Isnin, 28 Januari 2013

PANDUAN SOLAT SUNAT

 SOLAT WITIR



SOLAT WITIR

 اَلْوِتْرَ(Al-witir) secara bahasa bermaksud jumlah yang ganjil seperti sekali, tiga kali, lima kali dan seterusnya. Ianya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
Maksudnya:
Dan Dia (yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa)  dan mencintai yang ganjil.– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Da’waat, no: 6410.

Al-Witir secara syarak bermaksud solat sunat yang dikerjakan di antara solat Isyak hingga munculnya fajar yakni masuknya waktu subuh dan ianya menjadi penutup bagi solat malam. Ianya digelarkan sebagai al-Witir kerana jumlah rakaatnya adalah ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan seterusnya. Solat Witir ini tidak boleh dikerjakan dalam jumlah rakaat yang genap.


v  DALIL DISYARIATKAN

Solat Witir merupakan solat yang diutamakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggakan baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaannya walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang menunjukkan sabitnya anjuran untuk mengerjakan solat Witir ini begitu banyak. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menekankan perlaksanaan solat Witir ini sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan  solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

Berkenaan hukum melaksanakan solat Witir ini jumhur ulamak daripada para sahabat, tabi’in dan generasi setelahtabi’in berpendapat ianya adalah sunat mu’akkadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda bersabda:

ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ

فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ...

Maksudnya:
Serulah kepada mereka (yakni penduduk Yaman) kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah dan apabila mereka telah taat atas perkara ini maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Zakaah, no: 1395.

Menerusi hadis ini dapat kita simpulkan bahawa solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah solat lima waktu sehari semalam. Maka solat-solat selain itu termasuk solat Witir ini hanya termasuk dalam perkara tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya:
Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415


v  KEUTAMAANNYA

Allah Subhanahu wa Ta’ala amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali radhiallahu’ anhdi berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.

Maksudnya:
Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalamSunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1207

Solat Witir juga merupakan sebahagian dari solat malam dan sebagaimana yang kita telah sedia maklum solat malam ini merupakan sebaik-baik solat setelah solat fardu dan ianya memiliki banyak keutamaan yang telah penulis paparkan ketika membicarakan bab Keutamaan Solat Tahajjud. Silalah rujuk ke sana.


v  TATACARA PERLAKSANAAN SERTA HUKUM-HUKUM BERKAITAN

q  Waktu Didirikan Solat Witir
Solat Witir boleh didirikan setelah mengerjakan solat Isyak sehinggalah sebelum terbitnya fajar. Daripada ‘Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu’ anha, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلاَةِ الْعِشَاءِ

وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ إِلَى الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ

فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ

ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلإِقَامَةِ.

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa mengerjakan solat sebelas rakaat pada waktu di antara selesai solat Isyak iaitu suatu waktu yang orang-orang disebut sebagai ‘atamah (sampai subuh) sebanyak sebelas rakaat, dengan salam setiap dua rakaat dan mengerjakan solat Witir satu rakaat. Apabila muadzdzin telah berhenti mengumandangkan azan solat Subuh, sudah nampak jelas pula fajar olehnya, dan baginda juga sudah didatangi oleh muadzdzin, baginda segera berdiri dan mengerjakan dua rakaat ringan kemudian berbaring ke sisi kanannya sehingga datang muadzdzin kepada baginda untuk mengumandangkan iqamah. - Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.

Namun begitu waktu yang afdal untuk mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Daripada ‘Aisyah, dia berkata:

كُلَّ اللَّيْلِ أَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحَرِ
Maksudnya:
Setiap malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat witir dan berakhir sampai waktu sahur. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 996

Apatah lagi terdapat satu waktu pada sepertiga malam itu di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia dan akan memperkenankan doa dan permintaan serta memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya.. Sabda Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145.

Namun demikian sekiranya seseorang itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah dia mengerjakannya sebelum tidur. Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ

وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ.

Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 755.

Sekiranya telah mengerjakan solat Witir pada awal malam iaitu sebelum tidur, tetapi seseorang itu terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia tidak boleh melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya:
Tidak ada dua Witir dalam satu malam. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227.

Namun demikian diperbolehkan baginya untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain kerana diperbolehkan untuk mengerjakan solat sunat walaupun telah mendirikan solat Witir. Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:

Siapa yang Witir pada awal malam kemudian terbangun pada akhir malam maka solatlah secara genap tanpa ada witir. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijirsi, Mukhtasar al-Fiqhi al-Islami, ms. 712,

q  Jumlah Rakaat Solat Witir
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum solat Witir mempunyai jumlaah rakaat yang ganjil. Menerusi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita dapati terdapat variasi jumlah rakaat yang dilaksanakan oleh baginda

PERTAMA: Solat Witir dengan hanya satu rakaat. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umarradhiallahu’ anhuma, dia berkata:

إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.

قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.

Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri


KEDUA: Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 
  1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

 

Rakaat Ketiga

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
  1. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhudTasyahhudsolat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witirtiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.

Melalui hadis di atas kita juga dapat mengetahui bahawa setelah selesai solat witir baginda membaca zikirسُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ (Maha suci Tuhan Raja yang Kudus).

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga

 

Rakaat Ketiga

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

KETIGA: Solat Witir dengan lima rakaat dengan satu tasyahhud pada rakaat yang terakhir. Tatacara ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً

يُوتِرُ مِنْ ذَلِكَ بِخَمْسٍ لاَ يَجْلِسُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ فِي آخِرِهَا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjalankan solat pada malam hari tiga belas rakaat, baginda berwitir lima rakaat dan tidak duduk (untuk tasyahhud) kecuali pada akhir rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 737.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima

 

Rakaat Kelima

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Namun begitu terdapat juga pendapat bahawa solat Witir lima rakaat boleh dilaksanakan dengan melaksanakan dua rakaat lalu salam, dua rakaat lagi lalu salam dan diakhirkan dengan satu rakaat dan salam. Tatacara ini adalah bersandarkan keumuman lafaz dalam hadis daripada  ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:

إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.

قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.

Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.

KEEMPAT: Solat Witir dengan tujuh rakaat dengan membaca tasyahhud pada rakaat ketujuh. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:

فَلَمَّا سَنَّ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَخَذَهُ اللَّحْمُ أَوْتَرَ بِسَبْعٍ

Maksudnya:
…Setelah Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat…- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.

Menerusi hadis yang diriwayatkan Imam al-Nasa’i pula disebutkan:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَمَّا أَسَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

وَأَخَذَ اللَّحْمَ صَلَّى سَبْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَقْعُدُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ...
Maksudnya:
Daripada ‘Aisyah dia berkata: Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat dan baginda tidak duduk (tahiyyat) kecuali di akhir rakaat… - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaam al-Lail wa Tathawwu’ al-Nahaar, no: 1699.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima

Rakaat Kelima
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keenam

Rakaat Keenam
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketujuh

 

Rakaat Ketujuh

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ada juga yang berpendapat solat Witir tujuh rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan mengerjakan solat dua rakaat sebanyak tiga kali dan diakhiri dengan solat satu rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.

KELIMA: Solat Witir sebanyak sembilan rakaat dengan dua tasyahhud yakni tasyahhud awal pada rakaat kelapan dantasyahhud akhir pada rakaat kesembilan. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:

وَيُصَلِّي تِسْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَجْلِسُ فِيهَا إِلاَّ فِي الثَّامِنَةِ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ

ثُمَّ يَنْهَضُ وَلاَ يُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّ التَّاسِعَةَ

ثُمَّ يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ

ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
(Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sekiranya bersolat Witir) sembilan rakaat baginda tidak duduk (untuk tasyahhud awal) kecuali pada rakaat kelapan. Kemudian baginda memanjatkan pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, berzikir dan berdoa (membaca tasyahhud). Setelah itu baginda bangkit dengan tidak mengucapkan salam. Selanjutnya baginda mengerjakan rakaat kesembilan lalu duduk dan berzikir kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa, serta berdoa (membaca  tasyahhud akhir) kemudian mengucapkan salam yang terdengar oleh kami. Setelah itu baginda mengerjakan solat dua rakaat… - Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga

Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat

Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima

Rakaat Kelima
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keenam

Rakaat Keenam
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketujuh

Rakaat Ketujuh
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelapan

 

Rakaat Kelapan

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat awal
3)      Bangun untuk rakaat kesembilan

 

Rakaat Kesembilan

1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)       Duduk untuk tahiyyat akhir
3)       Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Ada juga yang berpendapat solat Witir sembilan rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan mengerjakan solat dua rakaat sebanyak empat kali dan diakhiri dengan solat satu rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umarradhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.

q  Membaca Qunut Dalam Solat Witir
Kadangkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca qunut dalam solat Witir. Qunut adalah nama bagi perbuatan untuk berdoa dalam solat pada tempat yang tertentu ketika berdiri. Dalil disyariatkan membaca qunut dan lafaz doa qunut ketika solat Witir adalah:

عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فِي الْوِتْرِ قَالَ

قُلْ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ 

وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ

(وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَتَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ.
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali radhiallahu’ anh, bahawa dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat Witir, iaitu Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan, Selamatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang telah Engkau pelihara. Berikanlah berkat dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi (dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi). Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. Dan semoga Allah tetap memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 426. (tambahan dari riwayat Abu Daud, Kitab al-Solat, no: 1214)

Qunut ketika solat Witir dibaca pada rakaat yang terakhir setelah membaca surah dan sebelum rukuk. Dalilnya adalah sebuah  riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ يُوتِرُ فَيَقْنُتُ قَبْلَ الرُّكُوعِ.
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan Witir lalu membaca qunut sebelum rukuk. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Sholaah was Sunnah Fiiha, no: 1182.

Adalah disunatkan untuk membaca qunut dalam solat Witir ini pada malam-malam lima belas terakhir pada bulan Ramadan dan ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’i rahimahullah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pandangan ini adalah bersandarkan riwayat daripada Abu Dawud bahawa ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh mengumpulkan orang ramai untuk bersolat (tarawih) jemaah dengan berimamkan kepada Ubai bin Ka’ab radhiallahu 'anh. Selama dua puluh hari Ubai menjadi imam kepada mereka dan tidak pernah mengerjakan qunut melainkan pada pertengahan akhir pada bulan Ramadan. – Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 2, ms. 37-38.

* Tatacara mengerjakan doa qunut dalam solat Witir.

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat ke terakhir

 

Rakaat Ketiga

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Membaca Doa Qunut
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri

q  Cara Menqadha Solat Witir
Apabila seseorang tertinggal mengerjakan solat Witir disebabkan perkara-perkara yang valid seperti tertidur atau terlupa maka ianya boleh diqadhakan ketika tersedar. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ نَامَ عَنْ وِتْرِهِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُصَلِّهِ إِذَا ذَكَرَهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa tertidur atau lupa sehingga tidak mengerjakan solat Witir, hendaklah dia mengerjakannya ketika dia teringat. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1431.

Ulamak berbeza pendapat tentang kadar waktu yang dibenarkan untuk mengqadhakan solat Witir. Hadis di atas secara umum menyebutkan bahawa ianya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja pada hari itu ketika teringat. Hanya sahaja yang afdal adalah ianya dikerjakan pada waktu di antara Subuh dan sebelum Zuhur agar mendapat pahala yang menyamai jika dikerjakan pada malam hari. Ini adalah kerana telah diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khatthabradhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ

كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang tertidur sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam atau membaca al-Qur’an pada malam hari (padahal dia sudah berniat untuk mengerjakannya), kemudian dia mengerjakan pada waktu di antara Subuh dan Zuhur, nescaya akan dicatatkan untuknya seolah-olah dia telah mengerjakannya pada malam hari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 747.

Namun begitu sekiranya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengqadhakan solat malamnya pada siang hari baginda akan menggenapkannya dari sebelas rakaat menjadi dua belas rakaat. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَمِلَ عَمَلاً أَثْبَتَهُ

وَكَانَ إِذَا نَامَ مِنْ اللَّيْلِ أَوْ مَرِضَ صَلَّى مِنْ النَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً.
Maksudnya:
…Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengerjakan sesuatu solat baginda suka untuk mengerjakannya secara berterusan. Apabila baginda tertidur atau sakit sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam baginda mengerjakan solat pada siang harinya sebanyak dua belas rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.

Oleh itu bagi sesiapa yang solat Witirnya secara kebiasaanya dikerjakan sebanyak satu rakaat maka apabila diqadha pada siang hari ianya dikerjakan sebanyak dua rakaat dan tiga rakaat menjadi empat rakaat dan seterusnya.

q  Bolehkah Mengerjakan Solat Sunat Setelah Solat Witir
Sebagaimana yang telah sedia maklum solat Witir dianggap penutup bagi solat malam. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat Witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.

Rentetan dari hadis di atas ada yang beranggapan tidak boleh lagi melaksanakan solat sunat setelah mengerjakan solatWitir. Namun begitu tanggapan ini dapat dibantah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat sunat setelah mengerjakan solat Witir. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:

صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ صَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ وَرَكْعَتَيْنِ جَالِسًا

وَرَكْعَتَيْنِ بَيْنَ النِّدَاءَيْنِ وَلَمْ يَكُنْ يَدَعْهُمَا أَبَدًا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat dengan duduk serta dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara dua seruan (yakni azan dan iqamah). Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan kedua rakaat (Qabliyah Subuh) tersebut – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1159

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah walaupun dalam riwayat di atas tidak menyebutkan tentang solat Witir namun hal ini diperjelaskan melalui riwayat al-Laits dengan lafaz:

كَانَ يُصَلِّي بِثَلاَث عَشْرَة رَكْعَة تِسْعًا قَائِمًا وَرَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِس
Maksudnya:
Baginda solat tiga belas rakaat, sembilan rakaat dengan berdiri dan dua rakaat dengan duduk. – RujukFathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, jilid 6, ms. 314.

Dalam riwayat Imam Muslim kita akan gambaran yang lebih jelas akan hal ini.

Daripada Abi Salamah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha tentang solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dia menjawab:

كَانَ يُصَلِّي ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ يُوتِرُ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ

فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ قَامَ فَرَكَعَ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ بَيْنَ النِّدَاءِ وَالإِقَامَةِ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ.

Bahawasanya baginda bersolat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda solat lapan rakaat kemudian (mengerjakan solat) Witir, kemudian solat dua rakaat sambil duduk, apabila hendak rukuk, baginda berdiri lalu rukuk, kemudian baginda solat dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara azan dan iqamah solat Subuh. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 738.

Seterusnya hal ini diperkuatkan lagi dengan riwayat di bawah:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّيهِمَا بَعْدَ الْوِتْرِ وَهُوَ جَالِسٌ

يَقْرَأُ فِيهِمَا إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
Daripada Abi Umamah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat dua rakaat setelah mengerjakan solat witir dengan duduk dan baginda membaca ‘Idza zul zilztil ardhu’ dan ‘Qul yaa ayyuhal kaafiruun’.– Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 21216.

Hanya sahaja Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak berterusan dalam melaksanakan solat dua rakaat setelah Witirtersebut. Solat dua rakaat setelah Witir itu boleh dianggap sebagai solat untuk menyempurnakan kekurangan yang mungkin ada ketika melaksanakan solat Witir tersebut. Ibnu Qayyim rahimahullah memperjelaskan:

Sebahagian orang ada yang merasa musykil dengan masalah solat dua rakaat setelah witir ini kerana ianya dilihat bertentangan dengan sabda baginda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.

Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari.

Dalam hal ini Imam Ahmad berkata: Aku tidak mengerjakannya tapi juga tidak melarang orang lain mengerjakannya. Sedangkan Imam Malik mengingkari dua rakaat itu. Ada pula yang menyatakan bahawa baginda mengerjakan dua rakaat itu untuk menunjukkan bahawa diperbolehkan solat (sunat) setelah Witir. Mereka menafsirkan perintah baginda untuk mengakhiri solat malam dengan Witir sebagai anjuran dan dua rakaat sesudahnya diperbolehkan. Apa yang benar, Witir adalah ibadah yang berdiri sendiri. Dua rakaat yang baginda lakukan setelah itu seperti halnya sunat (Ba’diyah) setelah Maghrib yang melengkapi solat Maghrib. Sehingga dua rakaat ini juga melengkapi solat Witir sebagai penutup solat malam. Dua rakaat setelahnya sebagai pelengkap– Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad, diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab al-Tamimi (edisi terjemahan dengan tajuk Zaadul Maad : Bekal Perjalan Ke Akhirat, Pustaka Azam, Jakarta 1999) ms. 36-37.

q  Tidur Sejenak Setelah Mengerjakan Solat Witir
Disunnahkan juga untuk tidur setelah mengerjakan solat malam termasuk solat Witir sehinggalah dikumandangkan azan Subuh. Daripada al-Aswad, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha: Bagaimana solat Nabishallallahu ‘alaihi wasallam pada malam hari. ‘Aisyah berkata:

كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ.
Maksudnya:
Biasanya baginda tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat, kemudian kembali lagi ke tempat tidurnya. Apabila muadzdzin telah mengumandangkan azan baginda bangun. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1146.

Adakah hal ini bertentang dengan hadis tentang baring sejenak setelah mengerjakan solat Qabliyah Subuh? Syaikh Abu Malik Kamal menyatakan:

Apa yang jelas adalah disyariatkannya tidur setelah dua rakaat sunat Subuh, namun pada kenyataannya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada satu waktu baginda tidur antara solat malam dan solat Subuh. Pada waktu yang lain pula baginda tidur setelah dua rakaat solat sunat Subuh. Mungkin sahaja baginda tidur pada kedua waktu itu. Wallahu a’lam. – rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim,Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah (edisi terjemahan dengan tajukShahih Fikih Sunnah terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jilid 1, ms. 621.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan