MEMBURU KEREDHAAN ALLAH SWT.
Allah redha dan kita redha dengan segala macam ujian hidup yang ditakdirNya. Puncak penghambaan insan kepada Allah S.W.T bila segala tingkah kita mendapat keredhaanNya.Namun gusarkah kita bila Allah S.W.T merahsiakan keredhaanNya?.
Pada hakikatnya Allah swt memang merahsiakan keredhaanNya..mengapa?..gusarkah kita?..bagi yang sentiasa memburu keredhaanNya..gusar..tapi tanpa putus asa, yang mantap iman, pasti akan meneruskan perjuangan memburu dan mencari keredhaanNya, tanpa putus asa. Justru itulah Allah swt merahsiakan keredhaanNya, agar insan terus berusaha tanpa henti, tanpa putus asa, tanpa lemah semangat, masa ke masa sentiasa berusaha, berdoa mendabakan keredhaanNya..alangkah indahnya Allah swt merahsiakannya untuk menyaksikan hambanya yang benar-benar konsisten hingga akhir hayat taat secara mutlak. Kembali menemui Allah swt dalam keadaan Allah swt redha kepada kita dan kita redha kepadaNya. Kita redha mengharungi pelbagai cabaran hidup yang disulami dengan gangguan nafsu dan syaitan dan segala macam ujian getir. Berbekal iman ditahap Iman Yaqin, kembalilah kita menemuiNya dalam suasana saling meredhai. Aamiin.