta manusia. Pol Pot, seorang diktator komunis di Kemboja yang
bertanggungjawab ke atas penyembelilhan tiga juta manusia daripada seluruh
populasi 9 juta rakyatnya juga adalah dari kalangan pemimpin agama batil yang
terkenal. Dan Enver Hoxha, pemimpin komunis Albania, memerintahkan hukuman
berat bagi setiap bentuk kepercayaan beragama dan ibadat serta mengisytiharkan
‘telah mengasaskan negara ateis yang pertama di dunia’.
Semua ‘Fir’aun abad ke 20’ ini, tanpa sebarang
perasaan kasih sayang dan belas kasihan, mengamalkan permusuhan terhadap agama
seperti mana yang telah dilakukano leh Fir’aun zaman silam dengan menghukum dan
menyiksa golongna yang berpegang dengan ajaran agama. Keganasannya digambarkan
di dalam banyak ayat al-Qur’an sebagai berikut:
Tetapi tidak ada yang beirman
keapda Musa melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadan takut bahawa
Fir’aun dan pembesar-pembesar kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya
Fir’aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk
orang-orang yang melampaui batas. Surah Yunus: 83
Berkata Fir’aun: ‘Apakah kamu
telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian.
Sesungguhnya ia adalah pemimpin kamu yang mengajarkan kepadamu sekalian. Maka
sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekali dengan bersilang
secara bertimbal balik dan sesungguuhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada
pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita
yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya. Surah Taha: 71
Fir’aun berkata: Apakah kamu
sekalian beriman kepada Musa sbelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia
benar-benar pemimpin yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti
benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu): sesungguhnya aku akan
memotong tangan dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalib kamu
semuanya. Surah As-Syu’ara: 49
2)
Golongan Musyrikin Menganut Agama Nenek Moyang
Amat sukar dipercayai di mana para penzalim yang
melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan ke atas beratus ribu manusia
termasuk wanita dan kanak-kanak juga diikuti oleh ramai tokoh yang tidak sahaja
terhad di zaman kita. Di dalam al-Qur’an, terdapat banyak keterangan mengenai
masyarakat yang enggan melepaskan kepercayaan sesat yang mereka anggap sebagai
‘agama nenek moyang’. Setiap kali mereka diseru untuk mengambil agama Allah
sebagai pegangan, mereka berkata bahawa mereka tidak dapat meninggalkan
perbuatan tersebut kerana telah diwariskan oleh nenek moyang mereka. Sepotong
ayat menyatakan:
Dan
apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,
mereka menjawab: tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
nenek moyang kami, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui sesuatu
apa pun dan tidak mendapat petunjuk? Dan perumpamaan orang-orang kafir adalah
seperti pengembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain
panggilan dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka mereka tidak
mengerti. Surah Al-Baqarah: 170-171
Situasi
musyrikin hari ini yang menolak sebarang bentuk nilai keagamaan dan moral
adalah sangat selari seperti yang digambarkan di dalam ayat di atas. Agama yang
mereka anuti, pada hakikatnya adalah agama yang batil. Sesungguhnya, para
pemberontak yang menentang agama yang hak hari ini diperintahkan untuk
mengekalkan pegangan disebabkan para pemimpin terdahulu seperti Darwin, Lenin,
Stalin dan Mao turut mengabdikan kepercayaan mereka dan yang juga menyembah
pelbagai tuhan mereka. Pemimpin mereka percaya bahawa kewujudan makhluk hidupan
adalah berasal daripada material yang tidak bernyawa dan bahawa hidupan
berevolusi dari satu bentuk menjadi bentuk lain sebagai suatu hasil mutasi, dan
bahawa di sana tidak wujud Pencipta yang mencipta mereka. Sebenarnya, para
penganjur konsep ini hanya berpegang kepada kepercayaan khurafat: iaitu kebetulan
dan alam semulajadi merupakan kuasa pencipta, dan bahawa dua kuasa ini (yang
tidak memiliki sebarang kebijaksanaan dan kesedaran) berkuasa memutuskan
ketentuan yang bijaksana dan lagi, materi adalah satu-satunya yang mutlak dan
abadi.
Hari ini,
betapa ramai manusia yang tetap berpegang kepada ‘agama’ nenek moyang mereka
secara membabi buta mempercayai falasi-falasi ini yang berulangkali dibatalkan
oleh bukti saintifik. Bahkan, tanpa memahami sebarang pengertian sebenar
berkenaan dakwaan tersebut, mereka berkeras degil mempertahankannya di dalam
pelbagai instrumen seperti majalah, surat-khabar dan persidangna hanya
semata-mata dorongan untuk mempertahankan bentuk aslinya seperti mana yang
diperturunkan daripada pemimpin mereka terdahulu. Allah menarik perhatian
mengenai sifat kekufuran yang diperturunkan dari generasi ke generasi lain:
Demikianlah tidak seorang rasul
pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka
mengatakan: ‘Ia itu adalah seorang tukang sihir atau orang gila’. Apakah mereka
saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum
yang melampaui batas. Surah az-Dzariyat: 52-53
Bahkan apabila mereka didedahkan dengan sejumlah
teks rujukan ilmiah yang jelas dan dibentangkan dengan pelbagai penjelasan
berhubung dengan kekeliruan sistem kepercayaan mereka, mereka tetap tidak akan
meninggalkannya. Akibat terlalu terikat dengan ‘agama’ nenek moyang, mereka
kehilangan seluruh fungsi kewarasan, akal fikiran dan kebijaksanaan bahkan
gagal sama sekali untuk melihat hakikat jelas yang begitu mudah walaupun bagi
seorang anak kecil. Kehilangan segala deria kesedaran untuk melihat dan memahami
ini juga turut diterangkan dalam al-Qur’an sebagai berikut:
Dan sesungguhnya Kami jadikan
untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,
tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-A’raf:
179
Mengilustrasikan
Penipuan Pemimpin Ateis
Untuk melepaskan para materialis dan evolusionis
daripada cengkaman kejumudan dan ketaatan yang taksub tehadap ‘agama nenek
moyang mereka’, sekaligus merencatkan perkembangan pemahaman yang menyeleweng
ini ke atas umat manusia, seharusnya identiti sebenar para pemimpin dan seluruh
matlamat mereka didedahkan kepada umum. Cara yang paling efektif untuk mencapai
hal ini ialah menyediakan semua bukti serta keterangan dan membuktikan bahawa
idea yang dikemukakan oleh para pemimpin ini pada hakikatnya adalah tandus
daripada sebarang verifikasi saintifik apatah lagi nilai rasional dan logik
akal. Seperkara yang harus dijelaskan juga ialah bahawa para pemimpin yang
mereka anggap sebagai role model pada hakikatnya bukanlah ahli ideologi
yang ideal atau pun pejuang tulin seperti mana yang mereka fikirkan, sebenarnya
mereka telah mencampur-adukkan kejahatan di dalam kehidupan dan dengan itu
adalah amat tidak wajar bagi individu yang benar-benar waras untuk menjulang
fahaman mereka ini.
Para pengikut ‘pemimpin yang menyeru ke lembah
neraka’ tidak harus melupakan satu fakta penting: Lenin, Stalin Darwin, Mao,
Engels dan yang lainnya telah pun menemui hakikat kebenaran yang nyata ketika
berhadapan dengan malaikat maut. Mereka telah menyaksikan bahawa Allah s.w.t
adalah pemilik mutlak segala kekuasaan dan pada hakikatnya manusia tidak
terlepas daripada pertanggungjawaban, dan bahawa Allah s.w.t jualah yang mencipta
segalanya daripada tiada, dan bahawa kematian bukanlah suatu kemusnahan
sebaliknya adalah permulaan suatu perhitungan yang dahsyat dan bukuman berat
untuk selama-lamanya, dan yang pasti mereka tidak akan terlepas daripada apa
yang telah mereka kerjakan.
Mereka yang tetap mempertahankan para pemimpin
yang disebut di atas mungkin tidak akan menerima hakikat ini. Akan tetapi, di
saat malaikat maut datang mencabut nyawanya, menghina dan menyiksa, mereka
pasti akan menyedari hakikat sebenar seperti mana yang telah dialami oleh
Fir’aun dan para pemimpin mereka. Bagaimanapun, mereka sudah terlalu lewat di
mana segala rayuan untuk kembali ke dunia dan memohon ampun dan berjanji
berbuat baik tidak berguna lagi. Kelak di sana nanti, mereka akan mengutuk pemimpin
yang mengheret mereka ke lembah api neraka bahkan memohon azab yang pedih untuk
mereka. Akibat lalai terhadap dakwah para utusan Allah, mereka akan menanggung
azab yang tidak terbayangkan. Di dalam Qur’an, Allah menyatakan azab yang
ditanggung kerana pegangan mereka terhadap agama yang batil:
Dan
orang-orang kafir berkata: ‘Kami sekali-kali tidak akan beriman keapda
al-Qur’an ini dan tidak kepada kitab yang sebelumnya’. Dan kalau kamu lihat
ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari
mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian lain; orang-orang yang dianggap
lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: ‘Kalaulah tidak
kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman’. Orang-orang yang
menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “Kamikah
yang telah menghalangi k amu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang
kepadamu? Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa’. Dan orang-orang
yang dianggap lemah berkata keapda orang-orang yang menyombongkan diri:
‘Sebenarnya tipu daya di waktu malam dan siang, ketika kamu menyeru kami supaya
kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya’. Kedua belah pihak
menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan Kami pasang belenggu di
leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang
telah mereka kerjakan. Surah Saba: 31-33
(Dikatakan kepada mereka): ‘Ini
adalah suatu rombongan yang masuk berdesak-desak bersama kamu (ke neraka)’.
Mereka berkata: ‘Tiadalah ucapan selamat datang kepada mereka kerana
sesungguhnya mereka akan masuk neraka’. Pengikut mereka menjawab: ‘Sebenarnya
kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, kerana kamulah yang menjerumuskan
kami ke dalam azab, maka amat buruklah jahannam itu seabgai tempat menetap’.
Dan berkata: ‘Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu kami anggap
sebagai orang-orang yang jahat (hina). Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami! Barang
siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah azab
kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka’. apakah kami dahulu menjadikan
mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka?’.
Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni
neraka. Surah Sad: 59-64
Kami adakan untuk mereka beberapa
teman lalu teman itu menghiaskan kepada mereka apa-apa yang di hadapan mereka
dan yang di belakang mereka dan tetaplah perkataan bagi mereka bersama umat
yang lain yang telah lalu sebelum mereka di antara jin dan manusia. Sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang rugi. Surah Fussilat: 25-29
Allah memberi khabar gembira kepada para mukminin
yang beriman kepada-Nya dan mengabdikan diri mereka kepada ajaran Islam dengan
hidup di bawah sinaran cahaya al-Qur’an:
Sesungguhnya orang yang berkata:
Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka berlaku adil nescaya turunlah kepada
mereka malaikat, (katanya): Janganlah kamu takut dan janganlah kamu
berduka-cita dan bergembiralah kamu dengan syurga yang telah dijanjikan
kepadamu. Kamilah wali kamu pada hidup di dunia ini dan di akhirat dan untuk di
sana apa-apa yang diingini oleh nafsumu dan untuk di sana apa-apa yang kamu
minta. Sebagai rezekimu dari yang maha Pengampun lagi Pengasih. Siapakah yang
terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal
soleh dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang muslim’. Surah Fussilat:
30-33
Konklusi
Setiap individu sentiasa terdedah kepada risiko
terjerumus ke lembah kebatilan malah dengan berani menunjukkan pertentangan
terhadap agama yang hak. Namun begitu, sekiranya mereka memikirkan dengan
ikhlas dan berdasarkan naluri fitrah, mereka pasti akan melihat keindahan
ajaran agama yang sebenar, iaitu Agama Islam yang Hak, jelas dan mudah difahami.
Di saat perasaan keinsafan menyelubungi sanubarinya, harapannya yang mutlak
kini ialah keampunan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Seperkara yang harus
diingat bahawa tidak ada seorang pemimpin agama batil yang mampu meminta
syafaat keampunan di hadapan Allah kelak, dan tidak ada seorang pun yang mampu
membantu orang lain. Satu-satunya penyelamat, penolong dan pelindung adalah
Allah, Tuhan sekalin alam. Ucapan para mukminin yang benar-benar memahami
hakikat ini dijelaskan di dalam Qur’an:
Kamu menyeruku supaya kafir
kepada Allah dan mempersekutukan-Nya dengan apa yang tidak ku ketahui padahal
aku menyeru kamu (beriman) kepada yang maha perkasa lagi maha pengampun? Sudah
pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku (beriman) kepadanya tidak dapat
memperkenankan seruan apa pun baik di dunia mahu pun di akhirat. Dan
sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas itulah penghuni neraka. Surah
Al-Mukmin: 42-43
KEMUSNAHAN
TAMADUN TANPA
PEGANGAN
AGAMA
Sebahagian besar manusia terkeliru ketika
menganggap bahawa agama hanyalah sekadar suatu amalan kebudayaan. Akan tetapi,
selain daripada ritual Islam, agama ini juga meliputi segala asepk kehidupan
dan menganugerahkan pegangan dan etika yang bercirikan ajaran Al-Qur’an.
Seorang individu mukmin yang benar-benar ikhlas istiqamah terhadap agamanya
pasti pasti akan berusaha mendapatkan kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari
Allah s.w.t. dengan hidup berpandukan nilai etika al-Qur’an yang baik sepanjang
hidup. Dia tidak sekali-kali berpaling daripada amalan kebaikan, keikhlasan,
kesederhanaan, berbuat baik dan saling sayang menyayangi. Ringkasnya, setiap
nilai etik ayang mulia ini adalah faktor yang menyebabkan sesebuah masyarakat
yang mempraktikkan nilai mulia al-Qur’an akan menikmati manfaat yang besar.
Sebagai contoh, sebuah keluarga yang hidup dengan
berpandukan kemuliaan akhlak al-Qur’an tidak akan menghadapi masalah dan
kegusaran seperti yang menimpa institusi kekeluargaan di dalam masyarakat
jahiliyyah moden. Golongan remaja hari ini sering memberontak menentang ibu-bapa
mereka, akibat gagal dalam membezakan yang baik dan buruk dan sering pula
terlibat dalam tindakan agresif. Pada masa yang sama, masih terdapat segelintir
ibu-bapa yang tidak merasa kepentingan mentarbiyah anak-anak tentang nilai baik
dan buruk dan yang tidak memberi pendidikan yang sesuau sebagai suatu
kepentingan yang utama. Bahkan ibu-bapa ini sendiri juga tidak mempunyai
hubungan yang baik dengan oranglain. Apa yang sering terjadi ialah
pertelingkahan dan dendam kesumat berbanding kasih sayang, hormat menghormati
dan belas kasihan.
Tetapi di dalam rumah di mana
setiap ahli keluarganya patuh dan tunduk kepada ajaran Qur’an, anak-anak akan
mematuhi ibu-bapa mereka jauh sekali dari mengherdik kerana Allah melarang
mereka daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap ibu-bapa.
Surah al-Isra: 23
Mereka dididik sejak dari kecil untuk mengikuti
fitrahnya, membezakan yang baik dan buruk dan menjauhi sebarang amalan keji.
Ibu-bapa berusaha mendidik anak mereka selaras dengan perintah agama dengan
menanamkan suatu kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama dan negara.
Ibu-bapa seumpama ini akan menjadi cotnoh ikutan bagi anak-anak mereka.
Ringkasnya, akan tersemailah perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan
perpaduan di dalam kekeluargaan.
Keluarga adalah unit asas bagi sesebuah negara:
ikatan kekeluargaan yang kukuh adalah berpotensi memperteguhkan negara.
Sebaliknya, kekeluargaan dengan ikatan yang rapuh dan tandus daripada nilai
spiritual, kasih sayang dan hormat menghormati serta kesetiaan adalah merupakan
ancaman kepada kemakmuran negara. Khususnya di dalam negara-negara di mana
golongan tertentu berusaha untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang menolak
ajaran agama, akibatnya proses pemusnahan spiritual menjadi lebih pantas dan
keruntuhan moral menjadi jelas di dalam seluruh strata masyarakat. Di dalam
masyarakat seperti ini, pembinaan hubungan sosial adalah lebih cenderung
berteraskan keuntungan material.
Apabila ukuran material menjadi kepentingan untuk
suatu hubungan bahkan terhadap ahli keluarga terdekat untuk nilai keroahanian
seperti kasih sayang, persaudaraan, pengorbanan dan kesetiaan, maka kewujudan
sebuah tamaduan yang teguh adalah amat mustahil. Ini adalah keana kemerosotan
bukan sahaja melanda institusi kekeluargaan tetapi juga merebak ke seluruh
pelusuk masyarakat. Di dalam sekolah dan di dalam hubungan persahabatan,
perasaan seperti hasad dengki, penipuan dan fitnah akan mengggantikan nilai
belas kasihan dan rasa hormat. Dalam dunia perniagaan juga, kita diperlihatkan
dengan sejumlah personaliti yang melabur demi kepentingan individu. Amalan
seperti mempertahankan hak orang lain, menegakkan keadilan atau menunjukkan
rasa belas kasihan dan membantu golongan yang lemah amat jarang ditemui.
Ringkasnya, hidup di dalam ketenangan dan keamanan menjadi mustahil bagi ahli
masyarakat tersebut.
Ini adalah sebab mengapa tanggungjawab untuk
menumpaskan agama yang batil dari sudut ideologi tergalas di bahu golongan yang
beriman. Selain daripada keruntuhan institusi kekeluargaan dan kebejatan
hubungan sosial, kesan lain akibat daripada sistem kepercayaan ini di atas muka
bumi juga semakin bertambah jelas. Setiap individu harus turut berusaha
berjihad menentang sistem agama yang batil ini sekiranya merasa
bertanggungjawab terhadap negara dan individu rakyatnya.
Keganasan: Sebuah
Produk Darwinisme
Di setiap ceruk dunia hari ini, peristiwa
keganasan, pembunuhan dan penyembelihan sangat berleluasa. Manusia yang tidak
berdosa dibunuh dengan kejam dan untuk suatu sebab yang kecil negara-negara
tertentu sanggup terlibat di dalam peperangan yang berpotensi mencetuskan
pertumapahan darah. Walaupun pelbagai logikdan rasional yang dijadikan alasan
untuk setiap peristiwa yang terjadi di negara-negara tertentu dengan budaya,
sejarah dan struktur sosial yang berbeza, namun penelitian yang lebih
terperinci mendedahkan bahawa seluruh negara ini menderita akibat kehancuran
nilai spiritual yang disebarluaskan oleh kepercayaan batil di dalam strata
sosial masyarakat.
Satu daripada aspek umum ideologi yang kufur ini
ialah tarbiyah mengenai fahaman Darwinisme yang diajarkan kepada para pengikut
mereka. Seperti yang jelas, teori evolusi menafikan kewujudan suatu zat
Pencipta yang kepada-Nya menjadi tempat pertanggungjawaban setiap umat manusia.
Individu yang telah diindoktrinasikan dengan pandangan Darwin mempercayai kebebasan
mutlak jasmani diri yang akhirnya mendorong melakukan pelabgai bentuk perbuatan
tidak bermorak dan bertanggungjawab.
Beberapa penekanan teori evolusi yang turut
mengakibatkan kehuru-haraan ialah usaha memperlihatkan manusia sebagai sejenis
spesis binatang yang berkembang maju. Akibatnya, mereka yang beriman kepada Darwinisme
melihat bahawa perbuatan membunuh manusia adalah semudah seperti membunuh
haiwan.
Di sini, kepentingan memaklumkan orang ramai
mengenai Darwinisme dan menyedarikan mereka mengenai wajah sebenar ideologi ini
sebagai suatu pembohongan adalah menjadi tugas fardhu kifayah. Mereka yang
menganggap Darwinisme sebagai sebuah kebenaran saintifik dan yang begitu
janggal terhadap nilai keagamaan tanpa sebarang rasa keimanan amat cenderung
untuk menerima doktrin para pengikut Darwinisme yang mampu mengubah mereka
menjadi pembunuh manusia lain yang tidak berdosa atau memberontak mengadakan
penentangan walaupun mereka dahulunya adalah masyarakat yang aman damai. Kerana
sanjungan yang membuak-buak terhadap Stalin, Lenin, Mao (pemimpin pembunuhan
besar-besaran) dan teori Darwin (yang melihat manusia sebagai binatang),
perspektif kemanusiaan mereka terhadap nilai kasih sayang, keagamaan,
kenegaraan dan rakyat jelata sekaligus lenyap hapus. Di dalam Qur’an:
Dan ketika ia berpaling berjalan
di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan
binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. Dan apabila dikatakan
kepadanya: Bertakwalah kepada Allah, bangkitlah kesombongannya yang
menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah neraka jahannam. Dan sungguh neraka
jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. Surah al-Baqarah: 205-206
Orang-orang yang merosakkan janji
Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah
perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, orang-orang
itulah yang memperolehi kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk
(jahannam). Surah ar-Ra’d: 25
Bagaimanapun,
apabila keterangan yang jelas akan kewujudan dan keagungan Allah dipersembahkan
kepada manusia, adalah amat mustahil bagi manusia untuk terjerat dengan
ideologi yang berlandaskan permusuhan, peperangan dan huru-hara untuk dijadikan
panduan hidup. Individu yang beriman kepada Allah dan menyedari akan
pertanggungjawab bagi setiap perbuatannya di hadapan Allah tidak sanggup untuk
memudaratkan negara atau rakyatnya. Orang yang beriman juga sangat prihatin
daripada terlibat kepada sebarang perlakuan yang menjadi kemurkaan-Nya dan yang
mengakibatkannya menanggung azab neraka kelak. Sebaliknya, mereka yang
mengingkari Allah dan Hari Perhitungan yang percaya bahawa mereka tidak
bertanggungjawab untuk sebarang perlakuannya, pasti akan tanpa ragu-ragu
melakukan apa bentuk kejahatan sekalipun dengan sewenang-wenangnya.
Badi’uzzaman Said Nursi menerangkan bagimana ideologi yang kufur ini khususnya
komunisme merangsang kepada atmosfera huru-hara:
Ya! Sosialisme tumbuh sewaktu revolusi Perancis
dari benih libertarianisme. Kemudian, setelah sosialisme memusnahkan beberapa
perkara konsep suci tertentu, idea yang disemainya bertukar menjadi
bolshevisme. Dan kerana bolshevisme menghancurkan bahkan lebih banyak nilai
mulia dan nilai kemanusiaan dan juga keluhuran hati manusia, hal yang pasti ialah
benih yang ditaburnya akan menghasilkan kehuru-haraan, yang tidak mengenal
batas dan mengenal penghormatan. Kerana sekiranya kehormatan dan belas kasihan
dicabut dari hati manusia, mereka akan menjadi bertambah buas dan tidak lagi
dapat ditadbir melalui politik.
Seperkara yang harus difikirkan, seperti mana
halnya golongan yang merangsang kebangkitan memberontak negara dan rakyat
mereka. Golongan yang tetap berpeluk tubuh ketika berhadapan dengan tindakan
memecah-belahkan ini tanpa menyumbangkan sesuatu untuk negara mereka (ketika
mereka berkuasa untuk melakukannya), sebenarnya tanpa disedari telah pun
memiliki pandangan materialis. Matlamat mereka adalah untuk meraih keuntungan
yan gbesar. Mereka tidak langsung berasa terganggu selama mana kepentingan
mereka tidak tergugat: mereka adalah orang yang tandus daripada sebarang nilai
persaudaraan, pengorbanan dan kebenaran serta matlamat hidup yang mulia. Mereka
mengambil segala manfaat yang disediakan oleh negara dan hanya berjuang
semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka. Allah berfirman mengenai hal ini
di dalam ayat berikut:
Dan Allah membuat perumpamaan
dengan dua orang lelaki yang seorang bisu tidak dapat berbuat sesuatu apapun
dan menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya
itu dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikan pun. Samakah orang itu dengan
orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan berada di atas jalan yang lurus? Surah
an-Nahl: 76
Seperti yang diterangkan di dalam ayat di atas,
mereka yang berada di jalan yang benar akan merasakan takwa terhadap Allah dan
mementingkan nilai kerohanian dan bersemangat waja untuk berkhidmat kepada bangsa
dan negara pasti akan membawa kemurnian dan kebaikan di dalam masyarakat
tersebut. Ini adalah sebab mengapa adalah amat penting bagi seluruh umat
manusia mempelajari dan memahami agama sebenar yang hakiki. Sepotong ayat
menjelaskan golongan yang bertakwa:
(Iaitu) orang-orang yang jika
Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari
perbuatan yang mungkar: dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Surah
al-Hajj: 41
STRATEGI
MEMBASMI AGAMA BATIL
Demi keselamatan di dunia dan akhirat, pembasmian
secara total terhadap kekufuran di atas muka bumi adalah suatu kewajipan yang
besar. Seperti mana yang ditekankan di dalam buku ini, adalah merupakan
tanggungjawab bagi golongan yang beriman untuk menghancurkan kekufuran dengan
menyampaikan dakwah Qur’an. Dengan berkata: ‘saya tetap beriman dan orang lain
harus menjaga diri masing-masing’, bukanlah suatu sikap yang munasabah bagi
seorang mukmin sejati. Ayat berikutnya menerangkan tanggungjawab ke atas setiap
mukmin terhadap perintah Allah dan perintah-Nya untuk menjaga maslahat diri,
keluarganya dan manusia umum dari azab api neraka:
Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu: penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. Surah at-Tahrim: 6
Sesetengah
individu yang bersikap pesimis berkata, ‘saya terlalu lemah untuk menentang
kemungkaran’. Ini merupakan sikap negatif akibat dorongan syaitan untuk
mengelak diri daripada menyampaikan dakwah islam. Seperti yang dijelakan, usaha
menentang kekufuran haruslah dimulakan dengan mendedahkan pembatalan asas bagi
falsafah dan ideologi mereka melalui memberikan pembuktian aktual saintifik
yang sebenar. Setiap orang berkuasa untuk melibatkan diri di dalam jihad yang
agung ini. Sekurang-kurangnya, bagi mereka yang tidak mampu terlibat secara
aktif, mereka seharusnya memberi sokongan dan membantu mereka yang mewakafkan
serta mengabdi diri ke dalam usah aini. Langkah-langkah seperti memikirkan
jalan untuk membantu penyebaran wacana ilmiah dan artikel yang berkaitan serta
menerangkan idea dan konsep yang terkandung di dalam wacana tersebut dan juga menyebarluaskan
fakta sebenar yang akan memusnahkan kekufuran adalah termasuk usaha pembasmian.
Apa yang harus diingat ialah, seperti yang
dinyatakan oleh Badi’uzzaman, ‘Merelakan kejahilan adalah sama dengan
kejahilan; merelakan kejahatan, kejahilan dan kekejaman adalah kejahatan,
kejahilan dan kekejaman.’ Dengan itu, mereka yang tetap enggan terlibat dalam
usaha menumpaskan kekufuran ini walaupun berkuasa dan mereka yang menghalang
usaha-usaha murni ini, sengaja atau tidak, secara tidak langsung adalah menyokong
kekufuran dan melbaur kepada kejayaan usaha-usaha kejahatan.
Individu yang benar-benar ikhlas pasti tidak akan
berpeluk tubuh dengan sekadar memerhati dari jauh tanpa melibatkan diri dalam
usaha seumpama ini. Selaras dengan perintah al-Qur’an, mereka akan berasa
sensitif, tega dan tabah. Nasib buruk yang dialami oleh manusia akibat
penindasan, yang tidak mampu walau untuk mendapat sesuap makanan, yang
dibiarkan tanpa tempat tinggal, sudah pasti akan membibitkan rasa belas
kasihannya dan bertanggungjawab untuk mereka. Contoh yang nyata hari ini,
betapa berjuta-juta umat islam ditindas di Kashmir, Turkistan Timur dan
Palestin hanya kerana disebabkan pegangan agama mereka. Dalam tahun
kebelakangna ini, di Kosovo dan Bosnia beratus ribu orang disiksa, diusir
daripada tanah air sendiri bahkan dibunuh di hadapan mata dunia sendiri. Bukan
sahaja di negara-negara umat islam tetapi di setiap penjuru dunia, mereka
menanggung kesengsaraan akibat tindakan kejam pertubuhan yang menolak agama dan
pergerakan ideologi mereka. Di Russia, generasi yang menolak agama berkembang
biak dan pegangan ini tersebar dengan luas. 23 Situasi seumpama ini tidak sama
sekali akan dibiarkan begitu sahaja bagi mereka yang mempunyai kesedaran dan ia
sekaligus adalah menjadi tanggungjawab umat islam untuk bersatu menentang
kekejaman ini dari menimpa umat manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.:
Strategi dan tugas untuk merealisasikan usaha ini
telah dihuraikan menurut perspektif Qur’an.
Meleburkan
Sembahan Ateisme
Metode yang paling efektif menentang gerakan ateis
ini ialah seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Kaum Nabi
Ibrahim a.s menyembah patung yang mereka bina dan kemudian memohon pertolongan
terhadap apa yang mereka panggil tuhan ini (Praktikal yang sama juga pernah
dilakukan di dalam beberapa masyarakat sepanjang sejarah). Nabi Ibrahim a.s
mengingatkan manusia bahawa tuhan-tuhan yang mereka sembah adalah zat yang
tidak bernyawa bahkan tidak mampu membuat sesuatu apa pun. Seperti kaum yang menyembah
patung yang mati ketika itu, para musyrikin hari ini mengambil atom dan alam
semulajadi yang kaku serta mekanisme kebetulan sebagai tuhan mereka. Mereka
percaya bahawa atom-atom yang mati bercantum dan menyusun dirinya dengan
sendiri menjadi sebuah sistem yang amat sempurna.
Strategi yang digunakan oleh Nabi Ibrahim a.s
untuk menyelamatkan kaumnya daripada amalan kesesatan dan usaha penyedarannya
dinyatakan di dalam al-Qur’an sebagai berikut:
(Ingatlah) ketika Ibrahim berkata
kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kamu tekun beribadat
kepadanya?’. Mereka menjawab: ‘Kami mendapati ayah-ayah kami menyembahnya’.
Ibrahim berkata: ‘Sesungguhnya kamu dan ayah-ayahmu berada dalam kesesatan yang
nyata’. Surah al-Anbiya: 52-54
Demi Allah sesungguhnya aku akan
melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi
meninggalkannya. Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur
terpotong-potong kecuali yang terbesar dari patung-patung yang lain; agar
mereka kembali (bertanya) kepadanya. Surah al-Anbiya: 57-58
Ketika Ibrahim melihat ayah dan kaumnya dibutakan
daripada hakikat kebenaran, baginda telah merancang sesuatu terhadap patung
sembahan mereka seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas. Ketika kaumnya
keluar, baginda memecahkan patung-patung yang mereka sembah dan melihatkan
mereka hakikat kebenaran bahawa patung-patung sembahan mereka itu tidak
berkuasa untuk melakukan sebarang tindakan apatah lagi untuk mencipta. Di saat
mereka kembali, mereka lantas bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s, jawapan
tindakbalas darinya adalah sangat penting kerana mendedahkan sikap mereka yang
tidak munasabah:
Mereka bertanya: ‘Apakah kamu
yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim?’ Ibrahim
menjawab: ‘Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya, maka tanyakanlah
kepada berhala itu jika mereka dapat berbicara. Maka mereka telah kembali
kepada kesedaran mereka dan lalu bertanya: ‘Sesungguhnya kamu sekalian adalah
orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)’, kemudian kepala mereka tunduk
(lalu berkata): ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu
tidak dapat berbicara’. Surah al-Anbiya: 62-65
Kaum Nabi
Ibrahim a.s mengakui kebenaran ini selaras dengan kenyataan yang dirakam di
dalam al-Qur’an: ‘Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu
tidak dapat berbicara’. Mereka amat mengetahui bahawa patung-patung yang mereka
sembah tidak berkuasa untuk melakukan sesuatu atau menghidupkan zat mati apatah
lagi untuk mencipta cakerawala dengan sistem yang begitu sempurna. Namun
begitu, mereka tetap berkeras mengangkat material yang tidak bernyawa sebagai
tuhan semata-mata perasaan taksub terahdap agama nenek-moyang mereka dan
penolakan terhadap Allah s.w.t.
Di satu
sudut, para materialis dan evolusionis yang ada hari ini juga memiliki
mentaliti yang amat serupa. Apabila difikirkan dengan akal yang waras, setiap
evolusionis pasti bersetuju bahawa hidupan adalah terlalu kompleks dan sempurna
untuk terbentuk sekadar melalui kebetulan. Para saintis ini juga bersetuju akan
hakikat setiap yang hidup mempunyai permulaan. Tetapi meskipun pengakuan ini,
mereka tetap mempertahankan sikap jumud mereka seperti mana yang dilakukan oleh
para musyrikin di zaman Nabi Ibrahim a.s malah meyakini adalah amat mustahil
bagi mereka untuk meninggalkan keimanan terhadap patung semabahan untuk kembali
ke jalan Allah. Untuk memahami hal ini, adalah berguna untuk melihat beberapa
pengakuan yang dibuat oleh para evolusionis.
Richard
Lewontin, seorang evolusionis dan ahli genetik materialis dari Universiti
Harvard, menjelaskan sikap prejudisnya dan golongan materialis lain sebagai
berikut:
Bukanlah metode dan institusi sains yang memaksa
kita mengakui penjelasan material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya,
kita didesak oleh kesetiaan tertinggi kita terhadap kuasa material untuk
merintis alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan
bersifat kebendaan, walau betapa sekalipun bertentangan dengan intuisi, walau
betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi, materialisme adalah mutlak, maka
kita tidak akan membenarkan jejak Tuhan berdiri di depan pintu.
D.M.S Watson, ahli zoologi dan evolusionis Britain
terkemuka juga menerangkan mengapa evolusionis tetap berkeras mempertahankan
teori ini walaupun tidak mempunyai sebarang bukti saintifik yang menyokongnya:
Sekiranya demikian, ia akan melihatkan keselarian
kepada teori evolusi sendiri, sebuah teori yang diterima secara menyeluruh,
bukan kerana ia dapat dibuktikan secara logik sebagai kebenaran, akan tetapi
kerana satu-satunya alternatif, ciptaan istimewa adalah amat jelas mengagumkan.
Chandra Wickramasinghe, seorang saintis Britain
terkenal, menerangkan bagaimana manusia dibiasakan untuk menafikan kewujudan
Ilahi:
Dari latihan terawal saya sebagai seorang saintis,
saya amat kuat dipengaruhi untuk mempercayai bahawa sains tidak mampu konsisten
dengan sebarang jenis penciptaan yang disengajakan. Fahaman ini disingkirkan
dengan keras. Pada suatu ketika, saya tidak dapat menerima suatu argumen yang rasional
untuk menyingkirkan pandangan sesat untuk menggantikan Tuhan. Kami dahulu
mempunyai sebuah minda terbuka, sekarang kami sedar bahawa satu-satunya jawapan
yang paling logik bagi alam hidupan adalah penciptaan, bukanlah susunan rawak
yang kebetulan.
Contoh di atas jelas mengilustrasikan bahawa
saintis evolusionis terpaksa mempercayai teori evolusi berdasarkan kepada
materialisme untuk mampu menolak Allah walaupun jelas mengetahui kesilapan
teori ini. Dan individu ini merupakan segelintir pemimpin materialis
evolusionis di era ini. Jawapan kepada mereka ini adalah sama seperti mana yang
diberikan oleh Nabi Ibrahim kepada kaumnya, seperti yang diterangkan di dalam
al-Qur’an. Jawapannya jelas amat mengejutkan dan sekaligus mengajak mereka
untuk berfikir:
Ibrahim berkata: ‘Maka mengapakah
kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit
pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu?’ Ah! (Celakalah) kamu dan apa yang
kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah al-Anbiya:
66-67
Seperti mana Nabi Ibrahim a.s menghancurkan patung
sembahan musyrikin dan memusnahkan asas kekufuran dengan mendedahkan kebodohan
mereka, umat islam yanga da hari ini juga bertanggungjawab untuk menghancurkan
tuhan golongan ateis ini yang merupakan asas untuk melumpuhkan pergerakan
mereka. Antara beberapa usaha yang dapat dilakukan:
1)Memahirkan
diri dengan idea dan ideologi yang disebarkan oleh pergerakan agama batil
Adalah sangat penting bagi setiap individu untuk
mengetahui sedikit sebanyak mengenai selok belok pergerakan anti agama yang
memusnahkan kesucian nilai-nilai moral serta asas ideologi mereka dan juga
konsep yang mereka perkenalkan. Ini membantu seseorang untuk lebih jelas
terhadap kecacatan logik dan rasional menyeleweng yang bertentangan dengan
sains dan akal fikiran. Kegoyahan asas yang menjadi sandaran ideologi ini
bersama dengan kelemahan mereka dengan mudah dapat didedahkan dan bagi mereka
yang benar-benar menyedari mengenai hakikat ideologi ini pasti berupaya
menganalisis kemudaratan yang diakibatkan kepada negara dan mengambil langkah
berjaga-jaga sebagai usaha mengekalkan keamanan dan keselamatan.
2)Membuktikan
pembatalan materialisme dan evolusi melalui kajian saintifik
Sejak awal lagi kita telah memperkatakan tentang
agama batil: iaitu materialisme. Apa yang membuatkannya begitu tersebar luas
dan lebih efektif berbanding ideologi zalim yang lain ialah persembahannya di
atas nama sains. Sementara syirik dilabel sebagai primitif, materialisme dan
teori evolusi (walaupun pada asasnya serupa) pula memiliki aura kepuraan
saintifik. Berdasarkan hal ini, adalah amat penting untuk mendedahkan bahawa
materialisme dan teori evolusi pada hakikatnya adalah bercanggah dengan bidang
sains dan logik akal.
Adalah amat penting untuk memerhatikan setiap
dakwaan yang berakar-umbi daripada teori evolusi dan untuk memperlihatkan
bahawa argumen yang dikemukakan pada hakikatnya adalah rekaan berdasarkan
khayalan yang bertujuan mengeksploitasi pendapat umum. Untuk menjayakan hal
ini, seseorang individu harus mengikuti perkembangan kajian saintifik
kontemporari dan pembatalan dakwaan yang berdasarkan teori evolusi secara
ilmiah di setiap penjuru dunia dengan memberikan sejumlah bukti yang kukuh.
Bahagian terakhir buku ini mengemukakan cebisan dari bukti seperti ini.
Sebenarnya, terdapat beberapa argumen yang terhad
didakwa oleh evolusionis sebagai ‘bahan bukti’ bagi mereka dan seimbas pandang
kelihatan seperti bukti yang benar. Oleh kerana ia sering dihuraikan dengan
mengaplikasikan terminologi saintifik oleh para pengarang atau jurucakap dan
dipersembahkan kepada dunia umum di bawah nama sains, ia kelihatan seolah-olah
suatu bukti yang terbaru. Tetapi semua kajian ini, yang sarat diisi dengan
kenyataan yang tidak dapat difahami berserta istilah Latin, pada asasnya tidak
mengandungi sebarang bukti yang ilmiah. Disebabkan sebahagian besar masyarakat
dunia hari ini gagal melihat ketidak-rasionalan Darwinisme dan menganggapnya
sebagai sebuah fakta saintifik, adalah menjadi khidmat yang penting untuk memaklumkan,
mendidik dan mengingatkan orang ramai terhadap ancaman ini. Jelasnya, tugas ini
menuntut komitmen yang serius: setiap individu harus mengemblengkan tenaga
berkongsi memperjuangkan tugas yang julung-julung kali ini.
3)Menyampaikan
hakikat ajaran agama sebenar seperti yang terkandung di dalam al-Qur’an
Di saat golongan materialis menyebarkan ideologi
mereka ke atas masyarakat, mereka mengiringinya dengan tindakan yang keras dan
agresif terhadap agama. Untuk menafikannya, mereka menggunakan pemahaman yang
diselewengkan dan menyimpang jauh yang mereka namakan sebagai ajaran ideologi.
Pemahaman ini pada asasnya adalah jauh menyimpang dari ajaran yang sebenar
dengan mengadunnya dengan ramuan kejumudan dan khurafat.
Islam yang
sebenar adalah amat berbeza daripada pemahaman agama kaku dan tidak bermaya
yang digambarkan oleh golongan ini: dengan itu, mesej sebenar yang digariskan
di dalam al-Qur’an harus dikumandangkan kepada manusia sejagat secara efektif
dan dengan terperinci. Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan para mukmin tentang
manfaat pengetahuan seumpama ini dalam sabda baginda: ‘Barangsiapa yang
dikehendaki Allah akan kebaikan, dia akan diberikan pemahaman tentang agama’.
Al-Qur’an adalah sebuah kitab suci yang bebas daripada
sebarang pertentangan. Ia adalah sebuah kenyataan yang harus disebarkan kepada
umat manusia secara eksplisit dan disertai dengan buktinya sekali. Adalah juga
menjadi suatu keperluan bagi umat manusia untuk mengetahui kronologi peristiwa
yang berkaitan dengan wahyu di dalam al-Qur’an. Said Nurisi menekankan cara
yang paling efektif membatalkan falsafah materialisme dan naturalisme adalah
dengan menjelaskan hakikat kebenaran al-Qur’an:
Menentang ancaman yang paling besar hari ini
ateis, anarkisme dan materialisme, di sana hanya ada satu penawar: menyebarkan
kebenaran Al-Qur’an. Sekiranya tidak, haluan yang mengubah sebuah negara besar
seperti China beralih menjadi komunisme dalam masa yang singkat tidak dapat
diatasi semata-mata dengan tindakan politik dan material. Ia hanya dapat
dimusnahkan dengan kebenaran al-Qur’an.
Orang yang mengingini iman yang teguh dan mencari
senjata yang berkuasa untuk menentang ateis dan anarki harus melihat kepada
Petanda Maha Agung.
Freemason, komunisme dan kekufuran terbentuk
secara langsung di dalam anarkisme. Satu-satunya yang dapat berdiri kukuh
menentang situasi yang mengerikan ini adalah integriti Islam yang dibina
berdasarkan kebenaran di dalam al-Qur’an.
4)Menjelaskan
bukti yang mengisyaratkan kewujudan Allah s.w.t.
Kewujudan Allah adalah jelas bagi sesiapa yang
menggunakan akal fikirannya. Di dalalm setiap makhluk ciptaan, kebijaksanaan
dan kehebatan-Nya jelas terpancar. Akan tetapi, beberapa dekad kebelakangan
ini, manusia diindoktrinasi menuju penafian terhadap Allah dan sekaligus
menimbulkan keraguan terhadap mereka. Selaras dengan itu, usaha yang dirintis
untuk menjelaskan petanda Allah kepada manusia untuk mengikis segala prejudis
yang telah berakar umbi adalah sangat penting. Ketika melakukan pelbagai kajian
berkenaan makhluk hidupan secara terperinci, manusia pasti akan dapat melihat
kehebatan ciptaan Allah s.w.t. Usaha yang jitu harus dilakukan untuk
mendedahkan bahawa keindahan di dalam ciptaan makhluk hidupan tidak mungkin
sekali-kali terjadi melalui kebetulan. Ini dapat dilakukan melalui
penerbitan-penerbitan dan pameran.
Betapa ramai manusia yang lemah secara spiritual
gagal bahkan untuk melihat hakikat kebenaran yang begitu jelas. Walaupun
begitu, mereka ini dapat dibangkitkan dengan menjalankan usaha penyedaran yang
menyeluruh. Menguja mereka dengan hakikat kesempurnaan alam ciptaan di
sekeliling akan melepaskan mereka dari belenggu kekufuran dan sekaligus
menimbulkan rasa tanggungjawabnya kepada Maha Pencipta dan berusaha untuk
mendapatkan keredhaan-Nya.
Di dalam banyak ayat di dalam al-Qur’an, Allah
mengingatkan manusia untuk memikirkan akan hakikat kejadian dan mengambil
pengajaran darinya:
Maka apakah mereka tidak melihat
akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan
menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak sedikit pun? Dan Kami
hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-gangan yang kukuh dan Kami
tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah di pandangan mata, untuk
menjadi pengajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingat
Allah). Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfa’atnya lalu Kami
turunkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-bijian tanaman yang diketam, dan
pohon kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, untuk
menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah
yang mati. Seperti itulah terjadinya kebangkitan. Surah Qaf: 6-11
Satu cara lain yang berkesan untuk menentang agama
batil ialah membantu manusia untuk melihat kepelbagaian ciptaan Maha Suci Allah
yang terpacak di hadapan mereka. Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman:
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka
hendaklah kamu menyebut-menyebutnya (dengan bersyukur). Surah Ad-Dhuha: 11
Selaras dengan ayat ini, setiap individu mukmin
harus berusaha menerangkan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada umat manusia
melalui metode dakwah yang berkesan. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umat
islam untuk melaksanakan tugas penting ini dalam sabda baginda: ‘Allah dan para
malaikat merahmati orang yang mengajar manusia ilmu yang bermanfaat’.
5)Menerangkan
cara hidup dan akhlak muliua yang diajarkan di dalam al-Qur’an.
Al-Qur’an memerintahkan manusia agar menegakkan
keadilan, berbuat baik, belas kasihan terhadap orang lain, tidak mementingkan
diri sendiri, saling hormat menghormati, cinta dan mempertahankan negara,
mengekalkan keamanan dan ketenteraman, meleraikan perseteruan, melindungi
gologan yang lemah dan miskin, rajin berusaha dan berbuat kebajikan semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Kesan pengamalan nilai-nilai mulia seperti
ini di dalam sesebuah masyarakat adalah jelas.
Disebabkan majoriti manusia gagal memahami ajaran
agama sebenar seperti yang terkandung di dalam al-Qur’an, mereka harus
diperlihatkan akan kebaikan dan keindahan prinsip-prinsi kehidupan yang
terkandung di dalamnya. Para mukmin harus saling ingat-mengingati betapa indah
dan mudah untuk hidup di bawah sinaran agama yang sebenar dan bahawa ia adalah
satu-satunya konsep hidup yang paling sesuai dengan kecenderungan sifat dan
fitrah manusia. Bahkan, mereka kaan mendapat bahawa ajaran Al-Qur’an adalah
satu-satunya solusi agung bagi setiap permasalahan umat manusia. Allah
menerangkan sebab kepada penurunan kitab suci-Nya:
Dan Kami turunkan kepadamu
al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar
gembira bagi orang-orang yang berserah diri. Surah An-Nahl: 89
6)Ikatan dan
perpaduan di kalangan mukmin
Para mukminin bukan sahaja mengabdikan diri
berjihad menentang kekufuran tetap juga bersatu mempertahankan negara dan
rakyat jelata dari sebarang mara merbahaya. Semakin besar jumlah mereka yang
beristiqamah di jalan ini, semakin cepat kekufuran akan dibasmikan begitu juga
perselisihan dan pertelingkahan di muka bumi.
Konsep amal jama’ie memberi manfaat dari sudut
material dan spiritual kepada para mukminin. Di dalam banyak ayat Allah menyeru
mukmin untuk bersatu-padu:
Dan taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi
gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta
orang-orang yang sabar. Surah al-Anfal: 46
Dalam
sepotong ayat lain, Allah mengingatkan mereka bahawa perpecahan dan
pertelingkahan sesama sendiri akan mengakibatkan kerosakan di atas muka bumi:
Adapun orang-orang yang kafir,
sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai
orang muslim) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu,
nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar. Surah
Al-Anfal: 73
Seperti yang jelas di dalam ayat di atas, umat
islam bertanggungjawab untuk mengelakkan konflik dan perbalahan di kalangan
mereka dan dengan itu dapat bersatu untuk menentang golongan jahil yang
menafikan agama Allah dan yang membawa kehancuran ke dalam masyarakat. Nabi
Muhammad s.a.w. menarik perhatian kepada kepentingan berjema’ah di dalam banyak
hadis baginda, seperti berikut:
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Ash’ari daripada
Nabi Muhammad berkata: Orang mukmin adalah seperti bahagian sebuah binaan,
masing-masing menguatkan yang lain’. Kemudian baginda merapatkan belah
jari-jemarinya menunjukkan apa yang baginda maksudkan.
Ketika membantu yang lain, mereka harus memberi
rangsangan dan galakan kepada yang lain ke arah kebaikan dan menghargai setiap
usaha yang dilakukan. Badi’uzzaman menyatakan praktikal bantu-membantu di
kalangan mukminin harus diisi dengan perasaan persaudaraan:
Wahai orang beriman! Sekiranya kamu tidak ingin
jatuh ke dalam kehinaan perhambaan, sedarlah dan berlindunglah di dalam kubu Sesungguhnya
mukmin adalah bersaudara... (Surah al-Hujurat: 10) untuk mempertahankan
diri kamu terhadap para penindas yang mengambil kesempatan di atas perselisihan
kamu! Sekiranya tidak, kamu tidak akan mampu melindungi diri dan hak-hak kamu.
Sangat jelas sekiranya dua jaguh yang bertanding antara satu sama lain, bahkan
seorang kanak-kanak pun mampu menewaskan mereka. Sekiranya dua pergunungan
dipecahkan menjadi kecil, bahkan sebiji batu mampu merosakkan keseimbangannya
dan menyebabkan yang satu naik dan yang satu jatuh. Jadi, wahai orang-orang yang
beriman! Kekuatan kamu akan dimusnahkan akibat hawa nafsu dan ketidak-adilan
kamu, dan kamu bahkan dapat dikalahkan oleh kuasa yang kecil. Sekiranya kamu
mempunyai kepentingan di atas jema’ah, maka jadikanlah prinsip hidup kamu
pegangan yang agung: ‘Orang mukmin adalah seperti bahagian sebuah binaan,
masing-masing menguatkan yang lain’. Dan kamu akan diselamatkan daripada
kehinaan di dunia dan kemurkaan di hari akhirat.
Nasihat
Badi’uzzaman tentang
Kaedah Menentang
Kekufuran
Di dalam banyak tulisannya, Badi’uzzaman Said
Nurisi menggesa umat mukmin mengenai metodologi yang harus digunakan di dalam
perjuangan menentang sistem kekufuran. Antara lainnya:
Musuh kita adalah kejahilan, pelaziman dan
perselisihan. Kita akan berdiri menentang musuh-musuh ini dengan kebijaksanaan,
kemahiran dan kesatuan jema’ah.
Berhadapan dengan musuh pertama, kejahilan, adalah
sangat penting untuk memastikan manusia sejagat menyedari dan bersikap peka
terhadap ancaman di sekeliling mereka. Di dalam sebuah masyarakat di mana
sebahagian besar ahlinya terdiri daripada individu yang beragama, mereka itu
adalah orang-orang yang benar beriman kepada Allah dan agama-Nya. Akan tetapi,
sebahagian besar umat Islam jauh daripada menyedari perangkap yang dipasang terhadap
agama dan nilai kemanusiaan. Sebagai contoh, segelintir individu terlalu jahil
dengan teori evolusi dan objektifnya sehinggakan tidak ragu untuk berkata:
‘Saya seorang yang beragama dan juga percaya kepada teori evolusi’. Di sana
terdapat segelintir lain yang percaya kepada hal-hal khurafat seperti konsep
kelahiran semula dapat diintegrasikan dengan fahaman islam. Falasi-falasi
seperti ini harus dimusnahkan dan sifat jahil serta buta huruf ini harus
disingkirkan secepat mungkin.
Musuh kedua yang diidentifikasi oleh Badi’uzzaman
ialah, pelaziman. Iaitu pengenaan beberapa corak pemikiran menyeleweng dan cara
hidup terhadap masyarakat sebagai suatu kewajipan. Sebagai contoh, teori
evolusi disiarkan melalui televisyen, buku-buku teks serta sekolah-sekolah dan
dipersembahkan sebagai sebuah kenyataan tanpa alternatif lain. Seperti yang
ditunjukkan oleh Badi’uzzaman, teori evolusi telah dijulang di atas asas
pelaziman yang merbahaya, diwajarkan dengan frasa mengelirukan seperti ‘evolusi
adalah sains’. Pendoktrinan terlalu kukuh sehinggakan mereka yang menolak
evolusi diumpamakan menolak kemajuan sains. Berhadapan dengan dakwaan para
materialis dan evolusionis ini, satu-satunya solusi yang terbaik ialah
memaklumkan akan hakikat pembatalan ideologi yang merbahaya ini. Hal ini dapat
direalisasikan melalui penerbitan buku-buku dan pelbagai instrumen media dan
komunikasi yang membincangkan ancaman yang diakibatkan oleh teori evolusi dan
falsafah materialisme.
Musuh terakhir yang diisyaratkan oleh Said Nurisi
adalah perbalahan atau pun perselisihan, yang merupakan antara ancaman besar
hari ini di mana kontroversi yang melibatkan pelbagai isu di kalangan manusia. Ketika
mereka gagal mencapai persetujuan, isu-isu tersebut akan diperbesarkan menjadi
alasan untuk berbalah sesama sendiri. Berhadapan dengan kemudaratan yang
diakibatkan oleh konflik dan kehuru-haraan, kebenaran harus dinyatakan dengan
jelas di bawah bukti saintifik. Berkenaan asal usul hidupan pula, akumulatif
fakta yang ada harus dijelaskan dengan nyata dan terang. Hal ini dapat
membuatkan para materialis dan evolusionis berpaling kepada fitrah dan kembali
ke pangkal jalan.
Ketika menjalankan tindakan terhadap seluruh
ancaman ini, Badi’uzzaman juga menekankan beberapa faktor yang berpotensi
menyumbangkan ke aras kejayaan. Yang pertama ialah kebijaksanaan, satu konsep
yang memainkan peranan penting di dalam perjuangan menentang kekufuran. Dalam
konteks ini, perkataan ‘kebijaksanaan’ mempunyai konotasi berbeza.
Menyebarluaskan kebenaran tentang ciptaan Allah adalah salah satu daripada isu
yang penting dan dengan menggunakan kelancaran dan penggunana bahasa yang mudah
disertai dengan ilustrasi yang mempesonakan di dalam penerbitan-penerbitan
adalah suatu keperluan sekaligus membentangkan keindahan perasaan yang dialami
oleh para mukmin. Hikmah di dalam penerangan lisan juga adalah sebuah
manifestasi kesenian. Pengucapan, ilustrasi contoh dan penggunaan bahasa yang
efektif adalah penting untuk mempengaruhi kumpulan sasaran. Bertentangan dengan
evolusionis, yang menggunakan pendekatan terminologi yang rumit dan
mengelirukan ketika menerangkan teori evolusi yang kononnya saintifik, bahasa
yang ringkas dan mudah membuatkan orang ramai memahami pelbagai isu penciptaan
dengan lebih mudah yang secara langsung berkait dengan akidah keimanan.
Pengucapan yang mahir yang disebutkan oleh Badi’uzzaman adalahs ifat Allah yang
dianugerahkan kepada para hamba-Nya yang ikhlas, dan keikhlasan serta kejujuran
mereka terpamer di dalam gaya mereka berhujah. Mengenal pasti subjek yang harus
diterangkan kepada manusia bergantung kepada tahap pemahaman dan kaedah yang
digunakan untuk menerangkan kepada mereka semuanya adalah kelebihan bagi mereka
yang berakal.
Kaedah terakhir yang disarankan oleh Badi’uzzaman
ialah kesatuan jema’ah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan
keselamatan di tanah air. Kesatuan jema’ah adalah sangat penting untuk
menentang mereka yang menafikan kewujudan Allah dan yang berjuang meruntuhkan
kemuliaan nilai-nilai moral. Usaha yang dilakukan untuk memusnahkan kekuatan
jema’ah ini akan mengendurkan kesannya. Pelbagai alasan negatif seperti, ‘Darwinisme
kini tidak berpengaruh lagi’ atau ‘masih perlukan kita menolak Darwinisme?’,
sebenarnya lebih membahayakan perjuangan menentang kekufuran di mana akibatnya
akan mencipta perbalahan.
Para mukmin yang ikhlas
memikirkan kebaikan negara dan rakyatnya harus terus berjuang sehingga fahaman Darwinisme
benar-benar lenyap dari muka bumi. Walaupun evolusionis tetap mempertahankan
hujah dan argumen mereka dalam keadaan terhimpit, namun di sana masih banyak
hal yang boleh dilakukan. Di saat keganasan, anarkisme dan kebencian terhadap
agama telah lenyap, barulah dapat kita simpulkan bahawa sistem kekufuran ini
telah musnah dari muka bumi. Di dalam al-Qur’an, Allah memerintahkan para
mukminin berjihad menentang kekufuran: ‘Dan perangilah mereka, supaya jangan
ada fitnah, dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Surah al-Anfal: 39
AGAMA
HAK MEMUSNAHKAN
AGAMA
BATIL
Bab yang akan anda baca ini mendedahkan satu
rahsia terbesar di dalam hidup anda. Anda perlu membacanya dengan baik dan
teliti kerana ia berkaitan dengan subjek yang pasti akan menubah pandangan anda
terhadap dunia luar. Subjek di dalam buku ini bukan hanya satu pandangan, satu
pendekatan atau satu kepercayaan falsafah kuno: akan tetapi ia diakui oleh
setiap orang, samada mereka mempercayainya atau tidak, dan ia juga telah
dibuktikan oleh dunia sains hari ini......
Seperti yang telah dinyatakan lebih awal, satu
dari faktor paling penting yang mendorong golongan tidak beriman menganggap
agama secara negatif ialah pandangan mereka yang berdasarkan kepada kriteria
duniawi. Mereka mempercayai bahawa hidup adalah terhad di dunia ini dan
bertingkahlaku selaras dengan kecenderungan yang meluap-luap terhadapnya,
seperti yang dirakamkan di dalam sepotong ayat al-Qur’an:
Hidup itu tidak lain hanya hidup
kamu di dunia: kami mati dan hidup dan kami tidak akan dibangkitkan. Surah
al-Mukminun: 37
Akibat tergoda kepada nilai keduniaan, mereka
gagal memiliki persepsi yang tepat terhadap kebendaan di sekeliling mereka.
Mereka melihat setiap kejadian terlepas bebas daripada Allah dan gagal memahami
bahawa segala yang wujud adalah dengan kehendak-Nya. Allah menerangkan
pandangan hidup mereka sebagai berikut:
Mereka hanya mengetahui yang
lahir dari kehidupan duniawi sedangkan mereka lalai tentang akhirat. Surah
ar-Ruum: 7
Di sana terdapat sebuah kebenaran yang gagal
mereka fahami sepanjang hidup. Di saat mereka berusaha bermati-matian untuk
memuaskan keinginan dan hawa nafsu dengan berbohong, memperlekehkan ajaran
agama, menabur fitnah terhadap golongan mukmin, mengancam dan sebagainya, mereka
sama sekali tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berada di dalam kejahilan
yang amat sangat, seperti yang akan ditunjukkan di dalam lembaran berikutnya.
Misteri Di
Sebalik Materi
Setiap organ pancaindera manusia - penglihatan,
pendengaran, menghidu, merasa dan menyentuh – berfungsi dengan cara yang
serupa. Rangsangan (seperti cahaya, bunyi, bau, rasa, tekstur dan sebagainya)
datang dari arah objek yang dianggap wujud di dunia luar sebenarnya dihantar
melalui saraf kepada pusat penderiaan di dalam otak. Semua rangsangan ini yang
terdiri daripada isyarat elektrik akan sampai ke otak. Sebagai contoh, sewaktu
proses penglihatan, sinaran cahaya (foton) yang memancar dari sebuah sumber di
dunia luar sampai ke retina di belakang mata dan kemudian dittukar menjadi
isyarat elektrik melalui sesiri beberapa proses. Isyarat ini dipindahkan
melalui saraf ke pusat penglihatan di dalam otak. Sekaligus, sebuah dunia tiga
dimensi, berwarna warni dan terang benderang diterima di dalam pusat
penglihatan yang hanya sebesar saiz beberapa kubik sentimeter.
Sistem yang sama juga benar bagi deria yang lain.
Sejenis rasa ditukar menjadi isyarat elektrik oleh beberapa sel yang terletak
pada lidah. Bau juga ditukar menjadi isyarat elektrik oleh sel di dalam
epitelium hidung. Pengesan khusus terletak di bawah permukaan kulit
bertanggungajwab menukarkan impuls sentuhan (seperti rasa keras atau lembut)
menjadi isyarat elektrik dan sejenis mekanisme khusus di dalam telinga menukar
bunyi menjadi isyarat elektrik. Semua isyarat ini kemudian dihantar ke pusat
berkaitan di dalam otak dan diterima di dalamnya.
Contoh berikut akan lebih menjelaskan. Anggaplah
anda sedang minum secawan kopi. Rasa keras dan panas cawan tersebut ditukar
menjadi isyarat elektrik melalui sejenis reseptor di bawah permukaan kulit dan
dihantar ke otak. Serenti itu, bau kopi yang kuat, rasanya dan warnanya yang
hitam pekat turut menjadi isyarat yang samapi ke otak. Bunyi yang didengar
ketika cawan menyentuh permukaan meja diterima di dalam telinga dan dihantar ke
otak sebagai suatu isyarat elektrik. Semua persepsi ini ditafsirkan di pusat
yang berkaitan di dalam otak, yang bekerja secara harmoni di antara satu sama
lain.s ebagai suatu hasil kumulatif semua impuls ini, anda akan merasa sedang
meneguk secara kopi. Sementara segalanya terjadi di dalam pusat deria di dalam
otak, anda sebaliknya menganggap segala yang anda terima ketika itu memiliki
kewujudan di dunia luar.
Akan tetapi, kita tersilap kerana kita tidak
memiliki sebarang bukti bahawa perasaan yang kita treima di dalam otak memiliki
sebarang kewujudan yang mutlak di luar dari bahagian kepala. Amat jelas, ini
adalah sebuah realiti penting yang layak dipertimbangkan dengan berhati-hati.
Sehingga kini, anda beranggapan segala yang anda lihat di sekeliling memiliki
kewujudan yang mutlak. Akan tetapi, dunia sains sebaliknya telah mendedahkan
bahawa adalah amat mustahil untuk membuktikan objek di dunia luar memiliki
sebarang kewujudan material yang mutlak.
Apa yang secara ringkas diterangkan di sini adalah
antara kebenaran hebat yang dapat diperhatikan di dalam hidup kita sendiri.
Apa yang Wujud di
Dunia Luar?
Apa yang dibincangkan sejauh ini menunjukkan
bahawa kita sebenanrnya hanya hidup di dalam otak dan bahawa otak kita tidak
dapat menerima apa pun selain dari yang disampaikan kepada kita melalui organ
penderiaan. Untuk meneruskannya: Adakah apa yang kita terima itu benar-benar
wujud atau ia hanya sekadar ilusi? Dan adakah di sana keperluan terhadap sebuah
dunia luar untuk kita melihat dan mendengar?
Sebenarnya tidak! Untuk menerima sensasi-sensasi
deria, kita sama sekali tidak berhajatkan kepada kewujudan sebuah dunia luar.
Dengan diberi jenis rangsangan yang tepat, sensasi seperti sentuhan,
penglihatan, suara dan sebagainya dapat terbentuk di dalam otak. Contoh yang
paling baik berhubung fakta ini adalah mimpi.
Sewaktu bermimpi, badan anda biasanya kekal tanpa
sebarang pergerakan di dalam bilik yang sunyi dan gelap, sementara mata pula
tertutup. Di sana tidak terdapat sebarang cahaya mahu pun suara atau pun
sebarang rangsangan lain daripada dunia luar yang samapi ke otak untuk dialami.
Namun begitu, di dalam mimpi, kita menerima pengalaman yang sangat serupa jika
dibandingkan dengan dunia sebenar di luar. Di dalam mimpi juga kita akan
bangkit dan bersiap ke tempat kerja, atau pun sedang dalam percutian
bermandikan kehangatan sinaran matahari.
Bahkan, di dalam mimpi, anda tidak meragui realiti
apa yang anda alami. Hanya setelah terjaga, barulah anda menyedari bahawa
seluruh pengalaman tersebut hanyalah sebuah mimpi. Anda bukan sahaja mengalami
perasaan seperti takut, bimbang, gembira dan sedih tetapi juga melihat pelbagai
gambaran imej, mendengar bunyi dan menyentuh alam kebendaan. Akan tetapi, di
sana tidak terdapat sebarang sumber fizikal yang menghasilkan semua sensasi dan
persepsi ini kerana hakikatnya anda sedang terbaring kaku di atas katil.
Descartes, seorang ahli falsafah terkemuka,
menawarkan hujah berikut berkenaan hakikat mimpi yang mengejutkan ini:
Di dalam mimpi, saya melihat bahawa saya sedang melakukan
pelbagai perbuatan, saya pergi ke banyak tempat; di saat saya terjaga, akan
tetapi, saya melihat bahawa saya tidak melakukan atau pergi ke mana-mana dan
bahawa saya terlentang dengan tenang di atas katil. Siapa yang dapat
mengesahkan kepada saya bahawa saya juga tidak bermimpi ketika ini, masa akan
datang, dan bahawa seluruh hidup saya bukanlah sebuah mimpi?
Seperti mimpi yang kita alami seolah-olah nyata
dan hanya menyedarinya bahawa ia adalah sekadar mimpi ketika terjaga, begitu
jugalah kita tidak dapat memastikan bahawa apa yang kita alami sekarang ini
adalah suatu realiti. Hal ini mengisyaratkan bahawa suatu saat kelak kita pasti
akan terjaga dari kehidupan di atas muka bumi ini, yang kita percaya kita hidup
di dalamnya sekarang dan memulakan sebuah kehidupan yang hakiki. Kita tidak
memiliki sebarang bukti yang membuktikan hal yang sebaliknya. Pun begitu, sains
telah menyediakan penemuan penting yang membuktikan bahawa apa yang kita alami
sekarang ini sebenarnya tidak memiliki sebarang kewujudan yang hakiki.
Kenyataan yang timbul pada titik ini adalah jelas.
Sementara kita menganggap bahawa dunia yang kita hidup kini wujud, atau pun
memikirkan bahawa kita hidup di dalam dunia itu, sebenarnya di sana tidak
terdapat sebarang hujah yang kukuh bagi kita untuk mendakwa bahawa dunia
seumpama itu memiliki sebuah realiti material. Kemungkinan besar, ia hanyalah
sekadar persepsi tanpa sebarang realiti material yang merangsang secara tiruan.
Adakah Otak
Terasing dari Dunia Luar?
Seperti yang telah dibincangkan sejauh ini,
sekiranya setiap kebendaan yang kita ketahui hanyalah sekadar himpunan persepsi
yang terhasil dalam diri, bagaimana pula tentang otak iaitu tempat melihat dan
mendengar? Bukankah ia terbina daripada atom dan molekul seperti yang lain?
Seperti mana segalanya yang kita panggil materi,
maka otak juga adalah sejenis persepsi. Ia adalah pepejal daging yang kita
terima melalui deria. Seumpama kebendaan lain yang kita anggap kewujudannya di
dunia luar, maka demikian jugalah otak sebenarnya adalah sekadar sebuah ilusi.
Sekiranya hal ini yang realiti, maka apakah yang menerima segala-galanya, yang
melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa, sekiranya bukan otak?
Pada titik ini, kita berhadapan dengan fakta yang
jelas, status kewujudan manusia iaitu makhluk yang memiliki fungsi sedar yang
dapat melihat, berfikir dan memanfaatkan akal fikiran, adalah lebih dari
sekadar longgokan atom dan molekul. Apa yang terkandung dalam tubuh individu
setiap manusia adalah ‘roh’ yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah s.w.t.
Sekiranya tidak, adalah amat jelas tidak masuk akal untuk menyifatkan fungsi
sedar tersebut dan kemampuan intelek yang lain kepada sebungkus pepajal daging
seberat tiga paun yang pada asasnya juga adalah sejenis persepsi:
Yang mengelokkan tiap-tiap
sesuatu yang dijadikan-Nya dan Dia memulakan kejadian manusia dari tanah.
Kemudian Dia jadikan anak-anak cucunya dari sari air yang hina. Kemudian Dia
sempurnakan dan Dia tiupkan ruh ke dalamnya, dan Dia adakah untukmu
pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi sedikit di antara kamu yang berterima
kasih. Surah as-Sajadah: 7-9
Zat yang Paling
Hampir Kepada
Manusia ialah
Allah s.w.t.
Memandangkan manusia adalah lebih dari sekadar
selonggok daging iaitu sebuah ‘roh’, maka siapakah yang menyebabkan roh ini
mampu menerima seluruh himpunan persepsi yang kita panggil dunia luar? Yang
terus menerus mencipta semua imej persepsi tanpa berhenti?
Jawapannya adalah jelas, Allah s.w.t yang
meniupkan roh yang diciptakan-Nya ke dalam manusia dan Dialah Maha Pencipta
segala-galanya. Dia juga adalah sumber hakiki bagi seluruh himpunan
persepsi-persepsi. Setiap yang wujud bergantung kepada penciptaan-Nya. Allah
memaklumkan manusia bahawa Dia sentiasa meneruskan penciptaan-Nya dan bahawa
segala-galanya akan lenyap musnah di saat Dia memberhentikan ciptaan-Nya:
Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya
keduanya jangan tergelincir. Demi jika keduanya tergelincir maka tidak seorang
yang dapat menahan keduanya selain daripada-Nya. Sesungguhnya Dia maha
penyantun lagi maha Pengampun. Surah Fathir: 41
Seorang individu mungkin cenderung untuk
menyangkal hakikat ini disebabkan telah menerima kelaziman yang bersebati erat
di dalam dirinya. Akan tetapi, betapa sekalipun ia berusaha mengabaikan hakikat
ini atau mengelaknya, namun kebenaran adalah suatu yang pasti. Setiap persepsi
yang dipersembahkan kepada roh manusia hanya wujud melalui ciptaan Allah.
Bahkan, bukan sahaja dunia luar tetapi setiap tindakan yang dilakukanoleh
manusia adalah dengan kehendak-Nya. Adalah amat mustahil bagi manusia untuk
memiliki sebarang kuasa atau kehendak bebas daripada Allah. Hal ini dinyatakan
sebagai berikut:
Allah menjadikan kamu dan apa-apa
yang kamu perbuat. Surah as-Saffat: 96
Bukanlah engkau yang melontar
ketika engkau melontar, tetapi Allah-lah yang melontar. Surah al-Anfal: 95
Kenyataan seumpama ini akan menarik suatu
kesimpulan yang penting iaitu Allah s.w.t. adalah satu-satunya yang wujud
mutlak. Tidak ada yang wujud melainkan Allah, yang meliputi segalanya di langit
dan di bumi:
Ingatlah! Sesungguhnya mereka
dalam keraguan tentang menemui Tuhannya. Ingatlah sesungguhnya Dia meliputi
tiap-tiap sesuatu. Surah Fussilat: 54
Kepunyaan Allah timur dan barat,
kemana sahaja kamu menghadap, maka di sanalah Wajhullah. Sesungguhnya Allah
adalah maha meliputi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115
Bagi Allah apa-apa yang ada di
langit dan yang di bumi. Allah meliputi tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126
Ketika Kami berkata kepada
engkau: Sesungguhnya Tuhanmu meliputi semua manusia. Surah al-Isra’: 126
Kursi-Nya meliputi langit dan bumi
dan tiada susah bagi-Nya memelihara keduanya. Dia maha tinggi lagi maha besar. Surah
al-Baqarah: 255
Kekuasaan dan pengetahuan Allah meliputi manusia
dari setiap penjuru arah. Ini bermaksud, Dia meliputi kita seluruhnya. Dia
melihat kita di mana sahaja, pada setiap detik. Dia berkuasa mutlak ke atas
setiap manusia, luar dan dalam. Dia adalah maha Agung dan Maha Besar. Dia
adalah lebih hampir kepada kita berbanding urat leher kita sendiri.
Sesungguhnya Kami adalah lebih
hampir daripada urat lehernya. Surah Qaf: 16
Ketahuilah bahawa Allah membatasi
antara manusia dengan hatinya dan sesungguhnya kamu akan dihimpukan kepada-Nya.
Surah al-Anfal: 24
Di sinilah terletak kekeliruan golongan yang
ingkar: mereka menganggap dunia yang pada asasnya adalah ilusi sebagai suatu
yang nyata. Sementara mereka memperolok-olokkan agama dan para mukmin sekaligus
menafikan wahyu Allah s.w.t., mereka menganggap mereka mampu melepaskan diri
yang pada hakikatnya mereka sendiri adalah berada dalam liputan-Nya. Ini
sesungguhnya adalah satu daripada hakikat besar yang amat diabaikan oleh para
musyrikin yang bongkak. Lebih dari itu, kehidupan duniawi yang menjadi matlamat
agung ketika hidup hilang dari genggaman mereka.
Segala yang
Dimiliki Adalah Ilusi
Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi
sebarang realiti materialistik adalah sebuah fakta yang logik dan saintifik,
dan ia pada asasnya adalah himpunan imej yang terus menerus diperlihatkan
kepada roh oleh Allah s.w.t. Namun begitu, manusia tidak atau bahkan tidak
ingin memasukkan kebendaan di dalam konsep ini.
Sekiranya kita memikirkan isu ini dengan jujur dan
berani, kita akan menyedari bahawa rumah, perabot di dalamnya, kereta yang
mungkin baru dibeli, ruang pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian,
teman hidup, anak-anak, rakan-rakan dan segala yang dimiliki sebenarnya adalah
tergolong di dalam ‘dunia luar’ yang dipersembahkan kepada kita. Apa yang kita
lihat, dengan dan hidup di sekeliling melalui lima pancaindera adalah
sebahagian daripada ‘dunia bayangan’ ini, begitu juga dengan suara penyanyi
pujaan, kerusi empuk tempat bersandar, haruman minyak wangi, matahari yang
hangat, sekuntum bunga dengan warna menarik, seekor burung yang terbang di
hadapan tingkap, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman bunga
yang subur, komputer di tempat kerja atau hi-fi yang mempunyai teknologi
tercanggih di dunia......
Ini adalah sebuah kebenaran, kerana dunia hanyalah
sebuah himpunan imej yang dijadikan medan untuk menguji manusia. Manusia diuji
melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar.
Persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah
disebutkan di dalam al-Qur’an:
Dihiaskan kepada manusia kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan
anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta
kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan
(ingatlah)! Pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baik. Surah
Ali-‘Imran: 14
Sebahagian besar manusia menyingkirkan pegangan
agama demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang
ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari pakaian, model kereta
terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha
untuk memilikinya dan hanya menumpukan nikmat kemanisan duniawi serta
mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan ‘kecantikan dan
keindahan’ wajah kehidupan duniawi sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang,
menderma kepada fakir miskin atau mengerjakan kebaikan yang menambahkan amal
baik di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata ‘saya
ada kerja lain yang perlu dibuat’, ‘saya cukup sibuk’, ‘saya ada tanggungjawab
lain’, ‘saya tidak mempunyai cukup masa’, ‘saya ada perkara lain yang perlu
diselesaikan’, ‘saya akan melakukannya kemudian’. Mereka meluangkan seluruh
hidup mereka untuk maju di dunia sahaja. Pemahaman yang salah ini telah
dijelaskan di dalam ayat berikut:
Mereka hanya mengetahui perkara
yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak
mengambil tahu tentang hari akhirat. Surah ar-Rum: 7
Fakta yang diterangkan di dalam bab ini,
terutamanya hakikat kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting
kerana implikasinya yang bakal memusnahkan seluruh keghairahan dan keinginan
sama sekali tidak memberi erti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan
dengan jelas bahawa segala yang menjadi matlamat utama manusia seperti kekayaan
yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak yang mereka banggakan, megah,
pasangan hidup yang mereka anggap sebagai insan paling rapat, sahabat handai,
tubuh badan yang dijaga rapi, status dan kedudukan yang meletakkan mereka di
mercu yang tinggi, menuntut di sekolah berprestij, percutian yang mereka lalui,
semua itu tidak lebih daripada sekadar himpunan ilusi. Oleh itu,s egala tenaga
dan waktu untuk mengejar nikmat duniawi yang sementara sama sekali tidak
bermanfaat baginya.
Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia
mempamerkan kedangkalan diri ketika bermegah dengan kekayaan dan harta benda
atua ‘kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan
tanah mereka’, seolah-olah semua itu benar-benar wujud. mereka yang terdiri
daripada golongan elit atau kelas pertama yang berjalan mundar-mandir di atas
kapal percutian mewah dengan sombong, menayang-nayangkan kereta mewah, bercakap
tentang kekayaan, memperlekehkan orang lain dengan kedudukan yang dicapai,
mengangkat dan meuja diri sendiri melalui penampilan dandanan, membina seluruh
hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasa bahawa
sangat berjaya dengan semua ini: seharusnya memikirkan kedudukan dan nasib diri
di saat menyedari bahawa semua itu hanyalah sekadar bayangan ilusi.
Sebenarnya, pemandangan seperti ini kerap dililhat
di dalam mimpi. Sewaktu bermimpi, mereka juga memiliki rumah, kereta mewah,
barang kemas yang melimpah ruah, not wang bergulung-gulung dan emas perak yang
menggunung tinggi. Di dalam mimpi juga, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi,
memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, berkausa mengerahkan ramai
orang, memakai pakaian yang menjadikan orang lain kagum kepadanya. Akan tetapi,
untuk bermegah dengan segala kemewahan di dalam mimpi akan dianggap mengarut
dan tidak realistik, maka demikian jugalah bagi mereka yang merasa gah dengan
pelbagai imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagipun, apa yang dilihat di
dalam mimpi dan di dalam dunia ini hanyalah imej di dalam mindanya. Sudah pasti
hal ini harus difikirkan dengan sewajarnya. Seperti yang dinyatakan di dalalm
al-Qur’an, mereka yang menerima fakta ini adalah merupakan golongan yang
menikmati kemenangan yang besar:
Sesungguhnya telah datang
kepadamu beberapa keterangan daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang melihat, maka
bagi dirinya, dan barangsiapa yang buta maka atas dirinya. Surah al-An’aam: 104
Hal yang serupa ketika manusia bertindak balas
dengan peristiwa yang dialami hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila
menyedari hakikatnya yang sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri.
mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima
rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepad amanusia, mereka yang memukul dan
memaki hamun dan menyerang orang lain, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan
dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk,
mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila
menyedari bahawa segala yang mereka telah lakukan adalah merupakan sebuah
ilusi. Disebabkan Allah adalah Pencipta semua imej ini, maka Allah adalah
pemilik tunggal yang mutlak kepadanya.
Dan bagi Allah jualah segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa meliputi akan tiap-tiap
sesuatu. Surah an-Nisa: 126
Adalah suatu tindakan yang kurang bijak untuk
mempertaruhkan agama demi mengejar keghairahan bayangan sehingga menyebabkan
kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga.
Dan hapuslah segala yang mereka
lakukan di dunia dan binasalah apa yang mereka amalkan. Surah Hud: 16
Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas,
semua impian dan keghairahan akan terbukti sia-sia. Bahkan, semua kebendaan
yang mereka anggap milik abadi mereka akan lolos daripada genggaman dan tidak
memberi sebarang manfaat buat mereka.
Di saat ini satu fakta perlu ditegaskan. Apa yang
dimaksudkan di sini bukanlah menunjukkan bahawa ‘segala pemilikan, harta benda,
anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang,
dan semuanya ini’ sama sekali tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah
‘segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali melainkan
sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej yang ditunjukkan kepada anda oleh Allah
sebagai satu ujian’. Seperti yang dapat kita saksikan, di sana terdapat
perbezaan yang besar di antara kedua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang
pertama diterima sebagai kayu ukuran, seseorang itu akan terkeliru dengan
memikirkan bahawa segalanya, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya
wujud walaupun sementara dan akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk
memiliki semuanya itu dengan kesempatan yang ada. Tetapai sekiranya diberikan
kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua kebendaan iaitu
segala-galanya adalah bersifat ilusi, ini akan menyebabkan golongan yang
mempamerkan sifat tamak berasa terhina dan menanggung kerugian yang amat besar.
Sekalipun fakta ini tidak memberi apa-apa kesan di
sanubari mereka dan terus menipu diri sendiri dengan menganggap setiap yang
dimiliki benar-benar wujud, hakikatnya nanti mereka juga akan mati dan
segalanya akan menjadi jelas di saat hari kebangkitan. Pada hari tersebut, lalu
pandangan mereka amat tajam dan segalanya akan menjadi jelas.
Dan bagi mereka yang sewaktu di dunia dahulu
memilih untuk mensisakan kehidupan dengan matlamat khayalan, maka pada hari ini
mereka sangat berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan lagi untuk kali
kedua sambil berkata:
Wahai kiranya kematian itulah yang
menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku,
telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah al-Haqqah: 27-29
Di satu sudut lain, bagi mereka yang memiliki
sifat hikmah dengan kefahaman yang benar tentang maksud di sebalik penciptaan
alam semesta ialah berusaha sebaik mungkin dari terjerumus ke lembah kesesatan
terhadap imej dan ilusi khayali dan sebagai akibatnya, bergadapan dengan saat
akhir yang amat menyedihkan. Di dalam al-Qur’an, situasi golongan yang mengejar
ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan
seperti berikut:
Dan orang-orang yang kafir amalan
mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang data, yang disangka air oleh
orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan
sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah
memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat
tepat perhitungan-Nya. Surah an-Nur: 39
Materialis Telah
Jatuh Ke Dalam
Perangkap
Terbesar Dalam Sejarah
Kenyataan bahawa kebendaan adalah sebuah persepsi
telah dibuktikan melalui bidang sains moden dan telah diterangkan dengan cara
yang sangat jelas, telus dan bertenaga. Apa yang tinggal pada materialis ialah
menyaksikan kemusnahan seluruh dunia material yang mereka yakini dengan membuta
tuli dan yang menjadi tempat bergantung.
Sepanjang sejarah kemanusiaan, pemikiran
ala-materialisme sentiasa wujud. disebabkan terlalu yakin dengan diri dan
falsafah yang menjadi anutan, mereka begitu berani memberontak menentang Allah
yang telah menciptakan mereka. Senario yang dirancang ini mempertahankan akidah
kepercayaan bahawa kebendaan atau material adalah azali dan mutlak abadi, dan
ia menyimpulkan bahawa di sana tidak wujud sebarang kuasa penciptaan. Ketika
perasaan takabbur dan angkuh menafikan kewujudan Allah s.w.t., mereka berpaling
terhadap kebendaan yang didewa-dewakan sebagai kewujudan mutlak. Mereka terlalu
mempercayainya sehingga begitu yakin bahawa adalah amat mustahil untuk
mengemukakan walau sebuah contoh yang membidasnya.
Kerana itulah fakta kebenaran yang dibincangkan di
sini mempunyai impak yang sangat besar terhadap mereka. Apa yang dibincangkan
di sini pada asasnya telah memusnahkan asas falsafah anutan mereka tanpa
meninggalkan sisa untuk perbincangan yang lebih jelas. Kebendaan, yang
mendasari kepercayaan, kehidupan, keangkuhan dan penafian mereka telah musnah
sekelip mata. Bagaimana materialisme dapat wujud sedangkan kebendaan sendiri
tidak ada?
Di antara sifat Allah ialah perencanaan-Nya
terhadap golongan yang kufur. Hal ini dijelaskan dalam ayat berikut:
Mereka menjalankan tipu daya dan
Allah mengagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang mengagalkan
tipu daya. Surah al-Anfal: 30
Allah s.w.t memerangkap materialis dengan membuat
mereka mendakwa akan kemutlakan kebendaan dan sekaligus menghina mereka tanpa
disedari. Golongan materialis mengira harta, status, kedudukan, masyarakat yang
mereka anggotai, seluruh dunia dan sebagainya adalah wujud dan bahkan, semakin
angkuh berdegil menentang. Allah dengan bergantung kepada semua ini. Mereka
memberontak menentang Allah dengan menjadi bongkak dan semakin degil ketika
berkeras degil menentang-Nya. Tetapi, mereka terlalu lemah sehingga gagal untuk
memikirkan bahawa Allah meliputi sekeliling mereka. Allah s.w.t. menyatakan
situasi yang dialami akibat kebodohan mereka sendiri:
Bahkan mereka hendak melakukan
rancangan jahat kerana orang-orang kafir itulah yang akan ditimpa balasan
rancangan jahantya. Surah at-Thur: 42
Ini merupakan kekalahan paling tragik dalam
sejarah. Di saat keangkuhan mereka semakim membuak-buak, materialis telah
diperdaya dan ditumpaskan dengan keaiban di dalam pemberontakan yang mereka
rancang untuk menentang Allah. Ayat berikut menunjukkan bagaimana perasaan
mereka dihanytkan ketika beria-ia menderhaka menentang maha Pencipta dan
Al-Qur’an menjelaskan saat akhir yang pasti buat mereka:
Dan demikianlah Kami adakan dalam
tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya
di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya
sendiri sedang mereka tidak menyedarinya. Surah Al-An’aam: 123
Di dalam ayat yang lain juga disebut perkara yang
sama:
Mereka hendak memperdayakan Allah
dan orang-orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,
sedang mereka tidak menyedarinya. Surah al-Baqarah: 9
Di saat berkomplot, mereka tidak menyedari fakta
penting yang disebut dalam ayat di atas, ‘mereka hanya memperdaya diri mereka
sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya’. Kenyataannya, segala apa yang
mereka alami adalah bayangan yang dicipta untuk menjadi pergantungan dan setiap
komplot yang mereka persiapkan merupakan khayalan yang terbentuk di dalam otak
mereka, dan begitu juga dengan tindak tanduk mereka. Kebodohan telah
menyebabkan mereka terlupa pada hakikatnya mereka adalah bersendirian
berhadapan dengan Allah dan akibatnya mereka terperusuk masuk ke dalam jerat
yang mereka pasang sendiri.
Seperti golongan kafir yang hidup di masa silam,
mereka yang hidup hari ini juga berhadapan dengan realiti yang bakal
memusnahkan seluruh perancangan jahat mereka hingga ke akar umbi. Allah berfirman
bahawa perancangan ini telah pun digagalkan sejak hari ini direncanakan:
Kerana sesungguhnya tipu daya
Syaitan itu adalah lemah. Surah an-Nisaa’: 76
Allah turut berfirman memberi khabar gembira
kepada para mukmin di dalam ayat:
Dan kalau kamu sabar dan
bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikit pun. Surah
Ali-‘Imran: 120
Di dalam sepotong ayat lain pula menegaskan:
Dan orang-orang yang kafir pula,
amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di tanah rata
yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, sehingga apabila ia datang ke
tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; dan ia tetap
mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan
amalnya; dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya. Surah an-Nuur: 39
Materialisme yang dicipta sebagai alat untuk
menentang Allah juga telah menjadi ‘fatamorgana’ seperti yang disebutkan di
dalam ayat di atas. Di saat mereka berlari mendapatkannya, mereka hanya akan
mendapati sebuah ilusi. Allah telah memperdayakan mereka dengan sebuah
fatamorgana dan dengan menerima seluruh himpunan imej sebagai benar. Seluruh
tokoh ‘kehormat’ ini, para profesor, ahli kaji bintang, ahli biologi, ahli
fizik, dan sebagainya tanpa mengira darjat dan kedudukan mereka telah tertipu
seperti anak kecil dan diaibkan akibat bertuhankan material. Mereka mendakwa
himpunan imej sebagai mutlak dan meletakkan dasar falsafah dan ideologi mereka
di atasnya serta terlibat di dalam perbincangan yang berprestij dan diterima
sebagai wacana ‘intelektual’ terkenal. Mereka merasa sudah cukup bijak untuk
menawarkan argumen tentang kebenaran alam semesta, dan yang lebih memalukan,
mereka mempertikaikan Allah dengan kebijaksanaan yang amat tebatas. Allah menerangkan situasi ini di dalam ayat
berikut:
Dan orang-orang itu pun merancang
tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya; dan (ingatlah), Allah
sebijak-bijak yang membalas tipu daya. Surah Ali-‘Imran: 54
Untuk melepaskan diri daripada perangkap yang
dibuat oleh manusia adalah mungkin mudah namun, perancangan Allah menentang
mereka adalah sangat rapi dan kemas sehingga tertutup seluruh pintu keluar bagi
mereka. Apa sahaja yang akan mereka lakukan dan tempat mereka merayu, tidak ada
pelindung bagi mereka melainkan Allah Azza Wajalla:
Dan mereka pula tidak akan
memperolehi sesiapa pun selain daripada Allah yang akan menjadi pelindung atau
penolong bagi mereka. Surah an-Nisaa’: 173
Materialis tidak pernah menyangkan akan terjatuh
ke dalam perangkap hebat ini walaupun pada asasnya mereka berkuasa
mengeksploitasi seluruh khazanah abad 20 untuk kepentingan sendiri dengan
harapan akan berjaya memperhebatkan penafian mereka dan mengheret manusia ke
lembah kekufuran. Mentaliti dan saat akhir bagi mereka diumpamakan seperti
berikut di dalam al-Qur’an:
Dan mereka telah merancangkan
rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk
balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan
jahat mereka. Iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya. Surah
an-Naml: 50-51
Ayat di atas memberi makna: materialis telah
menyedari bahawa segala-galanya adalah sekadar ilusi dan pasti akan musnah.
Mereka menyaksikan seluruh harta kebendaan, keluarga, anak dan isteri serta
fizikal jasmani (yang mereka sifatkan sebagai wujud mutlak) terlepas satu demi
satu dari genggaman. Mereka telah ‘hancur musnah’ seperti yang disebutkan di
dalam Surah an-Naml. Di saat itu tidak terdapat sebarang entiti material
melainkan roh.
Suatu yang amat pasti, hakikat ini amat menakutkan
untuk difahami bagi golongan materialis. Dengan memahami kenyataan bahawa
segala yang mereka miliki hanyalah ilusi adalah umpama seperti, dengan
perkataan mereka sendiri, ‘mati sebelum mati’ di dunia ini.
Mereka akan dibiarkan bersendirian berhadapan
dengan Allah seperti yang tergambar dalam sepotong ayat:
Biarkan Aku sahaja membalas orang
yang Aku ciptakan dia seorang diri. Surah al-Muddathir: 11
Fakta ini telah diulangi di dalam beberapa ayat
lain:
Dan demi sesungguhnya! Kamu tetap
datang kepada Kami dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada
mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan
kepada kamu... Surah Al-An’aam: 94
Dan mereka masing-masing akan
datang menghadap-Nya pada hari kiamat dengan seorang diri. Surah Maryam: 95
Dengan kata lain, ayat di atas memberi suatu
pengertian bahawa mereka yang mengambil kebendaan sebagai tuhan, pada
hakikatnya adalah berasal dan pasti akan kembali kepada-Nya. Mereka akan
menyerah nasib mereka kepada Allah s.w.t. samada akur atau tidak. Kini, apa
yang mereka nantikan tidak lain ialah saat perhitungan di mana setiap manusia
akan dihisab walau betapa degil sekalipun mereka enggan untuk memahaminya.
KONKLUSI
Buku ini ditulis untuk menyedarkan para pembaca
budiman akan bahaya agama batil dan sekaligus tanggungjawab yang terpikul di
bahu. Menyeru kebaikan dan menegah yang mungkar adalah aspek ibadah yang paling
penting diperintahkan ke atas umat mukmin oleh Allah, yang merupakan pelindung
antara satu sama lain. Di samping itu, buku ini juga bertujuan untuk
mengingatkan tanggungjawab yang mulia ini. Mereka yang membaca dan mendengar peringatan
tersebut mempunyai dua piihan: duduk kembali dan berkata: ‘orang lain pasti
akan menuruti dan melakukannya’ atau pun bingkas bangkit dengan niat memikul
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada mereka dan mula
melibatkan diri.
Di dalam perjuangan mereka menentang kekufuran,
para utusan dan aulia telah memberi contoh yang baik. Setiap para nabi yang
dikisahkan di dalam al-Qur’an dan para aulia lain yang menuruti mereka berusaha
menentang kejangakan musyrikin dan perjuangan yang tercatat di dalam lembaran
sejarah ke atas ideologi sesat dalam usaha menyampaikan risalah-Nya. Mereka
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan dakwah ini kepada umat manusia
dan tidak ada yang mampu menghalang mereka. Keinginan, kekuatan, iltizam,
kesabaran dan keberanian mereka seharusnya menjadi tauladan bagi para mukmin
yang lain.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa di sana telah
disediakan pengajaran bagi mereka yang menyeru kebaikan kepada umat manusia:
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa baginda bersabda:
mereka yang menyeru manusia ke jalan kebaikan akan menerima ganjaran seperti
ganjaran mereka yang menuruti mereka tanpa dikurang sedikit pun.
Dalam sejarah mutakhir ini, terdapat sebahagian
besar para ulama Islam yang memiliki tauladan hidup yang baik. Sebagai contoh,
Badi’uzzaman Said Nurisi adalah antara tokoh terkenal yang gigih berjihad
menentang agama batil dalam keadaan yang sangat menguji. Beliau mempamerkan
kesabaran dan melakukan banyak pengorbanan sebagai usaha melindungi negara
sekaligus rakyat jelata dari ancaman ini. Kenyataan Badi’uzzaman berikut
menjadi inspirasi yang mendalam terhadap mereka yang memiliki sanubari yang
tulus dan akal yang jernih:
Matlamat saya hanya satu. Di saat saya sedang
hampir kepada kematian, saya dapat mendengar ejekan burung hantu Bolshevik di
dalam negara ini yang merupakan tanahair umat Islam. Bunyi itu menjahanamkan
asas akidah dunia islam. Melemahkan kepercayaan mereka dan ia membelenggu
manusia khususnya para belia ke dalam dakapannya. Saya menyeru para belia dan
semua umat islam kembali beriman dengan berjuang menentangnya dengan seluruh
kudrat upaya saya. Saya menentang kekufuran yang tersembunyi ini. Saya ingin
kembali kepada-Nya dengan menjadikan perjuangan ini milik saya. Inilah yang
saya lakukan. Bagi mereka yang menghalang saya dari melakukannya, saya khuatir
mereka adalah komunis. Bagi saya, ia adalah jihad suci untuk perjuangan
menentang musuh-musuh akidah ini. Lepaskan saya!! Biarkan saya mengislah para
pemuda yang diracuni komunisme dan demi keimanan negara ini!! Biarkan saya
berkhidmat demi tauhid.
Seorang individu yang benar-benar sedar adalah
berkewajipan untuk mematuhi tuntutan naluri fitrahnya dan berusaha untuk
mengabdi diri kepada agama Ilahir. Allah sudah pasti akan membezakan antara
para hamba-Nya yang mukmin sejati daripada mereka yang hanya berkata ‘saya
beriman’ namun mengelak daripada memenuhi seruan jihad ini. Allah berfirman di
dalam al-Qur’an:
Adakah manusia mengira bahawa
mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa diuji. Surah
Al-Ankabuut: 2
Dalam sepotong ayat lain, Allah menyatakan bahawa
para mukmin tidak akan memperolehi ketakwaan dan keimanan yang sejati tanpa
berjihad menentang kekufuran:
Bahkan adakah kamu mengira bahawa
kamu akan masuk ke syurga sedang Allah tiada mengetahui di antara orang yang
berjihad di antara kamu serta mengetahui orang-orang yang sabar. Surah
Ali-‘Imran: 142
Teori
Evolusi: Suatu Penipuan
Segala sesuatu yang wujud di alam ini merupakan
ciptaan oleh yang maha berkuasa. Sebaliknya, golongan materialis telah
melakukan kesilapan yang tidak saintifik kerana cuba menafikan hakikat
penciptaan alam semesta ini.
Apabila fahaman materialisme telah terbukti salah,
maka segala falsafah yang bersandarkan kepada fahaman tersebut adalah tidak
berasas sama sekali. Fahaman yang paling menonjol sekali adalah Darwinisme,
iaitu suatu fahaman yang berkaitan dengan teori evolusi. Teori yang mengatakan
bahawa semua benda hidup berasal daripada benda-benda tidak hidup secara
kebetulan itu, telah pun ditolak dengan suatu pengiktirafan bahawa alam ini
telah dicipta oleh Tuhan. Hugh Ross, seorang ahli astrofizik Amerika telah
menjelaskan hal tersebut seperti berikut:
Ateisme, Darwinisme, dan segala ‘isme’ yang muncul
daripada falsafah-falsafah abad ke-18 sehingga abad ke-20 telah didirikan di
atas dasar tekaan semata-mata, suatu anggapan salah yang mengatakan bahawa alam
ini adalah infiniti. Keajaiban telah membawa kita secara berdepan dengan sebab
– atau penyebab – melampaui/terselindung/sebelum alam ini dan segala apa yang
terkandung di dalamnya, termasuklah kehidupan itu sendiri.42
Ia sebenarnya adalah Tuhan yang telah menciptakan
alam ini dan membentuknya dengan begitu terperinci sekali. Oleh itu, amat
mustahil untuk kita menerima teori evolusi yang mendakwa bahawa segala benda
hidup tidak dicipta oleh Tuhan, sebaliknya telah tercipta secara kebetulan.
Oleh itu,
tidaklah menjadi sesuatu yang memeranjatkan apabila kita melihat teori evolusi
itu sendiri amat bertentangan dengan penemuan-penemuan sains semasa. Reka
bentuk makhluk hidup adalah sangat kompleks dan begitu mengagumkan. Di dalam
dunia benda-benda tidak hidup, kita dapat melihat betapa sensitifnya
keseimbangan di antara atom-atom. Di dalam dunia benda-benda hidup pula, kita
juga dapat melihat bagaimana atom-atom tersebut berinteraksi untuk membentuk
suatu reka bentuk yang kompleks, dan mekanisme serta struktur yang dibentuk
daripada mereka seperti protein, enzim, dan sel adalah terlalu menakjubkan.
Reka bentuk
kehidupan yang amat menakjubkan itu telah menolak fahaman Darwinisme pada akhir
abad ke-20.
Kami telah
pun membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci di dalam kajian-kajian
yang lain, dan kami akan terus melakukannya. Walau bagaimanapun, setelah
menyedari betapa pentingnya perkara tersebut, kami berpendapat bahawa amatlah
baik jika rumusan ringkas tentang teori evolusi turut diselitkan di dalam buku
ini
Keruntuhan Saintifik Darwinisme
Walaupun fahaman ini telah lama wujud sejak zaman Greek
Kuno lagi, namun sebenarnya usaha memperkembangkannya secara giat bermula pada
kurun ke-19. Perkembangan paling penting yang menjadikan evolusi sebagai topik
terunggul dalam dunia sains ialah penerbitan sebuah buku pada tahun 1859 yang
ditulis oleh Charles Darwin bertajuk, “The Origin Of Species”. Buku ini
berkisar mengenai penafian yang dibuat oleh Darwin berhubung penciptaan seluruh
makhluk hidup secara berasingan oleh Tuhan. Sebaliknya berdasarkan pandangan
beliau, makhluk hidup berasal daripada satu leluhur asal dan sepanjang
peredaran masa, mereka mengalami perubahan kecil yang akhirnya menyebabkan
pembentukan bentuk yang berbeza-beza.
Apa pun, teori beliau tidaklah bersandar di atas asas
saintifik yang kukuh, seperti yang turut diakuinya sendiri, ia adalah sekadar
suatu ‘andaian’. Bahkan, pengakuan beliau dalam sebuah bab yang panjang-lebar
bertajuk “Kesulitan Tentang Teori” (Difficulties of the Theory) mendedahkan
kegagalan teori ini ketika berhadapan dengan pelbagai persoalan penting.
Darwin melabuhkan seluruh harapannya terhadap penemuan
saintifik terkini yang bakal menyelesaikan kesulitan tersebut. Bagaimanapun,
semakin banyak penemuan yang dilakukan, semakin besar kesulitan yang menghimpit
teori ini.
Kekalahan Darwinisme menentang sains dapat disimpulkan
dalam tiga kategori asas:
1) Teori Evolusi gagal menjelaskan bagaimana hidupan
terbentuk di muka bumi.
2) “Mekanisme Evolusi” yang didakwa sebagai kuasa
pendorong evolusi gagal mendapat pengesahan daripada sebarang penemuan
saintifik.
3) Rekod Fosil membuktikan bahawa semua dakwaan Teori
Evolusi adalah suatu percanggahan.
Ketiga-tiga kategori asas ini akan dibincangkan dalam bab
yang berikut.
Halangan Pertama Yang Gagal Di Atasi: Asal Usul
Kehidupan
Teori evolusi mendakwa bahawa seluruh spesis hidup adalah
bermula dengan sebutir sel tunggal yang timbul di zaman dunia primitif lebih
kurang 3.8 ribu juta tahun dahulu. Bagaimana sel tersebut membentuk jutaan
spesis hidup yang kompleks dan, sekiranya benar evolusi selaras dengan dakwaan
mereka, mengapa sebarang kesan dari rekod fosil gagal ditemui?, adalah beberapa
bentuk persoalan yang tidak dapat diterangkan. Tetapi sebelum memanjangkannya,
titik pertama yang harus diselesaikan oleh teori evolusi ialah: bagaimana
"sel tunggal" ini wujud?
Teori evolusi menafikan konsep penciptaan dan menolak
sebarang campurtangan kuasa luar biasa, sebaliknya mempertahankan bahawa 'sel
pertama' adalah wujud secara kebetulan melalui tindak balas hukum alam, tanpa
sebarang rekaan, perancangan atau penyusunan. Berdasarkan kepada dakwaan teori,
materi yang tidak bernyawa akan menghasilkan sel hidup sebagai satu akibat
kebetulan. Hal ini, akan tetapi, ia adalah merupakan dakwaan yang bercanggah
dengan beberapa hukum dan undang-undang yang sangat kukuh dalam bidang biologi.
'Kehidupan Lahir Dari Kehidupan'
Di dalam bukunya, Darwin tidak pernah menyebut mengenai
asal usul hidupan. Pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya
menganggap makhluk hidup hanya memiliki struktur yang ringkas. Menurut teori
yang dikenali sebagai 'generasi spontan' yang dipercayai sejak Zaman
Pertengahan, zarah bukan-hidup dipercayai akan berpadu bersama secara
sembarangan dan membentuk sejenis organisma hidup. Umum ketika itu mempercayai
bahawa lalat terhasil melalui sisa makanan dan tikus pula daripada gandum.
Eksperimen yang menarik telah dilakukan untuk membuktikannya. Sedikit gandum
ditabur ke atas percaan kain buruk yang kotor dan dipercayai bahawa tikus akan
menjelma daripada kombinasi itu setelah beberapa lama.
Melalui cara yang sama, daging yang berulat dijadikan
bukti kepada generasi spontan. Sebaliknya, setelah difahami kemudian bahawa ulat-ulat
itu sebenarnya tidak wujud secara spontan, tetapi adalah melalui larva yang
ditinggalkan oleh lalat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Waktu Darwin menulis bukunya The Origin of Species,
kepercayaan bahawa bakteria boleh wujud dari benda bukan organik (bersifat
hidupan) mendapat penerimaan luas dalam dunia sains.
Bagaimanapun lima tahun setelah penerbitan buku Darwin,
ahli biologi Perancis terkenal Louis Pasteur, mendedahkan hasil yang
diperolehinya melalui kajian dan eksperimen yang panjang menyangkal teori
generasi spontan yang sekaligus merupakan batu nisan bagi evolusi. “Dakwaan
bahawa hidupan mampu wujud melalui material yang mati akan terkubur dalam
sejarah buat selamanya”.43
Golongan yang mempertahankan teori evolusi menolak penemuan
Pasteur untuk masa yang panjang. Kini, sains yang berkembang maju telah
menunjukkan betapa rumitnya struktur sel hidupan, kekeliruan dakwaan bahawa
hidupan wujud dengan sendiri menjadi lebih jelas.
Usaha Tidak Konklusif Abad Ke-20
Dalam abad ke-20 ini, evolusionis yang pertama meneruskan
subjek asal usul hidupan ialah seorang ahli biologi Russia, Alexander Oparin.
Dalam banyak tesisnya yang dibentangkan dalam tahun 1930-an, beliau cuba
menerangkan bahawa sel hidupan wujud secara kebetulan. Tetapi usaha ini
berakhir dengan kegagalan, dan Oparin membuat sendiri pengakuannya,
"Malangnya, asal usul sel ini adalah mungkin
merupakan persoalan yang paling suram dalam seluruh kajian evolusi
organisma".44
Para evolusionis yang mengikuti jejak Oparin cuba untuk melakukan
pelbagai eksperimen yang bakal menyelesaikan enigma asal usul hidupan ini.
Eksperimen yang paling terkenal ialah yang dilakukan pada tahun 1953 oleh
seorang ahli kimia Amerika yang terkenal, Stanley Miller. Miller menyatukan
beberapa gas, yang didakwanya sebagai atmosfera bumi primitif dalam kondisi
eksperimen, menambahkan tenaga kepada campuran ini dan mensintesiskan beberapa
molekul organik (asid amino) yang digunakan dalam penghasilan protein.
Pembatalan kepada eksperimen itu, yang mana dalam tahun
itu dianggap sebagai langkah penting di atas nama evolusi, dan atmosfera yang
digunakan dalam eksperimen itu ialah perbezaan yang besar berbanding dengan
atmofera dunia sebenar, yang ditimbulkan beberapa tahun berikutnya.45
Selepas lama berdiam diri, Miller akhirnya sendiri
mengakui bahawa atmosfera yang digunakan adalah tidak realistik.46
Semua usaha yang dilakukan atas nama evolusi sepanjang
abad-20 untuk menerangkan masalah asal usul hidupan berakhir dengan kegagalan.
Seorang ahli geo-kimia, Jeffrey Bada dari Institut Scribb di Sandiego mengakui
kebenaran ini dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1998 dalam majalah
evolusionis Earth:
Hari ini sempena abad yang akan kita tinggalkan, kita
masih menghadapi masalah paling besar gagal dijawab yang kita miliki ketika
melangkah masuk abad ke-21; bagaimana asal usul kehidupan dimulakan di bumi?47
Struktur Kompleks Dalam Hidupan
Punca utama teori evolusi menjadi kesulitan yang besar
berhubung asal usul hidupan ialah bahkan organisma hidup yang dianggap paling
ringkas sebenarnya memiliki struktur kompleks yang sukar dipercayai. Sel hidup
bagi individu hidupan adalah jauh lebih kompleks berbanding semua keluaran
teknologi yang dihasilkan oleh manusia. Hari ini, walaupun di dalam makmal
paling canggih di dunia, sebutir unit sel hidup tetap gagal dihasilkan melalui
cantuman unsur bukan organik.
Keadaan yang diperlukan untuk kewujudan sel ini adalah
lebih jauh dari apa yang boleh diterangkan melalui kebetulan. Kebarangkalian
protein yang merupakan blok binaan bagi sel untuk disintesis secara kebetulan
ialah 1 peluang dalam 10950 bagi purata protein
yang terbentuk daripada 500 amino asid. Dalam matematik, kebarangkalian lebih
kecil berbanding 1 daripada 1050 secara
praktikalnya adalah dianggap mustahil.
Molekul DNA, yang terkandung dalam nukleus sel yang
mengandungi maklumat genetik merupakan sebuah bank data yang menakjubkan.
Sekiranya kod genetik manusia ditulis ke dalam kertas, ia akan memenuhi sebuah
perpustakaan dengan 900 jilid, 500 lembar kertas setiap jilid.
Dan di sini satu perkara yang menarik untuk ditambah: DNA
hanya mampu menjalankan proses replikasi dengan bantuan beberapa protein khusus
(enzim). Bagaimanapun, enzim ini hanya terbentuk melalui maklumat yang telah
dikodkan dalam DNA. Pergantungan antara satu sama lain ini menunjukkan bahawa
keduanya harus berada secara serentak
untuk tujuan proses replikasi. Hal ini semakin merumitkan dakwaan bahawa
hidupan terbentuk sendiri. Seorang profesor evolusi terkenal, Leslie Ogel dari
San Diego Amerika mengakui kebenaran ini dalam majalah Scientific American edisi
Oktober tahun 1994:
Suatu yang sangat-sangat tidak dapat diterima bahawa
protein dan nuklik asid, keduanya sangat kompleks dari segi struktur, wujud
secara spontan di tempat yang sama pada masa yang sama. Namun ia juga mustahil
untuk salah satu daripadanya wujud tanpa yang satu lagi. Dan pada sekilas
pandang, dapat disimpulkan bahawa
hidupan tidak akan, yang sebenarnya, wujud sekadar melalui kimia.48
Apa yang jelas, sekiranya kewujudan makhluk hidupan
melalui kesan semulajadi adalah suatu yang mustahil, maka hakikat yang harus
diakui ialah kehidupan telah dicipta secara istimewa. Kebenaran ini secara
terbuka membatalkan teori evolusi yang bertujuan menafikan kebenaran Konsep
Penciptaan.
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi
Titik kedua terpenting yang membatalkan teori Darwin ini
ialah kenyataan bahawa konsep yang
didakwa olehnya sebagai ‘mekanisme proses evolusi’ pada hakikatnya tidak memiliki sebarang impak
evolusi.
Darwin secara total mengaitkan teori evolusi terhadap
mekanisme ‘pilihan semulajadi’. Kepentingan mekanisme ini baginya jelas
terlihat di dalam The Origin of Species, by Means Natural Selection…’
Ia berasaskan kepada idea bahawa dalam persaingan untuk
kekal, hidupan yang lebih kuat dan mampu
beradaptasi dengan keadaan semulajadi akan terus kekal. Sebagai contoh, sekawan
rusa yang diancam haiwan pemangsa, rusa yang berlari dengan pantas akan terus
hidup. Dalam keadaan ini, sekumpulan rusa itu terdiri dari individu yang pantas
dan bertenaga. Tetapi sudah jelas bahawa mekanisme ini tidak menyebabkan rusa
berevolusi. Ia tidak berkuasa untuk menukar rusa menjadi spesis lain, contohnya
kuda.
Atas alasan ini, mekanisme pilihan semulajadi tidak
memiliki sebarang kuasa proses evolusi. Darwin menyedari fakta ini dan dalam The
Origin of Species terpaksa mengakui;
Pilihan semulajadi ini tidak dapat melakukan apa-apa
sehingga perbezaan individu yang berfaedah atau variasi terjadi.49
Impak Lamarck
Jadi, bagaimana ‘variasi berfaedah’ ini terjadi? Di waktu
pemahaman saintifik yang masih primitif di zamannya, Darwin menyandarkan
jawapan bagi persoalan ini kepada Lamarck. Menurut ahli biologi Perancis
Lamarck yang hidup sebelum Darwin, makhluk hidup memindahkan perubahan fizikal
yang mereka alami sepanjang hidup kepada
generasi seterusnya. Dan generasi baru yang terhasil adalah merupakan hasil
kolektif sifat-sifat yang terkumpul dari satu generasi ke generasi lain.
Sebagai contoh, dalam pandangan Lamarck, zirafah berkembang daripada kijang di
mana lehernya menjadi panjang ketika bersaing untuk mendapatkan sumber makanan
pada dahan yang tinggi dan sekaligus memindahkan sifat ini kepada generasi
seterusnya.
Darwin turut memberi contoh yang sama. Sebuah contoh yang
didakwanya dalam The Origin of Species ialah bahawa beruang-beruang yang
masuk ke dalam laut bertukar menjadi ikan paus dengan peredaran masa.. 50
Tetapi hukum pewarisan yang ditemui oleh Mendel, yang
mana telah pun dibuktikan oleh kemajuan sains di abad ke-20 ini, memusnahkan
mitos bahawa sifat yang diperolehi boleh diturunkan kepada generasi seterusnya.
Dengan ini, pilihan semulajadi merupakan satu yang tidak bererti, dan dengan
sebab itu menjadi suatu mekanisme yang tidak memberi sebarang kesan langsung.
Neo Darwinisme dan Mutasi
Dalam kekecohan bertungkus-lumus mencari penyelesaian,
penganut Darwinisme telah mengemukakan ‘Teori Sintetik Moden’, atau neo-Darwinisme
sebagai mana yang diketahui dunia pada akhir tahun 1930-an. Di samping pilihan
semulajadi, neo-Darwinisme menambah sebuah lagi mekanisme baru iaitu mutasi,
atau lebih tepatnya, kerosakan yang
terjadi di dalam gen makhluk hidup akibat kesan
pengaruh luaran seperti radiasi atau kesilapan duplikasi sebagai ‘kuasa
yang menyebabkan variasi berfaedah’.
Dan sehingga hari ini, model yang mempertahankan teori
evolusi di pentas dunia ialah neo-Darwinisme. Teori ini mendakwa bahawa jutaan
makhluk yang hidup dalam dunia adalah hasil daripada mutasi, atau pun
kecelaruan genetik di dalam organ kompleks contohnya telinga, mata, paru-paru,
kepak dan yang lain sepanjang peredaran masa. Tetapi di sana terdapat fakta
saintifik yang menolak teori ini; mutasi tidak memperbaiki hidupan, malah
merosakkan mereka.
Sebabnya adalah mudah. DNA mengandungi struktur yang
sangat kompleks. Sebarang peluang terjadinya perubahan dalam molekul akan
membawa kerosakan. Seorang pakar genetik Amerika B. G. Ranganathan
menerangkannya seperti berikut:
Mutasi adalah kecil, rawak dan merbahaya. Ia jarang berlaku dan
kemungkinan yang baik ialah ia tidak memberi kesan. Empat ciri mutasi ini
menunjukkan bahawa mutasi tidak membawa kepada perkembangan melalui proses
evolusi. Perubahan rawak dalam organisma khusus yang tinggi ialah samada tidak
berjaya atau sangat merbahaya. Perubahan sembarangan dalam jam tidak membaiki
jam itu. Ia sangat mungkin membahayakannya atau paling baik tidak memberi
apa-apa kesan. Gempa bumi tidak memperbaiki bandar, sebaliknya ia membawa
kehancuran.51
Tidak menghairankan bahawa di sana tidak terdapat
sebarang contoh yang dapat diperhatikan menunjukkan faedah mutasi. Apa yang
jelas kini ialah semua mutasi adalah membahayakan. Akhirnya disedari bahawa
mutasi yang dianggap sebagai ‘mekanisme proses evolusi’ sebenarnya adalah
sebuah insiden genetik yang hanya merosakkan dan melumpuhkan hidupan. (Mutasi
yang paling biasa dalam manusia ialah kanser). Sudah tentu mekanisme yang
merosakkan tidak mampu menjadi ‘mekanisme evolusi’. Pilihan Semulajadi yang
diakui oleh Darwin, ‘tidak dapat melakukan apa-apa dengan sendirinya’.
Kebenaran ini menunjukkan kepada kita bahawa di sana tidak wujud apa yang
dipanggil ‘mekanisme proses evolusi’ dalam alam. Dan sekiranya mekanisme proses
evolusi tidak wujud, maka zaman evolusi yang menjadi khayalan evolusionis juga
tidak harus wujud.
Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk Peralihan
Rekod fosil adalah bukti yang paling jelas bahawa
sandiwara teori evolusi ini tidak pernah berlaku. Menurut teori evolusi,
makhluk hidup berkembang dari satu sama lain. Spesis yang wujud lebih awal
bertukar menjadi bentuk lain sepanjang peredaran masa dan semua spesis timbul
melalui cara ini. Menurutnya juga, perubahan ini meliputi waktu jutaan tahun
dan digerakkan ke depan secara beransur-ansur.
Sekiranya teori ini benar, maka di sana seharusnya
terdapat jutaan ‘spesis peralihan’ yang timbul dan hidup sepanjang waktu
perubahan yang didakwa ini.
Sebagai contoh, spesis setengah ikan-setengah reptilia
seharusnya wujud di masa lalu dengan memiliki beberapa ciri-ciri reptilia
sebagai tambahan kepada ciri-ciri ikan yang sedia ada. Atau, sementara masih
memiliki ciri-ciri reptilia, mereka mesti memiliki ciri-ciri burung dan spesis
reptilia-burung seharusnya pernah wujud. Memandangkan mereka berada dalam
tempoh peralihan, maka seharusnya ada bentuk-bentuk yang lemah, tidak lengkap,
dan cacat. Para evolusionis menamakan hidupan sebegini yang mereka percaya
hidup ketika dahulu sebagai ‘spesis peralihan’.
Sekiranya spesis peralihan ini benar-benar wujud dahulu,
bilangan dan kepelbagaiannya semestinya mencecah angka berjuta-juta. Dan
tanda-tanda makhluk yang benar-benar ganjil ini seharusnya ditemui di dalam
rekod-rekod fosil. Dalam The Origin of Species Darwin menerangkannya
seperti berikut:
Jika teori saya menjadi benar, berjuta-juta spesis
peralihan yang menghubungkan secara rapat semua spesis kumpulan yang serupa
haruslah wujud secara pasti….. Ringkasnya, bukti bekas kewujudan mereka
hanya boleh ditemui di antara fosil-fosil yang tinggal.52
Harapan Darwin Yang Musnah
Meskipun kajian fosil yang dilakukan bagai hendak gila di
dalam pelbagai bidang yang bermula dari pertengahan abad 19 sehingga saat ini,
namun sebarang fosil spesis peralihan masih gagal ditemui. Semua penemuan yang
dilihat dalam kerja carigali dan penyelidikan yang dijalankan setakat ini, jauh
menunjukkan dari apa yang dijangkakan oleh para evolusionis. Sebaliknya ia
menunjukkan bahawa makhluk hidupan timbul seadanya, cukup sempurna dan amat
lengkap.
Seorang paleontologis (pakar fosil) British terkemuka
Derek W. Ager mengakui hal ini meskipun seorang evolusionis:
Hal yang timbul sekiranya kita mengkaji rekod fosil
secara terperinci, samada peringkat order atau spesis, kita akan menemui
–berulang kali- bukanlah proses evolusi beransur-ansur, sebaliknya letupan
secara tiba-tiba satu kumpulan sehingga menjejaskan yang lain.53
Ini bererti, rekod fosil mendedahkan bahawa setiap spesis
makhluk hidupan timbul secara tiba-tiba dan dalam bentuk terakhir mereka tanpa
didahului sebarang proses peralihan di antara mereka. Ini adalah tentangan yang
tepat kepada pandangan Darwin. Bahkan, ini adalah bukti yang paling kuat bahawa
makhluk hidup adalah merupakan hasil ciptaan. Kerana satu-satunya penjelasan
mengenai kewujudan hidupan yang bersifat tiba-tiba dan sempurna tanpa sebarang
leluhur sebagai titik mula evolusi ialah mereka telah diciptakan. Kebenaran ini
diterima oleh seorang evolusionis dan biologis yang terkenal, Douglas Futyama:
Penciptaan dan evolusi, di antara keduanya adalah
penjelasan mutlak yang mungkin mengenai asal usul makhluk hidup. Organisma
daratan adalah samada berkembang atau tidak. Jika berkembang, maka mereka harus
berkembang melalui spesis yang wujud lebih dahulu melalui beberapa proses
modifikasi. Sekiranya mereka timbul dalam bentuk yang sempurna secara mendadak,
mereka seharusnya mereka diciptakan oleh suatu kuasa yang bijaksana.54
Rekod fosil yang ada menunjukkan bahawa makhluk hidupan
timbul dalam dunia secara lengkap dan dalam bentuk yang sempurna. Dalam ayat
lain, 'asal usul spesis', yang
bertentangan dengan anggapan Darwin ialah hasil Penciptaan dan bukan evolusi.
Mitos Mengenai Evolusi Manusia
Perkara yang kerap dikemukakan oleh penyokong teori
evolusi ialah asal usul manusia. Pengikut Darwinisme mendakwa bahawa manusia
moden yang hidup hari ini adalah keturunan dari beberapa spesis hidupan seperti
beruk. Sewaktu period ini, yang dianggarkan lebih kurang 4-5 juta tahun lalu,
mereka mendakwa bahawa di sana wujud ‘bentuk peralihan’ di antara manusia moden
dan nenek-moyangya. Berdasarkan kepada senario imaginasi ini secara lengkap, 4
‘kategori’ asas adalah seperti berikut;:
1. Australopithecus
2. Homo habilis
3. Homo erectus
4. Homo sapiens
Para evolusionis menamakan nenek-moyang manusia yang
paling awal sebagai ‘Australopithecus’ yang bermaksud beruk selatan. Spesis ini
sebenarnya adalah sejenis spesis beruk yang telah pupus. Penyelidikan ekstensif
dan teliti yang dilakukan oleh Lord Solly Zuckerman dan Professor Charles
Oxnard, dua pakar anatomi terkenal dari Britain dan Amerika mengenai
Australopithecus telah mendapati bahawa makhluk ini sebenarnya adalah sejenis
spesis beruk yang telah pupus dan tidak mempunyai sebarang persamaan dengan
manusia.55
Para evolusionis mengklasifikasikan fasa evolusi manusia
berikutnya kepada kelas ‘homo’ atau manusia. Menurut dakwaan ini lagi, hidupan
dalam siri ‘homo’ ini adalah lebih maju berbanding Australopithecus. Evolusionis
juga menyusun fosil sisa tulang fosil makhluk yang berbeza ini sebelah
menyebelah dan menyusun rajah evolusi melalui imaginasi mereka. Gambarajah yang
terhasil ini jelasnya adalah merupakan sebuah imaginasi, kerana menurut fakta
yang sebenarnya, tidak terdapat sebarang perkaitan evolusi yang telah
dibuktikan di antara kelas-kelas yang berbeza ini. Ernst Mayr, seorang
penyokong teori yang terkenal abad-20 mengakui fakta ini dan berkata, “rantai
yang mencecah sejauh homo sapiens sebenarnya telah hilang”.56
Ketika menggambarkan gambarajah kedudukan
Australopithecus > Homo habilis > Homo erectus > Homo sapiens,
evolusionis mendakwa bahawa setiap spesis adalah merupakan leluhur kepada
spesis berikutnya. Sebaliknya, penemuan terbaru oleh seorang paleontologis
menunjukkan bahawa Australopithecus, homo Habilis dan homo Erectus pernah menetap pada masa yang sama di
bahagian yang berlainan dalam dunia.57
Bahkan, dengan menjadi kelas yang masih hidup dari homo
Erectus sehingga hari ini: Homo sapiens Neandertalensis dan Homo sapien Sapien
(manusia moden) ditemui serentak di kawasan yang sama.58
Ini sudah tentu menunjukkan pembatalan terhadap kelas
yang didakwa sebagai leluhur kepada jenis yang berikutnya. Stephen Jay Gould,
seorang dari peleontologis Universiti Harvard, sekalipun merupakan seorang
evolusionis, menerangkan dilemma teori Darwin
sebagai berikut:
Apa yang akan terjadi kepada susunan kami, jika di sana
ada tiga hominid keturunan yang tinggal bersama-sama (Australopithecus
Africanus, Robust Australopithecines, Homo Habilis), tidak jelas siapa yang
timbul dari siapa? Bahkan, tidak ada satu pun dari ketiga-tiganya mempamerekan
arah proses evolusi sewaktu kedudukan mereka di dalam dunia.59
Secara ringkasnya, pelbagai lukisan yang menghiasi media
massa atau buku teks sekolah mengenai gambaran makhluk ‘setengah
manusia-setengah monyet’, atau dalam ayat lain, sinopsis evolusi manusia yang
mereka cuba hidupkan sekadar melalui propaganda adalah merupakan suatu mitos
tanpa asas saintifik.
Meskipun juga seorang evolusionis, Lord Solly Zuckerman,
seorang saintis Britain dihormati dan terkemuka yang menjalankan kajian ke atas
hal ini selama berapa tahun dan tela melakukan 15 tahun kajian terhadap fosil
Australopithecus akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa tidak ada satu rumpun
keluarga yang nyata, berkembang dari makhluk seperti beruk yang sampai kepada
manusia.
Zuckersman juga membuat satu ‘spektrum sains’ yang
menarik. Beliau menyenaraikan ‘spektrum’ ini dari cabang ilmu pengetahuan yang
diterimanya sebagai saintifik sehingga kepada yang tidak diterimanya sebagai
saintifik. Di bawah jadual Zuckerman, yang paling saintifik atau dalam
perkataan lain, yang berdasarkan kepada keputusan yang konkrit ialah cabang
kimia dan fizik. Selepas itu barulah sains biologi dan sains sosial. Di
bahagian akhir spektrum ini, bahagian yang dianggap paling tidak saintifik
menurut Zuckerman ialah ‘persepsi luarbiasa’ – konsep seperti telepati dan
firasat - dan yang terakhir ialah evolusi manusia!!. Zuckerman menerangkan
kedudukan akhir spektrum ini sebagai berikut:
Kita kemudian bergerak ke kanan gambaran kebenaran
objektif di dalam bidang sains biologikal yang bersifat andaian seperti,
persepsi luarbiasa atau mengenai penafsiran sejarah fosil manusia, di mana bagi
evolusionis yang taat apa saja mungkin -dan di mana dengan semangat
berkobar-kobar tukang percaya (dalam evolusi) kadang-kadang boleh mempercayai
beberapa perkara bertentangan pada waktu yang sama.60
Mitos evolusi manusia jelasnya adalah merupakan tafsiran
prejudis ke atas beberapa fosil yang ditemui oleh segelintir golongan yang
meletakkan kepercayaan membabi-buta terhadap teori-teori yang mereka anuti.
Teknologi Mata Dan Telinga
Seperkara lagi yang masih kekal belum terjawab oleh teori
evolusi ialah ketinggian kualiti persepsi yang terdapat di dalam organ telinga
dan mata.
Sebelum meneruskan subjek mengenai mata, kita secara
ringkas akan menjawab persoalan berhubung ‘bagaimana kita melihat’. Sinaran
cahaya yang datang dari objek jatuh ke atas retina mata. Di sini, sinaran
cahaya akan ditukar menjadi isyarat elektrik melalui beberapa jenis sel dan
akhirnya sampai ke titik kecil di belakang otak yang dipanggil pusat
penglihatan. Isyarat elektrik ini dirasakan sebagai sebuah imej di pusat otak
setelah melalui berapa siri proses.
Dengan latar belakang teknikal ini, mari kita fikirkan
sejenak.
Otak merupakan organ yang kalis dari cahaya. Ini bermakna
bahagian dalam otak adalah sangat gelap dan cahaya tidak dapat sampai ke
bahagian di mana otak terletak. Bahagian yang dipanggil pusat penglihatan
merupakan tempat yang sangat gelap di mana cahaya tidak dapat sampai kepadanya.
Ia mungkin tempat yang paling gelap pernah diketahui. Akan tetapi, manusia
melihat suasana terang benderang dan dunia yang berkilau-kilau dari pusat kegelapan
ini.
Imej yang terbentuk di dalam mata adalah tajam dan jelas
bahkan teknologi abad ke-20 gagal untuk menirunya. Sebagai contoh, lihat pada
buku ini, kemudian dongakkan kepala dan
perhatikan sekeliling. Pernahkah anda melihat imej seperti ini ketika melihat
tempat lain? Walaupun skrin televisyen yang dihasilkan oleh pengeluar
televisyen terhebat di dunia juga tetap gagal untuk menandingi imej seumpama
ini, iaitu sebuah imej yang bersifat tiga-dimensi, berwarna dan mempunyai
ketajaman yang tinggi. Untuk selama lebih seratus tahun, beribu-ribu jurutera
berusaha dengan gigh untuk menghasilkan imej dengan ketajaman seperti ini.
Kilang-kilang, premis besar telah didirikan, banyak kajian telah dibuat,
perancangan dan rekaan dilaksanakan untuk tujuan ini. Sekali lagi, lihat di
skrin televisyen dan buku yang berada di tangan. Anda akan dapati di sana ada
perbezaan besar dari sudut ketajaman dan kejelasan. Malahan, skrin televisyen
hanya memaparkan imej dua dimensi, sebaliknya melalui mata, anda melihat perspektif mendalam dengan imej tiga
dimensi.
Selama berpuluh-puluh tahun, berpuluh ribu jurutera
berusaha menghasilkan televisyen tiga dimensi untuk menyamai kualiti
penglihatan seperti mata. Memang benar, mereka telah membuat sistem televisyen
dengan tiga dimensi tetapi ia tidak mungkin dapat dilihat tanpa meletakkan
bongkah kaca; dan lagi ia hanyalah sekadar imej tiga dimensi yang palsu. Latar
belakangnya lebih kabur dan latar depannya timbul seperti latar kertas. Jauh
sekali untuk menghasilkan penglihatan yang tajam dan jelas seperti mata. Dalam
kamera dan televisyen di sana terdapat imej berkualiti rendah.
Evolusionis mendakwa bahawa mekanisme yang menghasilkan
imej yang tajam dan jelas ini terbentuk secara kebetulan. Sekarang, sekiranya
seorang datang memberitahu bahawa televisyen di ruang bilik anda terhasil
secara kebetulan, bahawa seluruh zarah-atomnya secara mendadak berhimpun dan
membentuk alat yang menghasilkan imej ini, apa yang akan anda fikir? Bagaimana
hanya sekadar atom mampu melakukan apa yang gagal dihasilkan oleh beribu-ribu
manusia?
Sekiranya alat yang menghasilkan imej yang rendah
kualitinya berbanding mata tidak terjadi secara kebetulan, maka jelaslah bahawa
mata dan imej yang dihasilkan melalui keduanya adalah lebih logik dan rasional
tidak terjadi secara kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku di telinga.
Bahagian telinga luar menerima bunyi di dalam aurikel dan membawa bunyi itu ke
bahagian telinga tengah; bahagian tengah telinga menukarkan getaran bunyi itu
dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan
menukarkannya menjadi isyarat elektrik. Sepertimana juga mata, tindakan
mendengar ini berakhir di pusat pendengaran di otak.
Situasi di mata juga benar untuk telinga. Otak adalah
kedap dari sebarang bunyi seperti mana juga kalis dari cahaya; ia tidak
membenarkan sebarang suara masuk ke dalamnya. Dengan itu, bagaimana bising di
luar sekalipun, bahagian dalam otak adalah dalam keadaan yang amat sunyi.
Namun, bunyi yang paling nyaring tetap dirasakan di otak. Di dalam otak yang
kedap dari sebarang bunyi, kita mendengar simfoni sebuah orkestra dan mendengar
suara riuh-rendah di tempat yang sesak. Akan tetapi, jika kadar bunyi dalam
otak diukur melalui alat pengukur yang tepat pada suatu ketika, didapati bahawa
keadaan di dalamnya adalah sangat terasing dan senyap-sunyi.
Seperti dalam kes pengimejan, usaha berdekad-dekad juga
dirintis untuk mereka-bentuk dan menghasilkan sistem bunyi yang serupa seperti
yang asli. Hasil dari usaha ini, pelbagai alat seperti perakam suara, sistem
ketepatan-tinggi dan sistem pengesan suara telah berjaya dihasilkan. Di sebalik
semua peralatan teknologi dan ribuan jurutera serta pakar yang mengorbankan
tenaga dan masa dalam usaha ini, sehingga kini tidak terdapat sebarang bunyi
yang dihasilkan berjaya menandingi kualiti ketajaman dan kejelasan yang sama
seperti bunyi yang didengar oleh telinga. Cuba lihat kepada sistem HI-FI dengan
kualiti yang hebat dihasilkan oleh pelbagai syarikat gergasi dalam industri
muzik. Bahkan dalam alat ini, ketika suara dirakamkan, setengah darinya hilang
atau mendengar bunyi desisan sebelum lagu bermula. Bagaimanapun, bunyi yang
dihasilkan oleh teknologi tubuh manusia adalah lebih tajam dan jelas. Telinga
manusia tidak pernah menerima sesuatu bunyi yang diiringi dengan bunyi desisan
atau bunyi seperti gangguan pemancar; telinga menerima bunyi persis dengan
bunyi yang asli, tajam dan jelas. Beginilah keadaannya sejak manusia pertama
kali diciptakan ke dunia.
Setakat ini, tidak ada alat visual atau perakam yang
dihasilkan begitu sensitif dan berjaya menerima data sensori seperti mana organ
telinga dan mata.
Bagaimanapun, sejauh mana yang berkaitan dengan
penglihatan dan pendengaran, suatu fakta yang lebih hebat terselindung di
sebalik semua ini.
Milik Siapakah Kesedaran Melihat dan
Mendengar yang Terdapat Dalam Otak
Apakah entiti sebenarnya yang melihat segala macam godaan
dunia dalam otaknya, yang mendengar simfoni lagu, yang bermain dengan burung
dan yang menghidu haruman sekuntunm bunga mawar?
Rangsangan yang datang dari mata, telinga dan hidung
manusia bergerak ke otak sebagai impuls saraf elektrokimia. Dalam buku biologi,
psikologi dan biokimia, kita menemui banyak keterangan tentang pembentukan imej
ini di dalam otak. Bagaimanapun, kita tidak dapat menjangkau fakta penting
mengenai perkara ini; Siapakah sebenarnya yang merasai impuls saraf
elektrokimia ini sebagai suatu imej, bunyi, bau dan peristiwa sensori di dalam
otak? Di sana terdapat satu sifat yang sedar di dalam otak yang menerima semua
ini tanpa merasa sebarang pergantungan kepada mata, telinga dan hidung.
Siapakah pemilik kesedaran ini? Tidak diragui lagi bahawa kesedaran ini bukan
dimiliki olah saraf-saraf, lapisan lemak atau neuron yang terdapat di dalam
otak. Ini adalah sebab mengapa penganut Darwinis-materialis yang percaya akan
kewujudan mutlak materi gagal untuk menjawab persoalan ini.
Sifat sedar ini ialah roh yang diciptakan oleh Allah. Roh
tidak memerlukan mata untuk melihat imej juga tidak telinga untuk mendengar
bunyian. Bahkan tidak memerlukan otak untuk berfikir.
Mereka yang mengkaji fakta yang tersirat dan saintifik
ini pasti akan diliputi rasa takjub akan kebesaran Allah sekaligus kembali
berserah kepada-Nya. Dia-lah yang mengeluarkan alam semesta tiga-dimensi,
berwarna-warni dan berkilauan di dalam tempat yang gelap-gelita sebesar
beberapa kubik sentimeter.
Kepercayaan Materialis
Keterangan yang telah kami persembahkan sejauh ini
menunjukkan bahawa teori evolusi adalah sebuah dakwaan yang secara terbuka
bertentangan dengan kebenaran fakta saintifik. Dakwaannya berhubung dengan asal
usul kehidupan yang berselindung di balik wajah sains dan mekanisme evolusi
yang dikemukakannya tidak sedikit pun mempunyai impak untuk mencetus proses
evolusi dan begitu juga dengan rekod-rekod fosil yang merupakan asas penting
evolusi pada hakikatnya adalah tidak wujud. Dalam kes ini, teori evolusi
tersadai sebagai idea yang bertentangan dengan sains. Sebagai satu kebenaran,
banyak idea dan teori yang dilontar masuk, contohnya model evolusi, ke dalam
dunia sepanjang sejarah yang telah dibatalkan dari agenda saintifik..
Tetapi teori evolusi ini, melalui perancangan yang teliti
dan licik telah berjaya dikekalkan sebagai salah satu agenda saintifik.
Setengah orang bahkan cuba menggambarkan kritikan yang ditujukan terhadap teori
ini sebagai ‘serangan ke atas sains’, tetapi kenapa?
Puncanya ialah bagi setengah orang, teori evolusi adalah
merupakan kepercayaan dogmatik yang mustahak. Golongan ini berkeras degil
mempertahankan falsafah materialisme dan terpengaruh dengan Darwinisme sebagai
satu-satunya penjelasan mutlak tentang alam material.
Mereka kadang-kadang secara terbuka mengakuinya. Richard
Lewontin, seorang pakar genetik terkenal
dari Universiti Harvard dan pada masa yang sama seorang evolusionis terkemuka
mengakui bahawa beliau adalah, “pertama materialis, kemudian saintis” dalam
perenggan ini:
Bukanlah kaedah dan institusi sains yang memaksa kita
mengakui penjelasan material mengenai fenomena dunia, tetapi sebaliknya, kita
didesak oleh kesetiaan tertinggi terhadap kuasa material untuk merintis
alat-alat pengkajian dan merangka konsep yang membuahkan penerangan bersifat
kebendaan, tidak kira betapa sekali pun bertentangan dengan intuisi, tidak kira
betapa menghairankan untuk diterima. Dan lagi, materialisme adalah mutlak, maka
kita tidak membenarkan jejak Tuhan berdiri di depan pintu.61
Kenyataan ini adalah jelas bahawa Darwinisme adalah suatu
dogma yang dihidupkan demi falsafah materialisme. Dogma ini menganggap bahawa
tidak ada yang wujud melainkan yang bersifat kebendaan. Atas alasan ini, ia
percaya bahawa unsur bukan hidupan, iaitu zat tanpa sifat sedar adalah kuasa
yang bertanggungjawab mencipta kehidupan. Ia mengakui bahawa jutaan spesis
hidupan seperti burung-burung, ikan, zirafah, harimau, serangga, pokok,
bunga-bunga, ikan paus timbul dari kesan yang sama seperti yang terdapat di
dalam benda tidak bernyawa. Atau pun dalam perkataan lain hujan dan petir. Ini
adalah benar-benar bertentangan dengan akal dan fakta sains. Tetapi golongan Darwinis
terus mempertahankan kepercayaan ini sebagai usaha untuk ‘tidak membenarkan
kaki Tuhan berdiri di depan pintu’.
Mereka yang melihat asal usul hidupan tanpa sebarang
prejudis materialisme akan mengakui hakikat kebenaran ini di lubuk hatinya;
Setiap yang hidup adalah hasil kerja Pencipta yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui
dan Maha Bijaksana. Pencipta ini adalah Allah s.w.t yang menciptakan seluruh
alam semesta daripada tiada, yang menghias di dalamnya dengan cara yang paling
sempurna, yang mencipta dan memberikan bentuk kepada semua makhluk hidupan.
Teori Evolusi Merupakan Sihir Paling Bahaya
Bagi individu
yang bebas dari sebarang prasangka dan pengaruh ideologi tertentu, yang mampu
memanfaatkan akal fikiran dengan baik, pastinya akan memahami dengan jelas
bahawa kepercayaan di dalam teori evolusi yang membawa kekarutan ke dalam minda
masyarakat dan peradaban manusia yang tidak memiliki pengetahuan sains adalah
suatu yang sangat mustahil.
Seperti mana
yang telah dijelaskan, bagi mereka yang percaya kepada teori evolusi
beranggapan bahawa hanya semata-mata longgokan atom dan molekul mampu membentuk
manusia terpelajar yang mampu berfikir dan menghayati umpamanya golongan
cendekiawan seperti Einstein dan Galileo, atau golongan seniman seperti Humphrey
Bogart, Frank Sinatra dan Luciano Pavarotti; demikian juga alam haiwan dan
tumbuhan seperti rusa dan pohon limau. Apa yang lebih, sementara golongan
saintis dan profesor yang percaya kepada kekarutan ini adalah merupakan
golongan terpelajar, maka adalah suatu yang wajar untuk bercakap mengenai teori
ini sebagai “sihir paling bahaya di
dalam sejarah”. Belum pernah sebelum ini suatu kepercayaan atau idea yang
begitu menyesatkan manusia sehinggakan daya fikir dan rasional manusia
seolah-olah dibelenggu bahkan dihalang dari mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Ia jauh lebih buruk dan menghairankan jika dibandingkan dengan kesesatan
masyarakat Mesir yang menyembah Tuhan Matahari, penyembahan berhala di Afrika,
Kaum Saba’ yang menyembah matahari, kaum Nabi Ibrahim a.s yang menyembah
patung-patung hasil buatan tangan mereka sendiri, atau pun kaum Nabi Musa a.s
yang menyembah patung Lembu Emas.
Sesungguhnya,
Allah telah pun menyatakan tentang kerosakan akal fikiran seperti ini di dalam
banyak ayat Al-Qur'an. Antaranya menyatakan bahawa akal fikiran manusia akan
tertutup sehinggakan mereka tidak mampu melihat kebenaran:
Sesungguhnya orang-orang kafir
itu, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi peringatan atau pun tidak
memberi peringatan, mereka tetap tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati
dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka ada
siksa yang amat berat. (Surah Al-Baqarah:
6-7)
...mereka mempunyai hati, tetapi
tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak tidak dipergunakan untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat,
merekalah di antara orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raaf: 179)
Dan jika seandainya Kami
membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka
terus menerus naik ke atasnya. Tentulah mereka berkata: “Sesuungguhnya
pandangan kami telah dikaburkan, bahkan kami adalah orang-orang yang disihir”
(Surah Al-Hijr: 14-15)
Daya
pukau sihir evolusi yang mengejutkan ini dengan mencengkam seluruh masyarakat
di dalam kebingungan, menjauhkan mereka dari kebenaran bahkan kekal demikian
untuk selama 150 tahun amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sekiranya
kepercayaan ini hanya melibatkan segelintir orang yang mempercayai sandiwara
tidak masuk akal dan dakwaan yang jelas tidak wajar, maka ia adalah suatu yang
dapat difahami. Akan tetapi, “sihir” adalah satu-satunya gambaran yang dapat
menjelaskan situasi di mana sebahagian besar manusia di seluruh dunia secara bersama mempercayai bahawa
atom-atom kaku dan tidak bernyawa secara tiba-tiba berinteraksi membentuk alam
semesta yang mempunyai suatu sistem organisasi tanpa sedikit cacat-cela, sangat
tersusun dan memiliki nilai kewarasan yang sangat kukuh. Atom-atom tersebut
juga dikatakan turut membentuk planet Bumi yang mempunyai ciri-ciri yang sangat
sesuai untuk sebuah kehidupan secara kebetulan, di samping turut mencipta
jutaan makhluk-makhluk hidup yang mempunyai sistem yang sangat kompleks.
Sebenarnya, Allah telah pun mewahyukan di dalam
Al-Quran tentang peristiwa yang terjadi di antara Nabi Musa a.s. dan Firaun.
Golongan yang menyokong fahaman Ateis (tidak mempercayai kewujudan Tuhan)
sebenarnya telah mempengaruhi yang lain dengan menggunakan daya pukau sihir.
Apabila Firaun diberitahu tentang agama yang sebenar-benarnya, dia menyuruh
Nabi Musa a.s. untuk bersemuka dengan ahli-ahli sihirnya. Nabi Musa a.s.
menurut arahan Firaun itu, dan menyuruh ahli-ahli sihir itu untuk menunjukkan
kebolehan mereka terlebih dahulu. Ayat seterusnya berbunyi:
Musa menjawab: “Lemparkanlah
(terlebih dahulu)!” Maka tatkala mereka melemparkannya, mereka melemparkan
sihir kepada mata orang ramai dan menyebabkan mereka sangat takut, serta mereka
mendatangkan sihir yang sangat menakjubkan. (Surah Al-A’raaf: 116)
Seperti
yang jelas terlihat, ahli-ahli sihir Firaun berupaya menipu semua yang hadir
kecuali Nabi Musa a.s. dan mereka yang beriman. Walau bagaimanapun, kebenaran
yang dimiliki oleh Nabi Musa a.s. berjaya menghancurkan sihir tersebut, dengan
“menelan segala apa yang mereka keluarkan” sebagaimana yang telah dikisahkan di
dalam ayat berikut:
Dan Kami mewahyukan kepada Musa,
“Lemparkan tongkatmu!”. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan segala apa
yang mereka keluarkan. Maka nyatalah yang benar dan apa yang mereka lakukan
adalah salah. (Surah Al-A’raaf: 117-119)
Seperti yang dapat difahami melalui ayat-ayat di
atas, orang-orang yang berada di situ akhirnya menyedari kesalahan dan tipu
daya sihir di saat menyedari bahawa sihir yang dihasilkan oleh ahli-ahli sihir
Firaun hanyalah sekadar ilusi. Dengan mengkiaskan pada situasi hari ini, mereka
yang masih dikekang dengan pengaruh sihir yang serupa pasti akan berasa malu
setelah menyedari akan kebenaran yang hakiki dan di saat kuasa sihir tersebut
dimusnahkan kecuali bagi mereka yang benar-benar memahami bahawa
dakwaan-dakwaan teori evolusi pada hakikatnya adalah sekadar bertopengkan sains
dan sekaligus berhenti dari terus mempertahankannya. Sebenarnya, Malcolm
Muggeridge, seorang ahli falsafah ateis yang juga merupakan seorang penyokong
evolusi telah pun menyuarakan kebimbangannya:
Saya sendiri yakin bahawa teori evolusi,
terutamanya dalam hal-hal yang telah diaplikasikan, akan menjadi satu jenaka
paling lucu di dalam buku-buku sejarah di masa hadapan. Generasi akan datang
pasti terkejut setelah mengetahui bagaimana satu hipotesis yang tidak kukuh dan
sangat meragukan dapat diterima dengan begitu mudah.62
Masa depan telah pun begitu hampir: Sebaliknya
manusia akan menyedari bahawa “kuasa kebetulan” bukanlah tuhan, dan akan
menyedari hakikatnya teori evolusi merupakan satu penipuan terbesar dan sihir
paling bahaya yang pernah wujud di dunia. Usaha menolak dan membanteras kuasa
sihir ini secara konsisten adalah menjadi tanggungjawab setiap individu di
seluruh dunia. Mutakhir ini, timbul satu pertanyaan yang jelas dari mereka yang
telah menyedari hakikat sebenar teori evolusi: bagaimanakah ia mampu
menyesatkan mereka selama ini.
Mereka menjawab: Maha Suci Engkau!!
Tidaklah kami mengetahu sesuatu melainkan
apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya
Engkau maha mengetahui lagi maha bijaksana.
Surah al-Baqarah: 32
Tiada ulasan:
Catat Ulasan