السلام عليكم
Amanat Terakhir Rasulullah SAW
.
Nabi
Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam telah melakukan ibadah Haji yang terakhir
pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga berlakunya peristiwa Haji
Wida’ di Lembah Uranah, Bukit Arafah.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah
menyampaikan khutbah atau amanat terakhirnya di hadapan sekumpulan besar
kaum Muslimin yang kandungannya penuh dengan nilai akhlak dan persaudaraan.
Seharusnya kita yang mengaku menyayangi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mengambil peringatan dan sekaligus mengamalkan
pesanan istimewa Baginda tersebut.
.
Amanat
penting yang terangkum dalam khutbah perpisahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seperti berikut:
.
Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku
katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari
ini.
· Wahai manusia sekalian! Sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
· Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
· Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil. Sesungguhnya syaitan itu masih terus berusaha (untuk
mengganggu kamu) dengan cara yang lain. Syaitan akan puas jika kamu
sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh kerana itu hendaklah kamu
menjaga agamamu dengan baik.
· Takutlah kepada Allah SWT dalam bersikap
kepada wanita, kerana kamu telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan
amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu sekalian.
· Wahai manusia sekalian! Sebagaimana kamu
mempunyai hak (kewajipan) atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai
kewajipan atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan kewajipan mereka ke atas
kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang.
· Layanilah wanita-wanita (hamba) kamu
dengan baik! Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan
berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai dan berlemah
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina. Jika mereka melakukan suatu kesalahan yang tidak boleh kamu
maafkan, maka pulangkanlah hamba tersebut dan janganlah kamu menyeksa mereka.
· Wahai manusia sekalian! Dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali
sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu
dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
· Ketahuilah kamu sekalian, bahawa setiap
Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama,
tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
amal soleh. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri.
Ya Allah, sudahkah aku menyampaikan mesej ini kepada
mereka?
· Ingatlah bahawa kamu akan menemui dan
mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang
telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
· Wahai manusia sekalian! Tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah disampaikan kepada kamu.
· Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu
dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
· Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar
ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah
orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya.
Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami
kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini.
.
Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang kau, maka
apakah yang akan kamu katakan?
Semua
yang hadir menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah
menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menyampaikan amanah, dan telah
memberikan nasihat.”
Sambil
menunjuk ke langit, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian bersabda; Saksikanlah Ya Allah! Bahawasanya aku telah sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
.
(HR. Bukhari dan Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan